Honda Wave Alpha Tampil Dengan Wajah ‘SPORTY’

·         Honda Wave Alpha, model terlaris di Malaysia ketika ini dalam segmen motosikal kapasiti rendah tampil dengan gaya ‘sporty’. Boon Siew Honda baru-baru ini memperkenalkan wajah baharu Honda Wave Alpha sebagai pilihan tambahan kepada pengguna iaitu  versi yang lebih ‘sporty’ kepada model yang berada di pasaran ketika



Timbalan Pengerusi dan Timbalan CEO Boon Siew Honda Sdn Bhd, Dato’ Seri Datuk Wira Tan Hui Jing berkata, “Kami sangat teruja dengan pengenalan warna baharu ini. Corak dan rekaan berdasar perlumbaan akan digunakan oleh pelumba-pelumba muda dalam perlumbaan Cabaran Honda Wave Alpha 2017. Tetapi apa yang lebih penting, wajah ‘sporty’ ini akan menjadi pilihan tambahan kepada model sedia ada di pasaran.
 Reka bentuk Honda Wave Alpha dapat menambahkan keseronokan dan pengalaman tunggangan. Dilengkapi dengan ekzos yang kelihatan lebih ‘sporty’, pemegang belakang yang selesa, brek cakera (untuk model rim tetuang) untuk penampilan lebih menarik. Ciri-ciri penawaran yang lain termasuk panel meter yang lebih jelas dan menarik, kebuk-u yang luas dan pelindung kaki bergaya.
Warna baharu ini direka untuk menarik minat golongan muda dan diharap dapat mempertingkatkan penguasaan pasaran di dalam segmen ini. Dengan pengenalan warna baharu ini, Boon Siew Honda menyasarkan meningkatkan 26% penjualan Honda Wave Alpha berbanding dengan sebelum ini.
Honda Wave Alpha telah mula dilancarkan pada tahun 2015. Model berikutnya diperkenalkan pada Februari tahun ini.
 Boon Siew Honda menawarkan 2-tahun jaminan pembuatan atau 20,000km (yang mana terdahulu) sebagai kemudahan kepada pelanggan untuk menjadikan Honda Wave Alpha baharu sebagai pilihan mereka.
Harga beserta GST:



Jenis
Harga Bilik Pameran
(RM)
Honda Wave Alpha Baharu
(Merah Sinar)

5,086.94
 








Untuk maklumat lanjut, layari www.boonsiewhonda.com.my atau hubungi talian Toll-Free Boon Siew Honda di 1800-88-3993 (Isnin hingga Jumaat, 9am - 5pm, kecuali cuti  umum.

Kalendar Asia Talent Cup 2018

KALENDAR 2018*

FEBRUARI 19th & 20th
UJIAN -SEPANG- MALAYSIA

MAC 16hb –18hb
PERLUMBAAN 1 & 2
MotoGP Grand Prix of Qatar LOSAIL QATAR

MAC 23hb – 25hb
PERLUMBAAN 3 & 4
WorldSBK of Thailand BURIRAM THAILAND

JUN / JULAI
PERLUMBAAN 5 & 6** Akan Di Maklumkan

OKTOBER 5hb – 7hb
PERLUMBAAN 7 & 8
MotoGP Grand Prix of Thailand BURIRAM THAILAND

OKTOBER 19hb – 21hb
PERLUMBAN 9 & 10
MotoGP Grand Prix of Japan MOTEGI JAPAN

NOVEMBER 2hb – 4hb
PERLUMBAAN 11 & 12
MotoGP Grand Prix of Malaysia SEPANG MALAYSIA

*Tertakluk kepada perubahan
**Tarikh dan tempat akan dimaklumkan kelak

Toyota raih Emas Putra Brand Awards enam tahun berturut turut


Toyota sekali lagi menerima anugerah Gold dalam Kategori Automotif, di Anugerah Jenama Putra (Putra Brand Awards) menjadikannya tahun keenam berturut-turut mereka memenangi anugerah tertinggi. Ia juga merupakan kali kedelapan jenama itu telah menerima anugerah ini sejak acara berprestij itu bermula pada tahun 2010.

"Kami di UMW Toyota Motor gembira menerima anugerah berprestij ini sekali lagi, menjadikannya enam tahun berturut-turut Toyota menjadi pemenang Emas dalam kategori Automotif. Kami berterima kasih kepada semua pelanggan setia yang telah menyokong kami selama ini dan kami akan terus memberi yang terbaik dari segi menawarkan produk yang baik dan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang," kata Presiden UMW Toyota Motor, Encik K Ravindran.

Anugerah Jenama Putra adalah acara anugerah jenama utama di Malaysia yang dianjurkan oleh Persatuan Ejen Pengiklanan Yang Diiktiraf Malaysia (4A) dan disahkan oleh MATRADE dengan sokongan Persatuan Penjenamaan Malaysia, Persatuan Pengiklan Malaysia dan Persatuan Pakar Media. Dengan menggunakan kaedah penyelidikan pengguna yang kukuh yang dibangunkan oleh rakan penyelidikan, 6000 pengguna akan menentukan jenama kegemaran Malaysia dalam pelbagai kategori, dengan setiap kategori diberikan pnarafan Emas, Perak dan / atau Gangsa untuk jenama yang paling disukai.

Cub Prix Batu Kawan hari ini dibatalkan

Berikut adalah pengumuman rasmi dari pihak penganjur mengenai pembatalan tersebut.

"PUSINGAN 9 KEJUARAAN CUB PRIX BATAL ATAS FAKTOR CUACA
Batu Kawan, Pulau Pinang (5 November, 2017): Faktor cuaca buruk memaksa pihak promoter membatalkan Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS.
Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix yang berlangsung pada 5 November di Batu Kawan, Pulau Pinang. Selepas pemeriksaan keselamatan litar yang dijalankan pada jam 0800, Ahad, mesyuarat steward AAM memutuskan keadaan di perkarangan Stadium Batu Kawan tidak selamat disebabkan hujan lebat dan ribut yang melanda sepanjang hari.
Pusingan akhir Kejuaraan Cub Prix akan bersambung di Bandar Penawar, Johor pada 18 dan 19 November, 2017."7




Kasma tumpu sahkan kejuaraan

Semakin menghampiri gelaran keseluruhan P150, Kasma Daniel Kasmayuddin muncul pelumba terpantas dalam sesi kelayakan seperti yang dijangka, pada Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Batu kawan, Pulau Pinang,, hari ini.

Cuaca hujan tidak menghalang pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu untuk mencatat masa terpantas dengan catatan 54.958s pada pusingan ke-10 mengatasi catatan milik rakan sepasukan, Mohd Ramdan Mohd Rosli yang terlebih dahulu mencatat masa terbaik 55.009s pada pusingan kelapan.

Mohd Adib Rosley (Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing) muncul pelumba ketiga terpantas dengan masa 55.228s.

Sementara itu, pencabar tunggal yang masih berpeluang menyekat Kasma daripada dinobatkan selaku juara keseluruhan minggu ini, Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ) terkeluar dari kelompok 10 pelumba yang layak ke sesi Superpole apabila sekadar mencatat masa ke-11 terpantas, 55.971s.

“Saya tidak memikirkan tentang gelaran sebaliknya hanya memberi tumpuan untuk mencatat masa konsisten di litar Batu Kawan kerana rekod saya di sini tidak begitu baik. Tahun lepas saya gagal menamatkan perlumbaan di sini, begitu juga pada tahun 2015 sewaktu beraksi dalam kategori CP115,” jelas Kasma.

Tambahnya, “Keadaan cuaca juga tidak menentu minggu ini. Jika perlumbaan akhir nanti dalam keadaan hujan, saya perlu lebih berhati-hati dan saingan juga pasti lebih mencabar. Yang penting, saya perlu mencatat masa terbaik dalam sesi Superpole terlebih dahulu.”

Sementara itu, pendahulu keseluruhan CP115, Md Akid Aziz muncul pelumba terpantas dengan masa 56.755s diikuti Md Fareez Afieez dengan masa 57.459s manakala Md Harith Farhan Baharin ketiga, 57.681s.


Keputusan Sesi Kelayakan
CP150
1 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 54.958s
2 Md Ramdan Rosli (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 55.009s
3 Md Adib Rosley (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 55.228s
4 Md Izzat Zaidi Md Salehan (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 55.422s
5 Md Helmi Azman (SGR) Onexox TKKR Racing Team 55.451s

CP115
1 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 56.755
2 Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 57.459
3 Md Harith Farhan Baharin (TRG) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 57.681
4 Amirul Hakim Md Rizal (NSN) M-Seki Liberty Honda Racing 57.865
5 Azrulaffendi Hadi (NSN) Elf Koyoko KC Racing Team 58.273