*JERAYAWARA PAN AMERICA DAN SPORTSTER S AKAN TIBA KE BANDAR ANDA*
Selepas persediaan berminggu-minggu, akhirnya barisan motosikal terbaharu Harley-Davidson akan datang ke bandar anda dengan gaya baharu tidak lama lagi. Hari Terbuka di semua pengedar yang diadakan pada 30 dan 31 Oktober untuk mempamerkan Sporster S baharu.
Jerayawara atau pameran jalanan ini menawarkan peluang untuk menunggang-uji jentera kembara H-D pertama iaitu Pan America, dan juga Sporter S serba baharu. Ia merupakan sebahagian daripada strategi pemasaran H-D untuk mendekati semua peminat motosikal di seluruh negara.
Kakitangan profesional HD akan berada di sekitar anda semasa jerayawara tersebut untuk menjawab sebarang soalan anda mengenai Pan America atau Sportster S. Orang ramai dialu-alukan untuk melihat sendiri, merasa dan menunggang kedua-dua motosikal yang hangat diperkatakan ini.
Di samping motosikal, tarikan utama lain ialah treler H-D 40-kaki yang digelapkan. Treler 40-kaki ini akan membawa Pan America dan Sportster S mengelilingi Malaysia Barat mulai 6 Nov 2021. Treler itu juga direka sebagai bilik pameran mudah alih HD.
Hentian pertama untuk Treler H-D adalah di Genting Highlands pada 6 Nov 2021 dari 10 pagi – 5 petang di Tropicana Grandhill Gallery Genting Permai (barisan yang sama dengan Starbucks Genting yang terkenal). Segera catat kalendar anda sekarang!
Lawati halaman media sosial H-D Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Johor Bharu untuk mengetahui lebih lanjut tentang jerayawara tersebut. Jumpa anda di sana. Motosikal H-D diedarkan oleh Didi Resources di Malaysia.
#harleydavidson #harleydavidsonmalaysia #didiresources #panamerica #sportsterS
No comments:
Post a Comment