Thailand bersedia menyertai kalendar MotoGP

Thailand bersedia untuk menyertai kalendar MotoGP dari tahun 2018, setelah Gabenor Sukan Thailand, Sakon Wannapong, dan Ketua Pegawai Eksekutif Dorna Sports Carmelo Ezpeleta menandatangani kontrak pada hari Khamis 31 Ogos ini dalam upacara yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Thailand, Tanasak Patimapragorn.
Ketua Pegawai Eksekutif Dorna Sports Carmelo Ezpeleta akan terbang ke Bangkok minggu ini untuk memuktamadkan dan menandatangani kontrak Grand Prix yang akan diadakan di Buriram mulai 2018 hingga 2020.

GP British penuh drama ditakluk 'DesmoDovi'

 Pencabar Kejohanan Andrea Dovizioso (Ducati Team) mempamerkan aksi hebat sekali lagi unuk menjadi pelumba pertama yang memenangi empat perlumbaan musim ini di GP British. Beliau diikuti amat rapat oleh Maverick Viñales (Movistar Yamaha MotoGP), dengan pemimpin awal Valentino Rossi (Movistar Yamaha MotoGP) melengkapkan podium dalam permulaan perlumbaan ke-300nya dalam kelas perdana. Kedudukan keseluruhan mengalami perubahan besar bilamana Marc Marquez (Repsol Honda Team) terpaksa bersara awal dari cabaran GP British ini.Juara Dunia Sembilan kali Rossi yang mula mula meningalkan garisan permulaan setelah melonjak ke hadapan dari tengah barisan hadapan dan membuka jarak di peringkat awal. 'Doktor' diikuti Marquez yang mengetuai lempat pelumba lain iaitu Cal Crutchlow (LCR Honda), Viñales, Jorge Lorenzo (Ducati Team) dan Dovizioso.
Tidak lama kemudian, Dovizioso memintas Lorenzo dan kumpulan itu mula menjarakkan diri. Percaturan berkelajuan tinggi berterusan di antara keempat mereka yang masih mampu menggugat Rossi, sehingga tiba-tiba kepulan asap memaksa Marquez keluar dari perlumbaan.

Baki empat pelumba mula mendesak Rossi dan akhirnya ketika perlumbaan berbaki tiga pusingan, Dovizioso melepasi rakan senegaranya, dengan diikuti pantas oleh Viñales. 'Doktor' berupaya mengejar tetapi mendapati kedua-duanya agak tak mampu dicabar lagi dengan pusingan akhir kian menghampiri.
Persaingan rapat disaksika ketika kedua-duanya mengepalai pusingan akhir Silverstone dan setelah mempamerkan tunggangan yang hampir sempurna, Dovizioso telah mampu mengekalkan kelebihannya untuk meraih kemenangannya yang keempat tahun ini. Viñales mengambil tempat kedua, dengan Rossi melengkapkan podium.

Cal Crutchlow mengekori, dan Lorenzo mempamerkan aksi perlumbaan yang hebat untuk melepasi garisan di tempat kelima - dan hanya 3.5 saat dari masa pemenang perlumbaan yang merupakan rakan sepasukannya. 'Spartan' mengatasi Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3) di peringkat akhir untuk membuka jurang yang cukup besar dengan pelumba Perancis itu. Zarco menduduki P6, jauh di hadapan Dani Pedrosa (Repsol Honda Team).

Kini Misano menanti: litar halaman sendiri bagi ramai pelumba, termasuk Valentino Rossi dan pemimpin kedudukan keseluruhan baharu Andrea Dovizioso.

Keputusan MotoGP British
1 - Andrea Dovizioso (ITA - Ducati) 40'45.496
2 - Maverick Viñales (SPA - Yamaha) +0.114
3 - Valentino Rossi (ITA - Yamaha) + 0.749

Pelumba Pasukan Bebas 1:
P 4 Cal Crutchlow (GBR - Honda) + 1.679



Nakagami bersaing dalam kelas perdana MotoGP 2018

 Pelumba Jepun, Takaaki Nakagami, yang kini berlumba dalam kelas Moto2 Kejohanan Dunia MotoGP FIM, akan bertanding dalam kelas perdana MotoGP mulai awal musim 2018.

Nakagami mula bersaing dalam kelas Moto2 pada musim 2012. Dua tahun kemudian, beliau menyertai IDEMITSU Honda Team Asia yang merupakan sebahagian daripada inisiatif Honda untuk memupuk pelumba Asia untuk bersaing di pentas dunia. Pada 2016, Nakagami berada di podium Moto2 empat kali termasuk kemenangan pertamanya di Belanda TT. Musim ini, dia sudah menaiki podium sebanyak tiga kali.

Pada musim 2018 MotoGP yang akan datang, Nakagami akan menyertai LCR Honda, menunggang jentera MotoGP Honda RC213V.
Takaaki Nakagami
    Tarikh lahir : 9 February, 1992 (25 tahun)
    Tempat lahir : Chiba, Jepun
    Tingi: 174cm Berat: 64kg

Pencapaian
2011     All-Japan Road Race Championship J-GP2 class: Champion
2012     MotoGP World Championship Moto2 class: 15th
2013     MotoGP World Championship Moto2 class: 8th
2014     MotoGP World Championship Moto2 class: 22nd
2015     MotoGP World Championship Moto2 class: 8th
2016     MotoGP World Championship Moto2 class: 6th
2017     MotoGP World Championship Moto2 class: 7th (as of end Round 11, Austria)


LCR Honda
    Prinsipal Pasukan dan CEO:  Lucio Cecchinello
    Ditubuhkan: 1996
    Ibupejabat: Monaco


Tetapan temujanji PUSPAKOM mudah secara atas talian


PUSPAKOM Sdn. Bhd. (PUSPAKOM) memperkenalkan sistem temujanji pemeriksaan atas talian baharu, MyPUSPAKOM bagi memudahkan
pelanggan untuk membuat temujanji pemeriksaan kenderaan di PUSPAKOM. Di peringkat awal, sistem MyPUSPAKOM ini hanya akan dilaksanakan di pusat pemeriksaan kenderaan PUSPAKOM Shah Alam dan Padang Jawa bermula pada 28 Ogos 2017 bagi slot temujanji pemeriksaan bermula 11 September 2017. Perlaksanaan sistem ini dijangka akan diperluaskan secara berperingkat ke semua pusat pemeriksaan kenderaan PUSPAKOM di seluruh negara.

Melalui sistem ini, pelanggan boleh membuat temujanji dan pembayaran pemeriksaan
kenderaan secara atas talian melalui aplikasi MyPUSPAKOM atau laman sesawang
www.mypuspakom.com.my. Pada masa ini, applikasi ini hanya boleh dimuat turun dari
Google Play. Pelanggan yang membuat temujanji menggunakan sistem MyPUSPAKOM
akan dikenakan bayaran caj pemprosesan RM3.50. Sebagai alternatif, pelanggan juga
boleh “walk-in” ke pusat pemeriksaan PUSPAKOM tanpa temujanji.

Untuk membiasakan pengguna dengan sistem baharu ini, pelanggan yang membuat
temujanji menggunakan MyPUSPAKOM untuk pusat pemeriksaan Shah Alam dan Padang
Jawa akan dikecualikan caj pemprosesan. Tempoh pengecualian adalah bagi slot temujanji bermula pada 11 September 2017 sehingga 8 Oktober 2017.

Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mohammed Shukor Ismail berkata, “Sistem
MyPUSPAKOM ini amat mudah dan cepat kerana pelanggan boleh membuat temujanji dan pembayaran pada bila-bila masa dan di mana sahaja dengan hanya menggunakan
peralatan mudah-alih atau telefon bimbit. Dengan MyPUSPAKOM, urusan syarikat mahupun individu untuk membuat temujanji pemeriksaan akan menjadi lebih senang, dan
pembayaran untuk slot pemeriksaan kenderaan juga akan dibuat secara atas talian. Mereka hanya perlu hadir di cawangan PUSPAKOM yang terpilih dan berurusan secara “cashless” atau tanpa tunai mengikut slot pemeriksaan kenderaan yang ditempah melalui MyPUSPAKOM.
Melalui MyPUSPAKOM, pelanggan dapat mengetahui kekosongan slot, tarikh dan masa
untuk pemeriksaan kenderaan di semua cawangan dan lokasi pemeriksaan PUSPAKOM di  seluruh negara, malahan boleh menyemak rekod temujanji dan pemeriksaan kenderaan. Ini memberi manfaat nilai tambah, menjimatkan masa dan kos terutamanya bagi syarikat serta organisasi dalam mengatur jadual pemeriksaan kenderaan-kenderaan milik mereka dengan lebih telus dan efisyen.
Tambah Shukor lagi, “Dengan menggunakan sistem MyPUSPAKOM, pelanggan dapat
mengetahui caj sebenar pemeriksaan kenderaan di PUSPAKOM, ini dapat mengelakkan daripada tertipu dan dikenakan caj perkhidmatan yang terlampau tinggi oleh perkhidmatan “runner” ataupun orang tengah.” “PUSPAKOM sentiasa berusaha menambahbaik perkhidmatan selaras dengan kehendak pelanggan dalam memberi kemudahan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan yang telus dan efisyen. Kami percaya inisiatif MyPUSPAKOM ini akan memudahkan pengaturan jadual
pemeriksaan kenderaan pelanggan-pelanggan kami,” sambung Shukor.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Sistem Temujanji Pemeriksaan Atas Talian baharu,
MyPUSPAKOM, pelanggan boleh menghubungi Pusat Bantuan Khidmat Pelanggan di talian
1-800-22-2210 atau layari laman sesawang MyPUSPAKOM di www.mypuspakom.com.my
untuk membuat tempahan dan pembayaran pemeriksaan kenderaan secara atas talian.

BhPetrol dan Touch'n Go sedia pelbagai hadiah

BHPetrol telah menjalin kerjasama dengan Touch 'n Go Sdn. Bhd. (TNGSB) untuk memberi penghargaan kepada pelanggan mereka dengan pelbagai hadiah menarik bernilai sejumlah RM 50,000.

Mulai 30hb Ogos hingga 30hb September 2017 ini, para pelanggan BhPetrol dianjurkan untuk menambah nilai kad Touch 'n Go mereka dengan nilai minimum RM50 bagi menerima E-Voucher BHPetrol percuma yang bernilai RM3 bagi setiap transaksi. Promosi ini sah di stesen BHPetrol yang menyediakan kemudahan tambahnilai Touch'n Go.

Pelanggan akan berpeluang untuk memenangi hadiah utama berupa bekalan petrol percuma untuk satu tahun, kad Touch'n Go dengan nilai RM1000, SmartTAG dan jam tangan pintar Touch'n Go 'TimeTraveller. Hadiah saguhati yang berupa jam tangan pintar turut menanti para pemenang bertuah.

Untuk mendapatkan E-voucher percuma dan memenangi hadiah, pelanggan hanya perlu mengikuti beberapa langkah mudah melalui aplikasi mudah alih dalam talian yang membolehkan mereka menebus e-baucer BHPetrol bernilai RM3. E-baucer ini boleh ditebus hanya dengan pembelian minimum RM20 petrol Infiniti  bagi setiap urus niaga, sementara stok masih ada.

Promosi telah ini dirasmikan oleh Pengurus Besar Bekalan, Runcit dan Hal Ehwal Awam BHPetrol, Ir Azizul Azily Ahmad dan Ketua Perkongsian Korporat & Strategik TNGSB, Jenelle Koh, yang diadakan di ibu pejabat BHPetrol semalam. Turut hadir ialah Pengurus Pemasaran Runcit BHPetrol, En Baba Tan dan Ketua Unit Perniagaan Reload, Pn Norafinaz Raja Din.