Showing posts with label YZF R15. Show all posts
Showing posts with label YZF R15. Show all posts

Yamaha YZF R15 tepati DNA siri R

Akhirnya model motosikal Yamaha yang dinanti nanti telah tiba. Yamaha YZF R15 yang dinaik taraf telah diperkenalkan kepada umum di Karnival Gen Blu Yamaha, yang diadakan di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang semalam.

YZF R15 yang dinaik taraf ini iaitu Versi 3 atau V3 memaparkan pakej dinamik baru yang akan mengujakan penunggangnya, bagi menyampaikan pengalaman menunggang yang tiada tandingan dalam kelasnya.  Versi sebelum ini tidak ditawarkan di Malaysia.
Ciri ciri YZF R15
• Penggayaan aerodinamik
• Enjin berteknologi penuh kuasa
• Topang depan terbalik (USD) dengan ketegaran berkuatan tinggi
• Casis Deltabox dikemas kini
• Lengan ayun aluminium untuk pengendalian lebih baik dan stabil
• Enjin 155 cc 4-injap sejukan cecair
• Peningkatan kecekapan bahan api dengan Sistem Pengaktifan Injap Berubah (VVA)
• Gear 6-kelajuan
• Gaya estetik "mata terbeliak" di hadapan
• Kokpit berinspirasi Yamaha YZF-R1 dan YZF-R6
•  Cakera cakera depan 228 mm
•  Lampu pengalihan gear, lampu amaran & lampu ekor LED
• Tayar super lebar
• Geometri stereng baru
• Klac berbantu dan gelincir

Mungkin ada yang membandingkannya dengan model FZ 150i di Malaysia. Namun model baharu ini adalah jentera sports bersesaran 155 cc berbanding FZ sebanyak 149 cc, dan ianya menghasilkan 19.04 hp (14.2 kW) pada 10,000 rpm berbanding 16.4 hp (12.2 kW) pada 8,000 rpm bagi FZ. Ini merupakan perbezaan kuasa sebanyak 18.3 % bagi motosikal dengan topang atau fork terbalik USD ini yang turut dibekalkan cekam atau klac berbantu dan juga gelincir ini.



Pengarah Urusan HLYM Dato' Jim Khor ketika mengulas mengenai motosikar terbaru mereka tersebut menjelaskan bahawa, "YZF R15 tidak memerlukan pengenalan kepada para penunggang dan peminat motosikal tegar. Pembaharuan dinamik dalam reka bentuk dan prestasimodel generasi baru ini, meyakinkan kami bahawa siri ini akan terus meningkatkan tanda aras motosikal jalanan di dalam segmen enjin 200cc".
Dato' Jim Khor, Pengarah Urusan HLYM
Sejak tahun 2017, industri motosikal telah menyaksikan peningkatan kecenderungan dalam pembelian motosikal, dengan angka jualan jumlah keseluruhan industri meningkat kepada 500,000 unit. Ia juga merupakan bukti bahawa motosikal akan terus menjadi mod pengangkutan yang penting dalam Malaysia.

"Pertumbuhan yang ketara ini juga signifikan kerana ia turut juga meningkatkan permintaan terhadap motosikal Yamaha, iaitu jenama yang menyediakan pengalaman menunggang terhebat untuk rakyat Malaysia."
Bersempena dengan pelancaran ini, HLYM turut menawarkan barangan berjenama Yamaha percuma iaitu kunci cakera brek Yamaha Disc Lock.
Hadiah unik ini:
• Diperbuat daripada keluli tahan karat
• Datang dengan kabel peringatan
• Paparan amaran keselamatan
• Kad kunci keselamatan tahap 3
• Pin pengunci 6mm kalis, kalis gerudi dan tahan!

Tertakluk kepada kelulusan, HLYM mensasarkan untuk menawarkan Yamaha YZF R15 dipertingkatkan ini pada harga RM11,988 bagi rakyat Malaysia yang ingin mengalami penunggangan yang menarik dan ikonik. Jangan ketinggalan untuk merasai keseronokan ini yang akan ditawarkan dalam tiga warna iaitu biru, hitam dan juga kuning!

Industri motosikal kita perlu lebih berani

















Negara yang besar dan ramai rakyatnya, tentu memerlukan pengangkutan asas bagi membina tamaddun dan menjana ekonomi. Dari menggunakan pengangkutan haiwan, jentera mula direka seiring dengan kemajuan teknologi. Sedang negara China masih banyak bergantung kepada basikal, India yang merupakan salah satu tamaddun tertua dunia, mula melangkah dalam pembinaan motosikal.
Mungkin umum mengetahui bahawa India mengeluarkan motosikal berenjin disel dan juga jentera Royal Enfield Bullet yang merupakan model motosikal yang mempunyai sejarah pengeluaran paling lama di dunia. Syarikat milik asal British itu kini dipunyai rakyat India sepenuhnya, seperti juga Land Rover yang dimiliki Tata. Imej motosikal bersesaran besar tetapi dengan kelajuan ciput di India, kini sudah di diambil alih oleh model model menarik yang berprestasi dan menjimatkan bahanapi. Tanggapan bahawa motosikal India terdiri dari model ketinggalan zaman kini bukanlah fakta yang tepat. Bagi yang pernah ke sana, memang benar di sesetengah tempat, kesesakan jalanraya nya adalah amat ketara, malah pemilik motosikal besar kadangkala hanya dapat meningikmati tunggangan mereka hanya di hujung minggu ataupun selepas tengah malam apabila jalanraya lebih sunyi. Populasi India seramai 1.15 billion dan pembangunan industri perkilangan telah meningkatkan permintaan terhadap pengangkutan asas terutama sekali motosikal. Jualan motosikal di India melebihi setengah juta unit sebulan; menyamai jualan tempatan dalam setahun; dan pasaran yang besar ini telah menawarkan potensi perniagaan yang menguntungkan. Selain Honda, Suzuki dan Yamaha yang mempunyai kilang pemasangan di sana, terdapat juga jenama tempatan India seperti TVS dan Bajaj yang membangunkan model mereka sendiri.


Penampilan motosikal yang menarik, moden dan berprestasi kini menjadi keutamaan di India sesuai dengan permintaan yang meningkat dalam negara yang kian maju dalam dunia perindustrian. Permintaan tinggi ini sudah cukup untuk membuatkan pengeluaran model baru sebagai pelaburan yang berbaloi. Rekabentuk motosikal yang rata rata bersesaran sekitar 150cc seperti ini tentunya akan mendapat sambutan anak muda dengan harga yang mampu milik. Teknologi terkini juga mampu digunapakai apabila skel pengeluaran yang besar menjadikan ianya ekonomik untuk dikeluarkan. Yamaha FZ16 menggunakan enjin sejukan udara, namun mampu menjana kuasa 14 hp, ataupun model YZF15 yang mengeluarkan 17hp dari enjin 150cc empat lejang nya. Begitu juga dengan Suzuki GS150R dengan kuasa enjin 13.8 hp. TVS Motor Company yang merupakan pengilang motosikal ketiga terbesar di India, menawarkan Apache RTR 160 pula mampu mengeluarkan 15.2 hp. India juga merupakan kampung halaman Hero Honda, yang mengeluarkan model Hunk, sebuah lagi model yang mendapat sambutan di sana. Rekabentuk luaran sering menjadi keutamaan pembelian, dan fakta ini juga menyerlah dalam pasaran tempatan. Mengenai harga, Yamaha FZ16 dijual di India dengan harga bawah RM5,000. Kembali di sini, Hong Leong Yamaha menjual FZ150i lebih dari RM7,000. Perlu diingat, FZ16 lebih berkuasa dan lebih cantik. Dalam usaha kita menyasarkan pasaran global, sudah sampai masanya kita kembali berpijak di dunia nyata, dan mengorak langkah lebih berani dan agresif dalam pembangunan model motosikal yang lebih menarik, bagi pasaran berpotensi besar sebegini.















Modenas nampaknya sudah tampil berani dengan menawarkan model sport kapcai pertama mereka dan diharapkan agar ia terus menghasilkan model model dari hasil usaha tempatan. Kemajuan pembangunan teknologi di India, Thailand dan juga Indonesia kian deras meninggalkan kita di belakang, dan diharapkan pembuat motosikal tempatan akan bingkas mengorak langkah lebih cergas dalam membangunkan jentera bertaraf dunia dengan anjakan paradigma dari zon selamat dan model model konvensional.