RFS 150i kapcai pertama Benelli


Baru baru ini Benelli telah melancarkan model RFS 150i mereka. Ia merupakan model ‘moped’; kapcai spesifikasi perlumbaan pertama mereka dengan sentuhan lagenda kejuruteraan Benelli dan gaya perlumbaan Itali. 

 

RFS bermaksud ‘Riders For Speed’ bermula dengan enjin, dimana teknologi moden sejukan cecair sejuk untuk ketahanan, suhu operasi enjin yang rendah dan kuasa maksimum. Sesaran enjin 149cc, menampilkan reka bentuk injap SOHC dengan teknologi Benelli B3SP yang serba baharu didatangi dengan tiga palam pencucuh untuk kuasa maksimum dan pengeluaran gas emisi yang rendah, Transmisi 6-kelajuan dan bahan api suntikan elektronik menjadikan enjin RFS lebih efektif. Ia menghasilkan 15.5 kuasa kuda pada 8500 rpm.   
Sistem B3SP Benelli '3-Spark' yang baharu ini adalah sebab utama enjin RFS 150i begitu fleksibel. Ia menggunakan ketiga – tiga palam pencucuh, bersama-sama dengan sistem ECU motosikal dan suapan suntikan bahan api, untuk mengubah suai pemasaan enjin dan penggunaan plug  untuk memaksimumkan kuasa, menjadikan enjin bersuhu rendah, mengoptimumkan kecekapan bahan api, dan mengurangkan pelepasan gas emisi ekzos.

Casis dan kerangka utama dengan reka bentuk dengan panel kerangka yang aerodinamik dan dilengkapi dengan panel badan berbekalkan kerangka yang kukuh menyokong lengan ayun belakang  jenis ‘monoshock’ dan ‘fork’ hadapan yang sama seperti motorsikal lumba yang kita tonton di televisyen. Rim bersaiz 17 inci jenis separa aloi memberi cengkaman tayar yang baik dan ia dibekalkan brek cakera jenis lumba untuk kuasa hentian yang meyakinkan.
Tempat duduk yang berkonsepkan ‘sporty’ membolehkan anda dan pembonceng bersiar-siar bersama dan pemegang bar belakang juga disediakan untuk keselamatan pembonceng. Kluster meter LCD yang berinformasi memberi berbagai maklumat enjin dan juga kelajuan kepada penunggang. Cermin sisi yang jelas dan pada kedudukan yang tepat membolekan penunggang melihat keadaan jalanraya di belakang, manakala lampu utamanya yang berkonsepkan LED berteknologi tinggi menyuluh terus ke hadapan untuk menerangi jalan. Sentuhan rekabentuk aerodinamiknya membantu ‘Riders For Speed’ membelah angin dengan mudah, dan juga melindungi penunggang daripada keadaan cuaca buruk. Semua ini merupakan hasil rekabentuk lagenda Itali dan kejuruteraan Benelli, sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran melebihi 100 tahun.


Pengurus Besar Operasi Mforce Bike Holdings Sdn Bhd, (Pengedar Benelli Malaysia), En. Asri Ahmad berkata, “Kita telah menerima tempahan lebih 6000 unit motorsikal Benelli setelah pelancaran model moped pertama RFS150i, ‘superbike’ 302R dan motorsikal kembara TRK502 pada awal April yang lepas.” Dengan pelancaran RFS150i, permintaan terhadap motorsikal keluaran Benelli telah meningkat tanpa dijangka di seluruh negara. Ini disebabkan oleh tawaran penjenamaan yang menarik dan semakin diterima, harga yang kompetitif, reka bentuk Itali yang canggih dan dinamik serta teknologi terkini.

Model Benneli RFS 150i akan datang dengan empat pilihan warna iaitu; Kuning, Merah, Biru dan Kelabu Matte (SE), harga jualan pula hanya RM 6,988 untuk spesifikasi standard dan RM 7,338 untuk Edisi Khas (SE).

Benelli Malaysia juga mengumumkan bahawa mereka akan mengeksport dua model (RFS 150i dan TNT 135) ke Taiwan, Vietnam dan akan mensasarkan negara ASEAN yang berhampiran. Untuk maklumat lanjut tentang Benelli Malaysia, sila layari laman sesawang www.benelli.my atau laman Facebook www.fb.com/malaysia.benelli .






Spesifikasi RFS 150i
Enjin dan Transmisi

    Isipadu(cc)    149.8
    Jenis Enjin    157FMJ-3
    Mod Enjin    1-Silinder / 4 – Lejang /4 –Injap / SOHC
    Gerek x Lejang (mm)    ø57x58.7
    Kuasa Maksimum    11.3kW/8500 r/min         
    Tork Maksimum    13.0N.m/7000 r/min     
    Nisbah Mampatan    11.3:1
    Sistem Bahan Api    EFI
    Pencucuh    TLI
    Penghidup    Elektrik
    Sistem Pelincir    Tekanan Pelincir Pancutan
    Sistem Penyejuk    Water-cooled
    Kotak Gear    6 - Kelajuan
    Transmisi Pacuan Akhir    Rantai
    Jenis Klac    Basah, Plat Berganda
Ukuran Fizikal
    Berat (kg)    126
    Tinggi Pelana(mm)    787
    Panjang Keseluruhan (mm)    2021
    Lebar Keseluruhan (mm)    764
    Tinggi Keseluruhan (mm)    1267
    Kelegaan Bumi (mm)    160
    Tapak Roda (mm)    1325
Casis dan Dimensi
    Jenis Kerangka    Straddle type
    Suspensi Hadapan    Fork Teleskopik
    Jarak Suspensi Hadapan (mm)    88
    Suspensi Belakang    Teleskopik gegelung spring teredam minyak
    Jarak Suspensi Belakang (mm)    17
    Tayar Hadapan    70/90-17
    Tayar Belakang    120/70-17
    Brek Hadapan    Cakera
    Diameter Brek Hadapan (mm)    240
    Brek Belakang    Cakera
    Diameter Brek Belakang (mm)    220
Spesifikasi Lain
    Kelajuan Maksima (km/h)    140
    Berat Keseluruhan (kg)    171
    Isi Tangki Bahan Api (L)    4.8
    Batteri    12V6Ah(YTX7L-BS)

No comments: