Showing posts with label #kip89. Show all posts
Showing posts with label #kip89. Show all posts

# 89 Khairul Idham Pawi perbaiki masa ujian



 Walaupun Khairul Idham Pawi terpaksa menghadapi keadaan angin kencang, pada hari kedua ujian pramusim rasmi di Litar Jerez - Angel Nieto semalam, pelumba PETRONAS Sprinta Racing tersebut mampu melangkah besar ke hadapan dengan jentera Moto2nya. Pelumba Malaysia itu menikmati hari yang produktif di litar semalam, setelah meningkatkan masa terbaiknya pada hari sebelumnya sebanyak 0.7 saat pada sesi terakhirnya.

KIP dan krunya telah mengumpul maklum balas menarik selepas menjalankan beberapa ujian pada jentera Moto2nya. Tetapan yang mereka dapati untuk ujian terakhirnya memberikan rasa jentera yang lebih baik dan kelajuan yang meningkat kepada pasukan Malaysia ini, yang membolehkan penunggang jentera PETRONAS Sprinta Racing itu menstabilkan usaha terbaik kepada 1'42.729 selepas sejumlah 69 pusingan dan meletakkan kedudukannya pada posisi ke-21.
Hari ini merupakan hari terakhir ujian pramusim di Litar Jerez - Angel Nieto sebelum satu lagi ujian tiga hari lagi bermula pada Jumaat depan di Litar Antarabangsa Losail di Qatar.

# 89 Khairul Idham Pawi
"Hari ini adalah hari yang baik, kami telah maju ke hadapan dengan tetapan (set-up) dan pada penghujung hari pada sela masa terakhir saya dapat memperbaiki masa pusingan, jadi saya sangat gembira dengan perkembangan yang telah kami capai. Pasukan dan saya kesemuanya bekerja sangat keras dan kami akan terus berbuat demikian esok pada hari terakhir ujian. "
 KEPUTUSAN:
1. ALEX MARQUEZ / Kalex
1:41.208
 
2. BRAD BINDER / KTM
+0.076
 
3. JORGE NAVARRO / Speed Up
+0.094
 
4. LORENZO BALDASSARRI / Kalex
+0.168
 
5. LUCA MARINI / Kalex
+0.215
 
21. KHAIRUL IDHAM PAWI / PETRONAS Sprinta Racing
+1.521








Hafizh Syahrin sokong keputusan Zulfahmi

Adam, Khairul, haizh dan Zulfahmi
Pelumba MotoGP pertama Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah telah menyatakan sokongannya terhadap keputusan Zulfahmi Khairuddin untuk mengundurkan diri dari persaingan Kejohanan Dunia Moto2.

Penunggang pasukan Racing SIC Zulfahmi telah memutuskan untuk menamatkan usahanya di Kejohanan Dunia Moto2 selepas bergelut untuk menyesuaikan diri dalam empat perlumbaan pertama musim ini.

Setelah menghabiskan dua musim perlumbaan CEV Repsol Spanish Championship (sekarang FIM CEV Repsol) dalam kelas Moto2, Hafizh mengetahui masalah kesukaran berlumba dengan motosikal Moto2.

"Sejujurnya, ia bukan sesuatu yang mudah dilakukan," kata Hafizh yang merujuk kepada perlumbaan dalam Kejohanan Dunia Moto2 yang dilaluinya selama empat musim (2014-17) termasuk enam penampilan wildcard sepanjang tiga tahun dari 2011.

"Ia bukannya semudah memulakan enjin dan mula menang. Semua motosikal Moto2 menggunakan enjin yang sama, tetapi kerana kami menggunakan casis yang berbeza, kemahiran penunggang memainkan peranan yang amat besar.

"Saya tidak bermula secara segera dalam kejohanan dunia. Saya cuba menunggang motosikal 600cc dalam kejohanan Australia sebelum saya berlumba di FIM CEV. Kemudian selepas beberapa penampilan wildcard dalam kejohanan dunia, saya berlumba selama empat musim penuh.

"Selain itu, tahap penunggang Eropah dalam Kejohanan Dunia Moto2 sangat tinggi ... mereka tidur, makan dan bernafas dalam suasana perlumbaan. Itulah sahaja yang mereka tahu," tambah pelumba Monster Yamaha Tech3.

"Anda perlu mengenali kru anda dan mempunyai pengalaman teknikal untuk dapat menyampaikan rasa anda mengenai motosikal kepada mekanik. Zulfahmi tidak mempunyai kelebihan ini kerana dia mengganti saya pada saat terakhir."

Kini selepas Zulfahmi, akan ada satu kekosongan dalam Pasukan Perlumbaan SIC yang perlu diisi. Hafizh berkata beliau tidak melihat sesiapa yang berpotensi di peringkat Malaysia untuk mengisi kekosongan itu.
"Zulfahmi adalah pelumba yang baik. Dia adalah orang Malaysia pertama yang pernah berada di podium dalam kejohanan dunia ketika berlumba di Moto3. Semasa berlumba dalam Kejohanan Supersport Dunia, dia juga berjaya tamat di podium.

"Saya belum nampak orang lain yang berkualiti menggantikannya. Mungkin Azlan Shah (Kamaruzaman). Dia mempunyai pengalaman dalam Kejohanan Dunia Moto2, tetapi kontraknya sekarang mungkin menjadi penghalang besar," kata Hafizh.

Azlan berlumba dalam Kejohanan Asia Road Racing dengan Kawasaki. Dia berlumba dalam kejohanan dunia selama dua musim dari 2014-15 dengan Idemitsu Honda Team Asia.

"Kita juga tidak mempunyai pelumba Malaysia yang berlumba dalam kelas Moto2 di CEV sekarang, jika tidak, ia mungkin satu pilihan yang baik.

"Kepada Zulfahmi, saya mengharapkan yang terbaik buatnya dan maju jaya dengan tugas anda sebagai mentor dalam program 'Impian ke MotoGP," tambah Hafizh.