Kini sesiapa pun boleh membeli hampir apa saja melalui internet dari
mana pun. Mungkin agak mahal kerana kadar tukaran wang asing, tapi
kadangkala kita begitu inginkan sesuatu yang sebenarnya amat perlu
sehinggakan kita tak kisah membayar lebih.
Paparan maklumat di
depan mata atau HUD (Heads-Up Display) memang diinginkan semua
penungang, malah pemandu kereta sekali pun. Bukan kerana ia membuatkan
anda seolah menerbangkan sebuah jet pejuang, tetapi ia nya meningkatkan
tahap keselamatan penunggangan (dan pemanduan kereta....) supaya anda
tidak perlu mengalihkan mata anda dari jalanraya.
Salah satu
sistem paparan depan mata yang ditawarkan kini ialah NUVIZ. Apa yang
NUVIZ buat adalah seolah olah mengikat telefon pintar yang ke dalam topi
keledar anda dan menayangkan skrin ke kawasan tontonan yang dipasang di
dalam 'blok' plastik akrilik yang jelas yang terletak di hadapan anda
di bahagian dalam cermin pelindung atau visor. Anda boleh melaraskan
blok paparan itu supaya ia berada di tempat yang sesuai untuk garis
penglihatan anda.
Skrin berwarna ini mudah dibaca dan fungsinya
boleh dikawal melalui pengawal yang boleh dipasang di pelbagai tempat
pada motosikal anda.
NUVIZ menawarkan beberapa jenis paparan skrin termasuk Telefon, Muzik, bantuan peta, Kamera dan Kelajuan. Peta yang dimuatkan secara dalaman dan dibantu suara panduan melalui aplikasinya membolehkan anda merancang laluan, amaran kelajuan dan sebagainya dan sambungan kepada peranti sistem bluetooth lain yang mungkin telah anda pasang pada topi keledar anda. Ia dikuasakan bateri yang boleh dicaj semula dan tahan lama.
NUVIZ ini dikatakan mudah untuk dimuatkan, dilengkapi dengan fon kepala dan mikrofon sendiri dan mudah untuk disesuaikan dalam beberapa minit yang singkat untuk digunakan. Membaca maklumat pada NUVIZ sangat mudah walaupun ketika bergerak. Titik fokus adalah jarak yang sama jauh dari kepala anda ke bahagian belakang tapak tangan anda apabila ia berada di hendal.
Salah satu manfaat yang besar pada NUVIZ adalah cara anda menggunakan dan berinteraksi dengan kamera. Anda memilih untuk menggunakan kamera melalui pengawal di hendal dan skrin unjuran menunjukkan apa yang dilihat oleh kamera dalam masa nyata. Tidak perlu lagi meneka di mana kamera diarah. Gambar dimuatkan secara automatik ke galeri telefon anda apabila ia diambil dan video direkodkan ke kad micro-SD dalaman.
Pada harga 699 Euro ia nya ini tidaklah murah. Tetapi jika anda inginkan sesuatu yang canggih dari masa depan dan anda ingin meningkatkan penunggangan anda dengan cara yang anda mahu, maka set ini amat sukar untuk dilawan oleh sistem lain. Ia akan benar-benar mengubah pengalaman menunggang anda tak kira motosikal besar atau kecil.
Harga: 699 Euro dari: www.ridenuviz.com
Plug anda cukup baik? Guna Brisk!
Mungkin ada yang tak pernah dengar jenama ini. Brisk adalah salah sebuah
pengeluar palam pencucuh atau plug terbesar di dunia. Berbekalkan 80
tahun pengalaman dalam pembuatan plug, Brisk USA mengkhususkan dalam
penggunaan teknologi elektrod pusat perak dalam palam pencucuh prestasi
tinggi dan juga kegunaan perlumbaan, dan menawarkan pelbagai jenis
palam pencucuh iridium, tembaga, palam pencucuh platinum dan malahan
palam pencucuh jenis yttrium. Bagi mereka yang mencari kecekapan dan
prestasi palam pencucuh maksimum, Brisk USA menawarkan beberapa reka
bentuk plug yang dipatenkan khas, termasuklah palam pencucuh Brisk
Multi-Spark dan LGS (Lamborghini design) yang dibuat khas untuk mereka.
Sama ada anda mencari palam pencucuh pemotong rumput, palam pencucuh motosikal, ATV, marin, atau plug untuk pemandu harian anda atau kereta yang dibina sepenuhnya untuk perlumbaan, Brisk USA adalah penyelesaian yang sesuai untuk semua keperluan plug anda. Brisk USA merupakan pengeluar plug yang pertama di dunia yang menawarkan reka bentuk bilah plat tunggal untuk mengelakkan palam pencucuh pemasangan kilang dari pecah atau patah di dalam kepala silinder enjin. Sejak itu, plug Brisk telah menjadi pilihan sebagai sebahagian daripada rekod enjin terpantas dunia seperti Mustang, LS, Hemi, Subaru dan banyak lagi.
Plug Brisk menawarkan prestasi terbaik untuk motosikal anda, walaupun harganya mungkin hampir sepuluh kali ganda dari plug biasa. Satu saja masalahnya: sekali cuba pasti nak lagi!
Anda boleh dapatinya di beberapa kedai terpilih di Sentul, Kuala Lumpur atau bandar bandar besar berhampiran anda. Tak racing ler kalau tak pakai Brisk...!
Menangi tiket MotoGP dengan Shell Advance!
Berita baik untuk pemilik motosikal di seluruh negara, terutamanya bagi
mereka yang meyakini Shell Advance untuk mendapatkan perlindungan
pelinciran bagi enjin motosikal mereka!
Shell Advance, jenama minyak enjin motosikal yang terkemuka di Malaysia, kini mengadakan pertunjukan bergerak di serata Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak selama 4 bulan dari 7 Julai hingga 29 Oktober 2017 untuk berinteraksi dengan para penunggang dan pengguna motosikal.
Pertunjukan bergerak ini menandakan permulaan kempen jenama baru Shell Advance bertema ‘Redah Segalanya’, yang akan diadakan di tempat-tempat yang popular di kalangan penunggang motosikal seperti bengkel motosikal, pusat membeli-belah dan pasaraya besar. Pelbagai acara menyeronokkan dan pelbagai hadiah termasuklah tiket ke MotoGP™ Shell Malaysia 2017, menanti para pengunjung di setiap lokasi. Untuk mendapatkan senarai lengkap lokasi, sila ke www.shell.com.my/advanceroadshow.
Pertunjukan bergerak ini akan membawakan cabaran khas asah siku
atau‘elbow down’ di mana pengunjung boleh bergambar dengan menampilkan
pelbagai gaya di atas motosikal berkuasa tinggi dan memuat naik gambar
tersebut ke media sosial bagi melayakkan mereka mencuba nasib di ‘roda
nasib’ Shell Advance untuk memenangi hadiah segera.
Beli mana-mana produk Shell Advance semasa pertunjukan bergerak tersebut bagi melayakkan anda untuk menyertai cabaran ujian masa simulator motosikal. Sepuluh peserta dengan masa terbaik di setiap lokasi pertunjukan bergerak akan memenangi dua tiket ke MotoGP™ Shell Malaysia 2017!
Di samping itu, mereka yang membeli mana-mana produk Shell Advance Ultra, AX 7 dan AX 5 juga layak untuk menyertai peraduan pertunjukan bergerak di mana mereka berpeluang untuk memenangi lima topi keledar Shark yang dibuat khas bernilai RM1250 setiap satu.
Insentif khas untuk para mekanik
Pertunjukan bergerak Shell Advance
di seluruh negara pada tahun ini juga telah dirancang untuk
mempertingkatkan kemahiran mekanik motosikal dan memberi insentif kepada
mereka yang mempunyai keinginan dan komitmen untuk memperbaiki diri
mereka.Jurulatih profesional akan mengadakan sesi latihan secara langsung di lokasi-lokasi terpilih untuk membantu mekanik dari jaringan bengkel rakan Shell Advance untuk meningkatkan pengetahuan dan kepakaran mereka.
Latihan ini merupakan sebahagian daripada siri Masterclass Shell Advance yang eksklusif untuk memberi panduan kepada mekanik mengenai cara-cara untuk menyenggarakan sembilan komponen utama motosikal dengan betul.
Mekanik berdaftar yang berjaya menghabiskan kesemua lapan modul menjelang 30 September 2017 akan diberi dua tiket ke MotoGP™ Shell Malaysia 2017 sebagai insentif beserta sijil dari Shell Malaysia.
“Sebagai pemimpin dalam pasaran pelincir dan teknologi, kami di Shell percaya bahawa pelaburan kami dalam program ini akan dapat membawa manfaat kepada seluruh rantaian nilai kerana ia mewujudkan kumpulan mekanik yang dilatih secara profesional dan bertauliah. Para penunggang akan dapat menikmati perkhidmatan yang lebih baik, pemilik bengkel akan dapat mengembangkan perniagaan mereka menerusi kepuasan pelanggan yang lebih tinggi dan mekanik pula akan dapat maju dalam kerjaya mereka,” katanya.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk-produk Shell Advance yang terkini, sila layari www.shell.com.my/advanceroadshow
Kasma bersedia untuk Valencia
Pasukan PETRONAS Sprinta Racing telah kembali ke tanah air bagi merayakan Hari Raya Aidilfitri di Malaysia. Bagaimanapun, kerja kerja persiapan mereka tidaklah terhenti kerana Kasma Daniel dan pasukannya langsung menyambung program latihan sebaik selesai musim perayaan. Pasukan ini sedang berusaha untuk satu hujung minggu pembelajaran yang pesat ini kerana ia merupakan kali pertama bagi Kasma Daniel Kasmayudin untuk menunggang di litar Ricardo Tormo di Valencia.
Kasma jelas merasakan keselesaan dengan jenteranya secara keseluruhannya setlah selesai pusingan 3 yang lepas di Catalunya. Beliau akan mengambil pendekatan langkah demi langkah untuk setiap perlumbaan hujung minggu kerana ini adalah tahun pertama baginya untuk menunggang Moto3. Pusingan 4 di Valencia sekali lagi akan menjadi cabaran yang berbeza sebagai litar yang baru kepadanya tetapi pendekatan yang sama akan beliau gunakan hujung minggu perlumbaan ini pasti akan membantunya untuk melakukan yang terbaik dan menghadapi lebih ramai penunggang pengalaman minggu ini.
Kini berada di Pusingan 4 dan pertengahan musim 2017 Moto3 Junior World Championship, Kasma Daniel Kasmayudin telah mengumpul pengalaman yang berguna sepanjang 3 pusingan sebelumnya. Ia adalah kritikal dan penting untuk terus bekerja dalam arah yang sama dan menggunakan semua pengetahuannya agar terus bertambah baik. Pasukan itu melihat peningkatan positif setakat ini dan cuba untuk mengekalkan momentum tersebut, dalam mereka bersedia untuk memberikan yang terbaik hujung minggu ini.
Rantai elemen penting motosikal
Bila kali terakhir anda memeriksa rantai motosikal anda? Mungkin terlupa, dan sedar tak sedar dah berbulan tak periksa. Pun begitu, pengalaman juga mampu untuk memberi gambaran
keadaan rantaian dari masa ke masa dengan hanya melihatnya, dan juga dapat dirasakan sewaktu menunggang. Kadangkala kita melihat sesetengah penunggang secara bersahaja memeriksa ketegangan
dengan jari atau kasut mereka. Tidak kira apa yang diperhatikan, mereka
sebenarnya sedang menilai keadaan motosikal mereka. Jika anda mempunyai
sebarang kemusykilan mengenai keadaan rantai anda, apa yang anda
perlukan lakukan adalah hanya sekadar menghabiskan 10 saat untuk
memeriksanya dengan mata kasar anda.
Bergris atau banyak kotoran melekat? Anda perlu membersihkan dan melincirkannya. Karat yang kelihatan? Bersih dan lincirkan/minyakkan. Katakanlah anda dapati ia nya kendur dan anda perlu mengetatkan rantai agak lebih kerap daripada biasa. Mungkin ia menghampiri akhir hayatnya. Tanda-tanda lain adalah kehausan bahagian dalam plat yang biasanya memberi isyarat bahawa rantai telah lari daripada jajarannya. Periksa kehausan yang sepadan di tepi gigi gegancu (sprocket). Anda mahu rantai anda untuk kelihatan kemas kedudukannya di atas gegancu. Tiada ruang yang kelihatan antara gigi gegancu dan rantai.
Periksa gigi gegancu. Ianya tidak seharusnya kelihatan terlalu haus. Tarik rantai di sebelah hujung gegancu belakang. Rantai yang baharu seharusnya muat pada gugu dengan kemas dan hampir tidak akan bergerak jika digoyang. Jika anda boleh menariknya untuk mendedahkan setengah gigi gegancu atau lebih, anda perlu menggantikan rantai.
Anda boleh melaksanakan tugas ini hanya dengan menghabiskan beberapa saat apabila anda memeriksa tekanan tayar sebelum menunggang, atau ketika membasuh motosikal anda. Mudah saja, kan?
Ambil masa. Jaga motosikal anda, dan ia akan menjaga anda.
Subscribe to:
Posts (Atom)










