Showing posts with label #bestbikemoment. Show all posts
Showing posts with label #bestbikemoment. Show all posts

Apa ada dengan ekzos lepas jualan?

Ekzos merupakan salah satu aksesori lepas-jualan atau aftermarket yang popular untuk motosikal. Terdapat beberapa syarikat yang menghasilkan ekzos yang berkualiti, tetapi adakah anda tahu apa yang ada pada ekzos motosikal?
 Sama ada yang berharga mahal, berjenama besar atau tawaran murah cari China, 99% dari kesemua syarikat pembuat ekzos menggunakan asas yang sama: tiub berlubang dua inci, gentian/kapas, lengan, rivet dan penutup hujung. Bezanya adalah kualiti komponen, toleransi yang ketat, dan penjagaan yang diambil dalam pemasangan.
Ekzos yang baik menggunakan keluli tahan karat berkualiti tinggi untuk paip luaran, dan tiub berlubang, serta serat karbon yang dilapisi helaian aluminium menambah kualiti, manakala hujung penutup harus dibuat sangat teliti. Ada juga jenis yang menggunakan serat karbon atau carbon fibre sebagai paip luaran. Apa yang penting ialah ianya tidak terlalu bising hingga memeningkan kepala ketika perjalanan jauh, dan terlalu lawas hingga meningkatkan penggunaan bahanapi.
Terdapat berpuluh-puluh gaya dan pilihan untuk kebanyakan motosikal (termasuklah banyak model lama). Dapatkan nasihat pakar atau raka dalam memilih ekzos yang sesuai untuk motosikal kesayangan anda.





Menangi pengalaman MotoGP Qatar 2019 dengan DHL!

Setiap penunggang motosikal mempunyai detik-detik yang mereka kenang selama-lamanya. Ia mungkin aksi bijak dan berani oleh pelumba di litar MotoGP™, atau pemandangan yang menakjubkan dalam perjalanan motosikal jarak jauh yang panjang. DHL mahu meraikan detik-detik ini dan membantu anda mengalami detik indah yang baru!

Sepanjang musim 2018 MotoGP ™, DHL menjemput anda untuk mengundi detik kegemaran anda pada setiap hujung minggu perlumbaan, dan juga berkongsi deita indah bermotosikal #BestBikeMoment anda sendiri.


Sertai usage ini dan DHL munchkin membawa anda dan teman dalam perjalanan VIP ke Grand Prix Qatar 2019 untuk menyaksikan momen pertama MotoGP terbaik anda!