SkyTeam Ace125 Cafe Racer 2017 di lancarkan di Malaysia







Pagi tadi Sky Team (M) Sdn Bhd telah melancarkan motor baru mereka Ace 125 Cafe Racer di Litar Elite Plus Speedway. Model baru ini dibangunkan menggunakan konsep Cafe Racer berkapasiti 125cc. Motosikal ini mempunyai gaya retro-kafe mengikut reka bentuk motosikal  perlumbaan tahun enam puluhan, dengan kedudukan menunggang yang sporty. Sky Team (M) Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 2012 dan berpengkalan di Sungai Bakap, Pulau Pinang. Syarikat ini memberi focus di dalam motosikal jenis Mini dan santai. Selain daripada modeal Ace125 Cafe Racer yang dilancarkan hari ini, syarikat ini juga merancang untuk membawa masuk 3-4 model baru dalam masa 2 tahun akan datang.



Media yang dijemput di beri peluang untuk menguji motorsikal ini di Litar Elite Plus Speedway.

Pada pandangan pertama Ace125 ini mungkin kelihatan kecil tetapi jangan keliru dengan saisnya. Kerana ia mempunyai pelana tunggal dan tangki yang panjang di mana anda akan duduk di  tempat selalunya pembonceng motosikal biasanya akan duduk. Jadi ia agak mudah bagi kebanyakan orang untuk mendapatkan kedudukan yang baik.





Motorsikal ini membuka mata penulis pada pemanduan pertama di Litar. Ia adalah sangat lincah dan benar-benar mudah untuk mengambil selekoh dan membrek di  sekitar litar ini. Suspensi belakang adalah cukup memadai untuk motorsikal bersais kecil ini. Bagaimana pun penulis ini merasakan suspensi depan agak ringan dan perlu memberi focus yang lebih di permukaan yang tidak rata. Respon dari enjin 125cc dengan 2 valve amat respensif dan nisbah gearnya ringan dan kemas. Panel depan motorsikal ini kemas dan memaparkan maklumat yang asas seperti kelajuan, lampu neutral dan lampu isyarat. Bagaimanapun penulis ini merasakan jika diletakkan meter RPM akan banyak membantu penunggan supaya tidak memaksa motosikal ini melebihi RPM yang di syorkan oleh pengeluar. BHP motorsikal ini adalah 11BHP di 8,000 RPM. Enjin Ace 125 Cafe Racer ini adalah berdasarkan kepada Honda CG125 tetapi di pertingkatkan diantaranya penyerap dalaman agar mengurangkan gegeran pada enjin.  Sistem brek depan adalah “single port” dan “drum” di belakang. Ianya datang bersama dengan 1 tahun jaminan atau 10,000 km.




 

  


Sebenarnya motosikal kecil ini telah membawa balik hasrat penulis untuk hanya menikmati penungganan tanpa tujuan, untuk keseronokan semata-mata. Pakej keseluruhan Ace 125 Cafe Racer ini adalah amat menyeronokkan (fun) untuk di tunggang. Bagi pembaca yang ingin tahu berapakah harga motosikaal ini………......... harga asas RM6,588.00 dan harga termasuk GST, Insuran dan Cukai Jalan adalah RM7,366.78. 

Ace125 Cafe Racer ini boleh didapati di semua 153 pengedar Sky Team di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Berikut adalah spesifikasi Ace125 Cafe Racer

TYPE ENGINE                      2 Valve 4 Stroke
BORE & STROKE                59.5x49.5
COMPRESSION RATION    9.0 to1
COOLING                              Air
IGNITION                              CDI
TRANSMISSION                  5 Gear
FINAL DRIVE                       Chain
STARTING SYSTEM            Electric – Kick
SUSPENSION FRONT         Telescopic Forics
SUSPENSION REAR            Twin Shock
BRAKE FRONT                    1 Port – Disc
BRAKE REAR                       Drum
TYRE FRONT                        2.75-18
TYRE REAR                          3.00-18
L x W x H                               1910mm 680mm 990mm
WHEEL BASE                       1255mm
FUEL CAPACITY                  9.2 L
FUEL CONSUMPTION         2.1 L/ 100KM (1 L/ 47.6KM)
LUBRICATION SYSTEM     Pressure & Splash
DRY WEIGHT                               87 Kg





                     

Norizman Ismail meninggal dunia


Sewaktu sesi Ujian Masa CP150 di Bandar Baru Kijal, Kemaman, Terengganu, pelumba No 19 Norizman Ismail telah terlibat dalam satu insiden perlumbaan dan meninggal dunia dalam insiden tersebut.

Setelah beliau terjatuh di Selekoh 1, para marshal dan paramedik telah memberikan rawatan kecemasan segera dan bendera merah dikibarkan pada jam 15:52 untuk menamatkan sesi latihan.  Norizman telah dibawa menaiki ambulan ke unit trauma pada jam 15:55 untuk menerima rawatan segera. beliau kemudiannya dibawa ke hospital dengan dibantu mesin sokongan hayat (life support machine) dan pasukan perubatan pada jam 16:12 ke hospital yang hanya kurang 10 minit dari lokasi perlumbaan.

Pihak hospital telah melakukan usaha terbaik namun Norizman disahkan meninggal dunia pada jam 16:50, hari Jumaat, 5 Mei 2017.

Norizman memulakan karier di Cub Prix pada tahun 2004 dan bergelar juara kelas perdana sebanyak dua kali pada tahun 2005 dan 2011.

Selepas mengadakan perbincangan bersama pasukan-pasukan dan pelumba-pelumba, Cub Prix memutuskan untuk membatalkan perlumbaan sebagai tanda hormat kepada Norizman.

Persatuan Automobil Malaysia dan seluruh komuniti Cub Prix memanjangkan ucapan takziah dan turut berdukacita kepada keluarga, rakan-rakan dan pasukan Norizman.

Jenazah Allahyarham akan tiba lewat malam ni di No 181 Jalan NusariBayu 1/6 Tmn Nusari Bayu 1, 71950 Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.


Nama:    Norizman Ismail

umur:    32 (1985)

Nat:    MAS

Bike No:    19

Jentera:    Yamaha

Pasukan:    ONEXOX TKKR Racing

kelas:    150cc Underbone

SOROTAN KERJAYA:

2005
CHAMPION - Expert, Kejuaraan Cub Prix Malaysia

2011
CHAMPION - Expert, Kejuaraan Cub Prix Malaysia

2012
CP130, Kejuaraan Cub Prix Malaysia - 4th

2013
CP130, Kejuaraan Cub Prix Malaysia - 2nd keseluruhan

2013
Keempat - 115cc Underbone, FIM Asia Road Racing Championship

2014
CP130, Kejuaraan Cub Prix Malaysia - Kedua keseluruhan

2014
Keempat - 130cc Underbone, FIM Asia Road Racing Championship

2015
Kedua - 130cc Underbone, FIM Asia Road Racing Championship

2015
CP130, Kejuaraan Cub Prix Malaysia - Kelima

2016
CP130, Kejuaraan Cub Prix Malaysia - Ketiga

2016
Keenam - 130cc Underbone, FIM Asia Road Racing Championship

RFS 150i kapcai pertama Benelli


Baru baru ini Benelli telah melancarkan model RFS 150i mereka. Ia merupakan model ‘moped’; kapcai spesifikasi perlumbaan pertama mereka dengan sentuhan lagenda kejuruteraan Benelli dan gaya perlumbaan Itali. 

 

RFS bermaksud ‘Riders For Speed’ bermula dengan enjin, dimana teknologi moden sejukan cecair sejuk untuk ketahanan, suhu operasi enjin yang rendah dan kuasa maksimum. Sesaran enjin 149cc, menampilkan reka bentuk injap SOHC dengan teknologi Benelli B3SP yang serba baharu didatangi dengan tiga palam pencucuh untuk kuasa maksimum dan pengeluaran gas emisi yang rendah, Transmisi 6-kelajuan dan bahan api suntikan elektronik menjadikan enjin RFS lebih efektif. Ia menghasilkan 15.5 kuasa kuda pada 8500 rpm.   
Sistem B3SP Benelli '3-Spark' yang baharu ini adalah sebab utama enjin RFS 150i begitu fleksibel. Ia menggunakan ketiga – tiga palam pencucuh, bersama-sama dengan sistem ECU motosikal dan suapan suntikan bahan api, untuk mengubah suai pemasaan enjin dan penggunaan plug  untuk memaksimumkan kuasa, menjadikan enjin bersuhu rendah, mengoptimumkan kecekapan bahan api, dan mengurangkan pelepasan gas emisi ekzos.

Casis dan kerangka utama dengan reka bentuk dengan panel kerangka yang aerodinamik dan dilengkapi dengan panel badan berbekalkan kerangka yang kukuh menyokong lengan ayun belakang  jenis ‘monoshock’ dan ‘fork’ hadapan yang sama seperti motorsikal lumba yang kita tonton di televisyen. Rim bersaiz 17 inci jenis separa aloi memberi cengkaman tayar yang baik dan ia dibekalkan brek cakera jenis lumba untuk kuasa hentian yang meyakinkan.
Tempat duduk yang berkonsepkan ‘sporty’ membolehkan anda dan pembonceng bersiar-siar bersama dan pemegang bar belakang juga disediakan untuk keselamatan pembonceng. Kluster meter LCD yang berinformasi memberi berbagai maklumat enjin dan juga kelajuan kepada penunggang. Cermin sisi yang jelas dan pada kedudukan yang tepat membolekan penunggang melihat keadaan jalanraya di belakang, manakala lampu utamanya yang berkonsepkan LED berteknologi tinggi menyuluh terus ke hadapan untuk menerangi jalan. Sentuhan rekabentuk aerodinamiknya membantu ‘Riders For Speed’ membelah angin dengan mudah, dan juga melindungi penunggang daripada keadaan cuaca buruk. Semua ini merupakan hasil rekabentuk lagenda Itali dan kejuruteraan Benelli, sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran melebihi 100 tahun.


Pengurus Besar Operasi Mforce Bike Holdings Sdn Bhd, (Pengedar Benelli Malaysia), En. Asri Ahmad berkata, “Kita telah menerima tempahan lebih 6000 unit motorsikal Benelli setelah pelancaran model moped pertama RFS150i, ‘superbike’ 302R dan motorsikal kembara TRK502 pada awal April yang lepas.” Dengan pelancaran RFS150i, permintaan terhadap motorsikal keluaran Benelli telah meningkat tanpa dijangka di seluruh negara. Ini disebabkan oleh tawaran penjenamaan yang menarik dan semakin diterima, harga yang kompetitif, reka bentuk Itali yang canggih dan dinamik serta teknologi terkini.

Model Benneli RFS 150i akan datang dengan empat pilihan warna iaitu; Kuning, Merah, Biru dan Kelabu Matte (SE), harga jualan pula hanya RM 6,988 untuk spesifikasi standard dan RM 7,338 untuk Edisi Khas (SE).

Benelli Malaysia juga mengumumkan bahawa mereka akan mengeksport dua model (RFS 150i dan TNT 135) ke Taiwan, Vietnam dan akan mensasarkan negara ASEAN yang berhampiran. Untuk maklumat lanjut tentang Benelli Malaysia, sila layari laman sesawang www.benelli.my atau laman Facebook www.fb.com/malaysia.benelli .






Spesifikasi RFS 150i
Enjin dan Transmisi

    Isipadu(cc)    149.8
    Jenis Enjin    157FMJ-3
    Mod Enjin    1-Silinder / 4 – Lejang /4 –Injap / SOHC
    Gerek x Lejang (mm)    ΓΈ57x58.7
    Kuasa Maksimum    11.3kW/8500 r/min         
    Tork Maksimum    13.0N.m/7000 r/min     
    Nisbah Mampatan    11.3:1
    Sistem Bahan Api    EFI
    Pencucuh    TLI
    Penghidup    Elektrik
    Sistem Pelincir    Tekanan Pelincir Pancutan
    Sistem Penyejuk    Water-cooled
    Kotak Gear    6 - Kelajuan
    Transmisi Pacuan Akhir    Rantai
    Jenis Klac    Basah, Plat Berganda
Ukuran Fizikal
    Berat (kg)    126
    Tinggi Pelana(mm)    787
    Panjang Keseluruhan (mm)    2021
    Lebar Keseluruhan (mm)    764
    Tinggi Keseluruhan (mm)    1267
    Kelegaan Bumi (mm)    160
    Tapak Roda (mm)    1325
Casis dan Dimensi
    Jenis Kerangka    Straddle type
    Suspensi Hadapan    Fork Teleskopik
    Jarak Suspensi Hadapan (mm)    88
    Suspensi Belakang    Teleskopik gegelung spring teredam minyak
    Jarak Suspensi Belakang (mm)    17
    Tayar Hadapan    70/90-17
    Tayar Belakang    120/70-17
    Brek Hadapan    Cakera
    Diameter Brek Hadapan (mm)    240
    Brek Belakang    Cakera
    Diameter Brek Belakang (mm)    220
Spesifikasi Lain
    Kelajuan Maksima (km/h)    140
    Berat Keseluruhan (kg)    171
    Isi Tangki Bahan Api (L)    4.8
    Batteri    12V6Ah(YTX7L-BS)

Membrek Cara Selamat


Semua orang faham bahawa menunggang laju agak senang, cuma perlu kilas pendikit atau throttle. Tapi apa yang paling penting dalam menunggang?
Ya, untuk memperlahankan motosikal dengan cara selamat. Maknanya kita kena membrek dengan cara yang betul. Membrek di jalan lurus mungkin agak mudah difahami, tapi maca mana nak memperlahankan motosikal dan mengambil selekoh dengan baik? Mari kita tengok beberapa panduan membrek sebelum selekoh yang anda boleh amalkan.

 
1. Betulkan kedudukan badan terlebih dahulu
Bahagian bawah badan (pinggang ke bawah) perlu beralih dari pelana atau tempat duduk motosikal sebelum anda mula membrek. Jadi anda tak perlu memikirkan untuk mengalih badan lagi apabila mula memasuki zon membrek dan ketika memasuki selekoh. Ramai pelumba baharu cuba mengalih badan ke dalam kedudukan yang betul hanya bila sudah perlu membelok. Ini hanya menambah keserabutan fikiran tentang apa ynang perlu anda buat, bila anda sepatutnya hanyamenumpukan perhatian untuk memasuki selekoh dengan betul.
Dapatkan posisi bahagian bawah badan ke kedudukan sepatutnya lebih awal supaya apabila anda memasuk selekoh, apa yang anda perlu lakukan hnaylah untuk menggerakkan kepala dan bahagian atas badan ke kedudukan membelok.
2. Kurangkan masa antara menutup pendikit dan membrek penuh.
Ramai penunggang mahupun pelumba baharu sering mengilas turun pendikit lebih awal dan meluncur agak jauh sebelum mula menekan brek. Menutup pendikit terlalu awal hanya membuatkan anda kehilangan masa sebelum anda sepatutnya mula membrek. Sepatutnya masa di antara menutup pendikit dan menekan brek perlu hampir serta-merta, dan  untuk kecekapan maksimum secara idealnya masa di antara posisi pendikit penuh (full throttle) dan membrek penuh (full brake) hendaklah tidak lebih daripada satu saat.
3. Membrek awal
Matlamat utama brek adalah untuk menetapkan kelajuan yang betul untuk bersedia memasuk selekoh. Cara terbaik adalah untuk membrek di awal zon brek supaya hanya perlu menekan sedikit sahaja lagi bila lebih dekat ke tahap membelok. Ramai orang mula panik semasa membrek di kelajuan tinggi, dan cuba untuk mengurangkan kelajuan di penghujung. Ini mungkin membuatkan anda berasa bergegas dan hanya akan meningkatkan potensi anda untuk membuat kesilapan. Lakukan sebahagian besar daripada proses membrek itu lebih awal, bagi memastikan mendapat kelajuan membelok yang betul dan ketengangan fikiran ketika mengambil selekoh.


4. Jangan sentap brek anda
Masa antara permulaan menekan brek dan usaha maksimum seharusnya sangat pendek (antara suku atau setengah saat), tetapi anda tidak perlulah menyentap brek secepat mungkin. Apabila brek disentap, risiko gantungan atau suspensi tertekan habis (bottom-out) adalah tinggi dan ia mungkin menyebabkan roda depan terkunci. Walaupun gantungan yang dilaras dengan betul dan berfungsi dengan baik mungkin tidak kan tertekan habis, proses menekan brek anda perlulah cepat, tetapi tidak sepatutnya serta-merta atau tersentap.

HONDA MALAYSIA DI ATAS LANDASAN UNTUK MENCAPAI SASARAN SEBANYAK 100,000 UNIT SETAHUN



Petaling Jaya, 3hb Mei 2017 - Honda Malaysia hari ini mengumumkan bahawa angka jualan Syarikat diantara Januari dan April 2017 menunjukkan bahawa ia adalah pada landasan bagi mencapai sasaran jualan sebanyak 100,000 unit bagi mengekalkan kedudukan No. 1 dalam “Non-National Segmen” dan No 2 dalam keseluruhan Jumlah Jualan Industri (TIV) pada tahun ini.
Walaupun menetapkan sasaran yang mencabar untuk 2017, Honda Malaysia telah mencapai 35% daripada sasaran jualan dengan lebih daripada 34,500 kenderaan unit dijual pada April 2017. Bagi perbandingan tahun ke tahun bagi tempoh yang sama, pencapaian jualan empat bulan pertama ini adalah melebihi daripada 9,800 unit yang dijual pada tahun 2016 iaitu 40% lebih tinggi berbanding 2016.
Dari segi bahagian pasaran, Honda menyumbang 19.4% kepada TIV pada Mac 2017 iaitu 5.1 mata lebih tinggi berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Ekoran keputusan yang kukuh daripada 2 model yang dilancarkan pada suku pertama, Honda Malaysia mencapai paras tinggi dengan rekod bahagian pasaran 20.5% buat kali pertama dalam bulan Mac 2017.
Kenderaan 7-tempat duduk “Crossover” dari Honda Malaysia iaitu BR-V menjual lebih 7,800 unit dan menyumbang 23% kepada keseluruhan jualan semasa. Model BR-V dari Honda ini telah menerima penerimaan pasaran tertunggak sejak pelancarannya pada Januari dan terus memenuhi permintaan utiliti pelanggan Malaysia. Honda City baru yang telah dilancarkan pada bulan Mac juga menyumbang 23% kepada keseluruhan jualan. Honda City telah menerima lebih dari 7,200 tempahan sejak perlancarannya.
Generasi Civic ke-10 juga meraih petak pertama dalam segmen C dan telah menjual lebih 15,700 unit sejak dilancarkan pada Jun tahun lepas. Sebelum pengenalan Generasi Civic 10, jualan bulanan dalam pasaran keseluruhan bagi segmen C- dengan Turbocharge adalah diantara 50 hingga 200 unit. Pada masa ini, varian Turbo daripada Civic sahaja dijual dengan purata 840 unit sebulan, yang membentuk 60% daripada jumlah bilangan Civic dijual. 
Seperti yang dijanjikan, pengenalan Honda Malaysia Civic adalah benar-benar memberi satu perubahan. Ini adalah kerana Honda Malaysia menjadi pengeluar kenderaan dari Jepun yang pertama memperkenalkan enjin turbocharged dalam C-segmen dan telah membawa kepada peningkatan yang ketara dalam populariti enjin turbocharged.

Selain daripada itu, hasil jualan yang kukuh juga datang daripada jualan semasa model Jazz,HR-V, City, Civic dan Accord dan telah mendapat kedudukan teratas dalam segmentas masing-masing Mac 2017.
Honda Malaysia memberi jaminan bahawa dengan kedatangan musim Perayaan Raya ini, tempoh menunggu untuk semua model Honda kini pada 1 hingga 2 bulan. Dengan dua barisan pengeluaran di kilang Honda, Syarikat akan dapat menyesuaikan pengeluaran mengikut permintaan dan untuk memastikan kualiti tidak terjejas.
Dalam pada itu, Honda Malaysia juga mengumumkan bahawa bermula 1 Mei 2017, HR-V dan CR-V 2.0 2WD akan disemak dengan harga baru dari Duti Eksais yang baru “On-The-Road” (OTR) termasuk insurans kerana perubahan kepada Kod Tarif Kastam yang baru. Penetapan harga baru HR-V akan bermula dari RM101,000 - RM121,000 manakala harga baru CR-V 2.0 2WD akan menjadi RM141,500.
MODEL HARGA HARGA BARU (RM)
HR-V 1.8L S RM101,100.00
HR-V 1.8L E RM110,700.00
HR-V 1.8L V RM121,000.00
CR-V 2.0L 2WD i-VTEC RM141,500.00

Selain daripada pengumuman harga baru, Honda telah merancang dua kempen yang menarik dalam bulan Mei untuk pelanggan.
Kempen pertama adalah selama sebulan, 'NikmatiMusim Bonus' bermula pada 1 Mei 2017 sehingga hingga 31 Mei 2017. Pelanggan Honda akan menikmati 2 tahun Perkhidmatan Percuma (Bahagian & Buruh) atau Pilihan Tunai; dan menikmati Honda Ganjaran sehingga RM12,000 *
. 
* Butiran promosi dan terma dan syarat yang ada di laman web Honda di www.honda.com.my



Kempen kedua adalah “Honda Nationwide Showroom” yang jatuh pada hari sabtu 13hb Mei 2017 bermula jam 10 pagi hingga 4 petang di bersempena dengan Hari Ibu. Semua pengedar Honda di seluruh negara akan berubah wajah bagi menghargai ibu. Selain daripada hadiah sambil Pandu Uji dan Cabutan Bertuah, ibu-ibu akan menerima bunga ros dan kad Hari Ibu yang dibuat oleh anak-anak mereka sendiri di bilik pameran Honda.


Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, pelanggan boleh melawat mana-mana satu daripada 88 Pengedar Honda yang sah di seluruh negara atau menghubungi nombor TollFree Honda 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my.