Satu lagi pusat pengedar Haval dibuka di JB

Pengedar eksklusif kenderaan UV Haval SUV di Malaysia iaitu Go Auto Sales Sdn Bhd telah melancarkan pusat pengedaran HAVAL Malaysia di Skudai, Johor Bahru, Johor .

Pusat pengedaran baharu ini diuruskan oleh pengedar sah mereka di Johor iaitu Ang Trading dan Motor Credit Sdn Bhd ini terletak di Taman Perindustrian Ringan Pulai, Johor Bahru dan akan menyediakan akses mudah kepada pelanggan HAVAL yang tinggal di sekitar kawasan Skudai dan Johor Bahru.

Pengarah Eksekutif Go Auto Group, Dato' SM Azli SM Nasimuddin Kamal yang hadir di majlis pelancaran pusat ini berkata, "Kami dengan sukacitanya mengalu-alukan dan mengucapkan tahniah kepada Ang Trading and Motor Credit kerana menjadi sebahagian daripada keluarga HAVAL yang semakin berkembang dan berharap mereka berjaya dalam bidang jualan dan juga perkhidmatan selepas jualan. Syarikat kami berterusan mencapai matlamat utama untuk sentiasa memperbaiki kualiti dan meningkatkan kepuasan pelanggan. "
"Pengedar baharu ini merupakan wakil yang ketujuh di Selatan Malaysia dan empat darinya di Johor. Secara keseluruhan Syarikat kini mempunyai 24 pengedar di seluruh negara. Kedua-dua model semasa kami diiktiraf sebagai EEV (Tenaga Cekap Tenaga) yang mana H1 datang dengan jaminan pengeluar tanpa had perbatuan selama tujuh tahun manakala H2 dilengkapi dengan jaminan 5 tahun atau 150,000 km, yang mana lebih awal," tambah Dato' Azli.

HAVAL Malaysia kini menawarkan penjimatan dan insurans percuma sehingga RM3000 kepada pelanggan baru dan pemilik Haval semasa yang berminat untuk membeli SUV baru dengan. Selain dari promosi semasa, Syarikat juga merancang untuk mengadakan jerayaara atau pameran bergerak di seluruh negara di Utara, Selatan, Pantai Timur dan Malaysia Timur yang akan diumumkan kemudian.

"Dalam kata lain, kami berada di tengah-tengah Kempen Reimagine kami di mana jerayaara HAVAL Rocks The Town Tour akan melawat bandar-bandar utama di Malaysia dan saya menggalakkan semua orang untuk terus mengemaskini lokasi acara kami di laman facebook kami atau melalui laman mikro kami, untuk melihat SUV kami dan turut serta dalam aktiviti kami," tambah Dato 'Azli.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://reimagine.haval.my/. Anda juga boleh menghubungi Khidmat Pelanggan di 03-5569 7332 atau email mereka di customercare@goauto.com.my. Anda juga boleh melayari www.haval.my atau halaman Facebook rasmi mereka di www.facebook.com/havalmy atau halaman instagram di www.instagram.com/havalmy.


No comments: