Showing posts with label motocross. Show all posts
Showing posts with label motocross. Show all posts

Enduro Wanita dan Rali Dual-Purpose kategori baharu KTM Malaysia Orange Enduro 2018

Selepas KTM Malaysia Orange Enduro 2018 Pusingan 1 di Litar Off-Road Sungai Petani yang amat berjaya pada April 2018 lepas, kini tiba masanya untuk Orange Enduro 2018 Pusingan 2.

Ia akan diadakan di Laluan Enduro KTM di Sungai Buaya,Rawang bermula hari ini 14 Julai 2018 . Para peserta akan berpeluang memenangi sebahagian daripada RM12,000 dalam tunai, pelincir Elf, helmet Gracshaw,dan banyak lagi hadiah yang menarik.

Seperti pada Pusingan 1, pesaing boleh memilih untuk menyertai beberapa kategori: CKD, Terbuka Veteran, Terbuka Cubcross dan KTM Enduro.

Dua kategori baharu iaitu Enduro Wanita dan Rali Dual-Purpose (Dwi-kegunaan) iaitu untuk motosikal kembara kapasiti yang lebih besar, kini diperkenalkan.

Semua jenama motosikal adalah dialu-alukan, kecuali bagi kelas KTM Enduro.



Enduro KTM Malaysia ditaja ini oleh Elf Lubricants (sebagai penaja utama),Gracshaw Helmets, Shizens Skincare (Gabit adalah duta produk), Percetakan EDT, Percetakan Hero Korporat, Forca Energy Drink dan Holeshot Motowear.

Objektif siri ini ialah:
• Menonjolkan keghairahan KTM Malaysia di Malaysia
bagi membangunkan bakat Malaysia dalam disiplin menunggang enduro.
• Untuk mendedahkan sukan menunggang enduro dan
persaingan kepada penonton dengan lebih luas melalui
pelbagai siaran dan saluran media.
• Untuk menyediakan saluran bagi penunggang off-road / enduro / dualpurpose untuk mendorong dan menguji jentera mereka dan
diri sendiri ke tahap tertinggi.
KTM Malaysia Orange Enduro 2018 dijadualkan
menjadi salah satu acara tahunan terbesar KTM Malaysia.

Perintis monoshock dalam motocross: Yamaha YZ125

Yamaha YZ125 1974
Peningkatan dalam julat pergerakan roda belakang dari hanya 3 atau 4 inci ke sekitar 12 adalah revolusi yang berlaku secara beransur-ansur tetapi mendapat momentum antara lewat tahun 1973 dan awal 1974. Jentera motocross Maico memimpin jalan dengan dua tupang atau fork hadapan, manakala Yamaha mempelopori  konsep penyerap kejutan tunggal moden atau monoshock pada YZ125. Yamaha YZ125 adalah motosikal dengan enjin 124.9 cc dua lejang yang direka untuk tunggangan motocross dan dihasilkan oleh Yamaha Motor Company. Ia pertama kali dihasilkan pada tahun 1974 dan dalam tahun pertama ia dibina dengan dua penyerap kejutan belakang (kejutan Thermalflow) dan mulai tahun 1975, Yamaha  mengeluarkan reka bentuk monoshock pertama dengan model YZ125C.
Motosikal jalanan dengan enjin sejukan cecair ketika itu bukanlah sesuatu yang baru, malah telah wujud sejak awal lagi bila motosikal dibina, tetapi jentera motocross "waterpumper" pertama ialah Yamaha YZ125 model 1981. Pasukan pengilang telah berlumba menggunakan jentera 125 sejukan secair selama setahun atau lebih, dan Cagiva telah mencantumkan satu sistem separa-cecair ke jentera 125 mereka, tetapi YZ adalah motocrosser sejukan cecair sepenuhnya yang pertama dikeluarkan secara besar besaran.


Legasi YZ125 ini berterusan hingga ke hari ini.
YZ127 2017
Jenis enjin  2-strok sejuk 125cc aruhan injap reed
Gerek x lejang 54.0mm x 54.5mm
Nisbah Mampatan 8.6 ~ 10.7: 1
Penghantaran Bahan Api Mikuni® TMX 38
Pencucuhan CDI
Transmisi 6-kelajuan berbilang klac basah
Hantaran Akhir   Rantai

Unsur ketagihan: Kawasaki KLX 150L


Anda tidak perlu menjadi seorang off-roader ataupun peminat enduro untuk menikmati keseronokan yang dijanjikan oleh penawaran terbaru Kawasaki, iaitu KLX150L. Mana-mana penunggang biasa mampu mempertimbangkan untuk beralih kepada motosikal trail ini tanpa memerlukan kemahiran khas, sama ada untuk menakluki jalan atau untuk mula menikmati penunggangan pesisir jalan atau off-road. 


Dengan bingkai perimeter yang sangat tegar dan roda bergaris pusat besar baru, KLX150L kini bersedia untuk menangani apa jua laluan. Tanggapan pertama yang akan anda buat apabila mula melihat KLX 150L ini adalah profil langsing dan tinggi nya. Dengan ketinggian tempat duduk 875 mm dan berat basah 115 kg, KLX 150L adalah motosikal yang paling tinggi di dalam kelas nya, dan juga yang paling langsing. Layangkan sebelah kaki di atas pelana motosikal tersebut dan anda mungkin menjengketkan kaki yang sebelah lagi.

