Norizman Ismail meninggal dunia


Sewaktu sesi Ujian Masa CP150 di Bandar Baru Kijal, Kemaman, Terengganu, pelumba No 19 Norizman Ismail telah terlibat dalam satu insiden perlumbaan dan meninggal dunia dalam insiden tersebut.

Setelah beliau terjatuh di Selekoh 1, para marshal dan paramedik telah memberikan rawatan kecemasan segera dan bendera merah dikibarkan pada jam 15:52 untuk menamatkan sesi latihan.  Norizman telah dibawa menaiki ambulan ke unit trauma pada jam 15:55 untuk menerima rawatan segera. beliau kemudiannya dibawa ke hospital dengan dibantu mesin sokongan hayat (life support machine) dan pasukan perubatan pada jam 16:12 ke hospital yang hanya kurang 10 minit dari lokasi perlumbaan.

Pihak hospital telah melakukan usaha terbaik namun Norizman disahkan meninggal dunia pada jam 16:50, hari Jumaat, 5 Mei 2017.

Norizman memulakan karier di Cub Prix pada tahun 2004 dan bergelar juara kelas perdana sebanyak dua kali pada tahun 2005 dan 2011.

Selepas mengadakan perbincangan bersama pasukan-pasukan dan pelumba-pelumba, Cub Prix memutuskan untuk membatalkan perlumbaan sebagai tanda hormat kepada Norizman.

Persatuan Automobil Malaysia dan seluruh komuniti Cub Prix memanjangkan ucapan takziah dan turut berdukacita kepada keluarga, rakan-rakan dan pasukan Norizman.

Jenazah Allahyarham akan tiba lewat malam ni di No 181 Jalan NusariBayu 1/6 Tmn Nusari Bayu 1, 71950 Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.


Nama:    Norizman Ismail

umur:    32 (1985)

Nat:    MAS

Bike No:    19

Jentera:    Yamaha

Pasukan:    ONEXOX TKKR Racing

kelas:    150cc Underbone

SOROTAN KERJAYA:

2005
CHAMPION - Expert, Kejuaraan Cub Prix Malaysia

2011
CHAMPION - Expert, Kejuaraan Cub Prix Malaysia

2012
CP130, Kejuaraan Cub Prix Malaysia - 4th

2013
CP130, Kejuaraan Cub Prix Malaysia - 2nd keseluruhan

2013
Keempat - 115cc Underbone, FIM Asia Road Racing Championship

2014
CP130, Kejuaraan Cub Prix Malaysia - Kedua keseluruhan

2014
Keempat - 130cc Underbone, FIM Asia Road Racing Championship

2015
Kedua - 130cc Underbone, FIM Asia Road Racing Championship

2015
CP130, Kejuaraan Cub Prix Malaysia - Kelima

2016
CP130, Kejuaraan Cub Prix Malaysia - Ketiga

2016
Keenam - 130cc Underbone, FIM Asia Road Racing Championship

No comments: