Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd telah menandatangani kerjasama strategik
dengan Universiti Malaysia Perlis sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya dalam meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya.
Dato' Jim Khor, Pro Datuk IR Mohamad Dalib, Prof Madya Dr Shahriman Abu Bakar dan Profesor Ts Dr Uda Hashim |
kepada komuniti melalui Celik Yamaha, Kempen, Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung dan yang baru-baru ini melancarkan program Program Sains Menunggang Keselamatan Yamaha yang dipanggil Yamaha Safety Riding Science Kids Program.
Semasa acara tersebut, Pengarah Urusan HLYM Dato 'Jim Khor, menyampaikan empat unit motosikal Yamaha kepada Profesor Ts Dr Uda Hashim, Timbalan Naib Canselor UniMAP.
Profesor Tan Sri Dr Uda Hashim, Timbalan Naib Canselor UniMAP mencuba posisi menunggang Yamaha Y15 |
Dato Jim Khor |
tanggungjawab sosial dan saya sangat bangga menjadi sebahagian daripada strategi ini." kata Dato Jim Khor. "Melalui kerjasama ini, kami berharap akan dapat melihat sumbangan HLYM dalam membantu meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya dan pada masa yang sama, untuk mempromosikan kemahiran menunggang yang lebih selamat di kalangan komuniti kita, terutamanya di kalangan belia. "
Kerjasama yang terjalin hari ini merupakan permulaan beberapa perancangan Hong leong yamaha Motor untuk melakanakan tanggungjawab sosial mereka dalam menggalakkan penunggangan selamat dan berhemah di kalangan anak muda Malaysia dan juga masyarakat awam. Pelbagai rancangan akan diperkembangkan lagi ke seluruh negara bagi mencapai penurunan kadar kemalangan jalanraya di kalangan pengguna motosikal, dan seterusnya membawa kepada pengurangan kada kematian akibat kemalangan jalanraya dalam negara, yang ketika ini mencapai angka satu kematian bagi tiap 28 minit, seperti yang dimaklumkan oleh Pengarah teknikal Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, Prof Datuk IR Mohamad Dalib.
No comments:
Post a Comment