Klik pautan ini untuk saksikan Video Tunggang uji di litar MX Ulu Yam

Duduk di atas KLX dan pusingkan hendal nya yang luas itu ke kiri dan ke kanan, dan anda akan dapati walaupun pusat graviti (CoG) nya agak tinggi, anda mampu mengalihkan titik pusat graviti (CoG) nya dengan mudah, dan ini menyumbang kepada ketangkasan dan kelincahan pengendalian motosikal tersebut. 
KUASA  :  Hidupkan enjin, dan anda akan menyedari bahawa terdapat gegaran yang minimum dan bunyi yang lembut dari enjin 144 cm3 empat lejang nya. Masukkan gear pertama, kilaskan pendikit dan motosikal itu bergerak tangkas dan akan segera meminta pertukaran dalam nisbah gear. Cukup berdaya kilas, setiap kilasan pendikit akan mencabar anda untuk mengalih gear bagi kelajuan yang lebih tinggi sehinggalah anda sampai ke kelajuan yang dibenarkan di lebuh raya. Namun ingat, ianya bukan sebuah motosikal sport, dan kelajuan yang tinggi bukanlah satu amalan off-road.

Halakan ianya keluar dari jalan berturap, kerana di situlah motosikal ini akan berasa amat selesa dengan rida 21 "depan dan 18" roda belakang nya yang baru dan lasak . KLX 150 L ini mempunyai kuasa yang mencukupi dan dipercayai untuk tunggangan pesisir jalan. Nisbah gear direka sesuai untuk memenuhi segala kehendak kuasa dan cengkaman, dan setiap gear beralih dengan lancar untuk menyediakan tebaran kuasa yang linear dan luas. 
PENGENDALIAN  Bingkai kukuh nya mampu mengendalikan semua keadaan jalan raya dengan mudah, dengan gegaran yang minimum. Sistem suspensi KLX150L ini adalah yang terunggul dalam kelas 150cc.  Brek cakera memberikan kawalan kelajuan yang luar biasa dan membersih-kendiri dalam keadaan off-road, tidak seperti brek dram/gelendung. Ketika menyeberangi laluan bertanah dan trek berumput pada kelajuan 50-60 km / h, jentera ini dengan mudah akan mengendalikan daya tarikan kiri-kanan yang mudah dibetulkan dengan mudah oleh motosikal lincah ini. 



Dalam hutan bandar, berurusan dengan kesesakan jalanraya kini menjadi tugas yang ringan. Walaupun agak tinggi, keluasan membelok KLX150L ini adalah kecil, dan sangat berguna apabila mencilok melalui lalu lintas yang sesak. Ini dipermudahkan lagi dengan julat kuasa nya yang linear dan ciri-ciri pengendalian KLX ini. Postur tinggi nya memberi pandangan yang lebih baik bagi keadaan jalan raya di hadapan, sekaligus membantu dalam penentuan pilihan jalan yang akan digunakan untuk melarikan diri dari kerengsaan tersepit dalam lalu lintas sesak. Tanda harga nya yang rendah didatangkan dengan suspensi yang baik, roda, casis dan brek yang unggul dalam kelasnya.  Menakluki keadaan jalan raya yang tidak dijangka seperti banjir, jalan berlubang dan bonggol kelajuan kini tidak lagi menyusahkan , sebaliknya  hanya akan menyumbang kepada faktor keseronokan menghadapicabaran.

Pilih lah motosikal sports jika anda ingin kelajuan yang tinggi, dan jentera kembara untuk menunggang jarak jauh. Tetapi jika anda mahu meneroka kehidupan anda dengan lebih mendalam dan lebih luas, KLX 150 L adalah satu permulaan yang sangat baik. Terokai alam semula jadi dan anda akan melihat bahawa dunia tunggangan sebenar bukan lah hanya apa yang ada di jalanan, tetapi ianya satu dunia yang lebih luas tanpa batasan. 
ENJIN 
Jenis: 144 cm3 4-lejang satu silinder sejukan udara 
Gerek dan lejang: 58.0 x 54.4 mm 
Sistem bahan api: Karburetor Keihin NCV24 
Pencucuhan: DC-CDI 
Penghidup Elektrik / Kick 

FRAME 
Jenis: Perimeter, keluli 
Tayar: 
hadapan 2,75-21 45P 
belakang 4,10-18 59P 

PACUAN 
Transmisi: 5-kelajuan, ulangan 
Hantaran Akhir: rantaian bertebat
Klac: basah berbilang cakera, manual 

SUSPENSI 
Hadapan: Fork teleskopik 33 mm 
Belakang: Suspensi Uni-Trak, bolehlaras 5-tahap pra-bebanan 

BREK 
Hadapan: Jenis cakera 240 mm, angkup dwi-omboh 
Belakang: Jenis cakera 190 mm, angkup omboh 

PRESTASI 
Kuasa maksimum 8.6 kW {12} PS / 8,000 rpm 
Tork maksimum 11.3 N.m {1.2 kgf.m} / 6,500 rpm 
DIMENSI 
Ketinggian pelana: 875 mm 
Berat basah: 115 kg 
Kapasiti tangki bahan api: 7.0 liter