Aprilia Shiver 900 ditawarkan RM72,000


Jentera menarik, Aprilia Shiver kini semakin matang dan telah membesar dari versi pertama 750 cc ke 900 cc. Ia terkenal dengan cirik tork julat rpm pertengahannya (mid-range) yang mewah, yang memberikan kelebihan pecutan pantas dan  kepantasan keluar dari selekoh. Tork 90 Nm pada 6,500 rpm menjanjikan keseronokan tulen di atas pelana. 
Matlamat ini merupakan keutamaan bagi para jurutera Aprilia dalam mereka bentuk enjin kembarnya yang menghasilkan lebih dari 95 hp. 
Lojikuasanya yang bersudut 90 darjah di antara kedua-dua silinder, pemasaan empat-injap sesilinder DOHC dan sistem penyejukan cecair, telah mengalami pelbagai perubahan, termasuk operasi penting yang bertujuan mengurangkan geseran pada piston melalui ciri anti geseran khas pada dindingnya, sementara pin pistonnya pula turut menyumbang untuk meringankan bahagian bergerak. 
Sementara itu, litar pelinciran dalaman separa-kering yang cekap turut membantu mengurangkan kehilangan kuasa akibat goncangan dan untuk mengekalkan suhu pelincir sekaligus menghapuskan keperluan untuk radiator minyak. Tahap kecekapan yang tinggi juga telah dicapai dalam pembakaran, berkat penggunaan penyuntik yang membolehkan penyemburan campuran udara / bahan api yang lebih baik, dengan manfaat penjimatan dan pelepasan rendah. 
Enjin Aprilia Shiver 900 juga dilengkapi dengan penyahmampatan stau decompresser automatik yang menjadikannya lebih mudah untuk dihidupkan dalam suhu rendah. Aprilia Shiver 900 dikawal oleh ECU Marelli 7SM: satu evolusi besar yang telah membolehkan sistem kawalan daya cengkaman yang diperhalus dan juga telah membolehkan penggunaan sistem elektrik yang lebih ringkas. Malah, kawalan enjin dan sistem pengurusan kini terintegrasi dalam komponen perkakasan tunggal,  sama seperti yang dipasang pada model V4 dari Noale. Semua komponen klac telah direka semula sesuai dengan kapasiti enjin 900 cc: Beban pada tuil klac telah menurun sebanyak 15%, manakala nisbah penurunan pemacu utama telah diubah untuk mengoptimumkan eksploitasi kuasa yang ada.
Model ini boleh anda dapatkan mulai sekarang pada harga RM72,000 dalam dua warna iaitu putih, hitam, merah dan juga perak.



No comments: