BhPetrol dan Touch'n Go sedia pelbagai hadiah

BHPetrol telah menjalin kerjasama dengan Touch 'n Go Sdn. Bhd. (TNGSB) untuk memberi penghargaan kepada pelanggan mereka dengan pelbagai hadiah menarik bernilai sejumlah RM 50,000.

Mulai 30hb Ogos hingga 30hb September 2017 ini, para pelanggan BhPetrol dianjurkan untuk menambah nilai kad Touch 'n Go mereka dengan nilai minimum RM50 bagi menerima E-Voucher BHPetrol percuma yang bernilai RM3 bagi setiap transaksi. Promosi ini sah di stesen BHPetrol yang menyediakan kemudahan tambahnilai Touch'n Go.

Pelanggan akan berpeluang untuk memenangi hadiah utama berupa bekalan petrol percuma untuk satu tahun, kad Touch'n Go dengan nilai RM1000, SmartTAG dan jam tangan pintar Touch'n Go 'TimeTraveller. Hadiah saguhati yang berupa jam tangan pintar turut menanti para pemenang bertuah.

Untuk mendapatkan E-voucher percuma dan memenangi hadiah, pelanggan hanya perlu mengikuti beberapa langkah mudah melalui aplikasi mudah alih dalam talian yang membolehkan mereka menebus e-baucer BHPetrol bernilai RM3. E-baucer ini boleh ditebus hanya dengan pembelian minimum RM20 petrol Infiniti  bagi setiap urus niaga, sementara stok masih ada.

Promosi telah ini dirasmikan oleh Pengurus Besar Bekalan, Runcit dan Hal Ehwal Awam BHPetrol, Ir Azizul Azily Ahmad dan Ketua Perkongsian Korporat & Strategik TNGSB, Jenelle Koh, yang diadakan di ibu pejabat BHPetrol semalam. Turut hadir ialah Pengurus Pemasaran Runcit BHPetrol, En Baba Tan dan Ketua Unit Perniagaan Reload, Pn Norafinaz Raja Din.

No comments: