Yamaha NVX edisi Grand Prix cuma RM10,606.00

Dem i memperingati penyertaan Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) dalam Kejohanan MotoGP, HLYM melancarkan edisi terhad NVX Grand Prix (GP). Edisi khas ini dilengkapi dengan warna biru perlumbaan Yamaha yang ditambah dengan rupa dan rasa sporty terkini dan diilhamkan dari jentera Yamaha Factory Racing YZF-M1 yang ditunggangi oleh dua pelumba GP terkenal - Valentino Rossi dan Maverick Vinales.  

  
Bagi setiap pembelian NVX GP, pemilik juga akan menerima jaket beker eksklusif berjenama dengan NVX GP Edition dan Sijil Pemilikan.
Yamaha NVX GP Edition akan tersedia di semua peniaga sah Yamaha dari 15 'Sept 2018 dan seterusnya pada harga RM 10,606.00 iaitu tambahan RM700 di atas harga jualan semasa versi standard Yamaha NVX yang sebanyak  RM   9,906.00.



No comments: