Warna baharu untuk Ducati SuperSport 2019

Model Ducati SuperSport untuk tahun 2019 akan didatangkan dengan warna legap Titanium Grey dan dipadankan dengan kerangka dan rim roda merah. Ini bermakna SuperSport tidak lagi tersedia dalam warna tradisional merah Ducati seperti selalunya.
SuperSport S akan dilengkapi dengan suspensi Öhlins, Ducati Quick Shift untuk peralihan gear ke atas / ke bawah dan penutup tempat duduk belakang. Model S pula akan terus tersedia dalam warna merah Ducati Red serta dalam kombinasi putih Star White Silk, dengan kerangka dan rim roda merah yang sangat digemari. Skim warna baharu akan tersedia mulai dari Julai di Eropah.

No comments: