Tekno-Motorev: Jangan guna cruise control ketika hujan?

Kawalan kruis pemanduan (cruise control) membantu menghindari kejang kaki (dan juga saman laju....) ketika perjalanan yang panjang dan lurus di lebuhraya.

Namun begitu ia tidak sepatutnya digunakan ketika memandu pada hari hujan. Malah anda tidak sepatutnya menggunakan kawalan kruis melainkan jika anda boleh memandu pada kelajuan yang sekata, dan bukannya dalam keadaan trafik yang sesak atau jika anda memandu di jalan-jalan berliku atau di jalan raya yang basah.

Jika tayar anda hilang daya cengkaman di jalan licin, basah dan mula menggelincir, kawalan kruis pemanduan boleh membuatkan kereta anda kekal laju tanpa anda sedari. Kereta itu sebenarnya boleh memenrjah ke hadapan dan tergelincir, dan bila anda mula menyedarinya, mungkin sudah terlambat. Jika kaki anda di atas pedal pendikit minyak, anda mungkin boleh 'merasakan' gelinciran dan bertindak balas sepatutnya.

Apabila anda mula merasakannya, anda harus berhenti menginja pedal minyak, jangan tekan brek dan kekalkan kawalan laluan anda.

Ini merupakan tindakan terbaik untuk mengawal kenderaan jika mula menggelincir dalam apa apa sebab pun, sama ada anda memandu kenderaan pacuan roda depan, roda belakang atau pacuan semua roda. Sebab gelincirvn mungkin berbeza, tetapi apa yang perlu dilakukan untuk mengawal kenderaan anda tetap sama.
Sekiranya anda sempat dan keadaan sekeliling adalah selamat, anda juga boleh mengalih gear ke neutral atau menekan atau menginjak klac untuk memotong kuasa kepada roda.

Kesilapan yang sering dilakukan oleh ramai orang adalah menurunkan gear, yang akan mengubah daya cengkaman pada roda dan menjadikan keadaan lebih buruk.

Memandu dalam keadaan hujan memerlukan perhatian anda, walaupun dengan penggunaan pelbagai teknologi kawalan pemanduan. Kawalan adaptif yang mampu mengekalkan jarak kereta anda dari kereta di hadapan juga turut mempunyai amaran cuaca. Lagipun, air hujan dan dari jalan boleh mengganggu kamera dan sensor.

Sama ada kereta anda mempunyai kawalan pelayaran adaptif atau konvensional, sesetengah kenderaan baharu dengan kawalan kestabilan elektronik akan mematikan sistem kawalan kruis jika roda tergelincir atau jika kereta mula berputar. Walaupun dengan alat penderiaan atau sensor elektronik, masih terdapat banyak jalan yang perlu anda tumpukan, dan apabila anda berada dalam kawalan kruis, anda mungkin tidak menumpukan perhatian. Ketika berada dalam kawalan kruis, anda lazimnya kurang perhatian semasa memandu, dan hanya bertindak balas terhadap perkara yang berlaku, dan bukannya bersiap sediv menjangkakan sesuatu.

Ketika hujan, anda seharusnya mengelakkan kemalangan dengan melambatkan kenderaan anda, mengekalkan jarak jauh dari kereta lain dan melihat ke hadapan untuk melihat sebarang ancaman bahaya. Jangan lupa juga untuk menyalakan lampu anda.

No comments: