R&R Gunung Semanggol kekal beroperasi sepanjang PKPD Bagan Serai

 

Ssusulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Mukim Bagan Serai, Kerian, Perak mulai hari ini, 27 Mei 2021 sehingga 9 Jun 2021, PLUS Berhad memaklumkan bahawa Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol bagi kedua-dua kawasan (Arah Utara dan Arah Selatan) kekal dibuka dan beroperasi mulai jam 8 pagi hingga 8 malam untuk pembelian makanan dan minuman. Namun begitu ianya adalah untuk pembelian secara bungkusan sahaja. Makan di premis R&R tidak dibenarkan. 

Semua premis makanan dan minuman di lokasi R&R di sepanjang Lebuhraya PLUS adalah dibuka dan beroperasi mulai jam 8 pagi hingga 8 malam untuk pembelian makanan dan minuman secara bungkusan sahaja. Walau bagaimanapun, semua kemudahan di R&R dan hentian sebelah seperti tandas awam dan surau dibuka 24-jam. 

“Kami menasihatkan pelanggan lebuh raya untuk terus mematuhi SOP keselamatan Covid-19. Dengan semangat #KitaJagaKita, kami berharap anda semua dapat mendaftar bagi mendapatkan Vaksin Covid-19, demi melindungi diri sendiri dan semua pihak yang berada di sekeliling kita,” kata Syed Mohammed Idid, Ketua Perhubungan Libat Urus Strategik PLUS. 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai waktu operasi kemudahan di lebuh raya kami, sila layari laman web PLUS di www.plus.com.my dan/atau menerusi laman media sosial Facebook dan Instagram PLUS Malaysia atau twitter@plus2u.



No comments: