All Car Nation meriahkan Program Temu Duga Terbuka SL1M

Penganjur acara automotif tempatan Malaysia iaitu Art of Speed telah memperkenalkan festival kereta mereka yang pertama iaitu “All Car Nation” bersempena "Program Temu Duga Terbuka SL1M Peringkat Zon Tengah 2018".

Acara ini telah dianjurkan di Tempat Parkir Kereta Dewan A, MAEPS Serdang, Selangor dari 9:00 pagi – 5:00 petang pada 24 - 25 Febuari 2018 lepas. Kemasukan dan Penyertaan adalah percuma. Acara ini telah berjaya mengumpulkan pelbagai kelab kereta di seluruh negara untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan masing-masing sejajar dengan matlamat mereka untuk menjadikan acara Art of Speed sebagai platform pilihan untuk golongan muda Malaysia yang berbakat.
Acara ini diadakan bersempena Program Temu Duga Terbuka SL1M yang menawarkan pelbagai jawatan dan ia terbuka kepada pencari kerja dengan kelayakan minimum dari PMR sehingga PhD. SL1M adalah salah satu inisiatif Kerajaan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan yang masih menganggur. Program ini bertujuan untuk menyediakan latihan kemahiran dan latihan di lepasan siswazah, terutamanya dari keluarga yang kurang bernasib baik. Pada akhir program ini, graduan-gradiuan ini akan membangunkan penguasaan diri, mempelajari amalan kerja terbaik dan mendapat pengalaman di dalam dunia korporat melalui pembelajaran berasaskan kerja yang mencabar. Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah merasmikan acara itu pada hari Sabtu, 24 Febuari 2018.
Acara ini turut menawarkan aktiviti ekslusif untuk peminat kereta, keluarga dan pengunjung lain. Antara aktiviti yang dianjurkan ialah Kembara Belon Udara Panas percuma, Vertical Bungee, Cabaran Simulator dan Permainan Karnival, Klinik Drif dan Teksi Drif, Coffee & Breakfast, Pandu Uji Kereta, Pertandingan Kereta Stance, Pameran Kereta Klasik/Retro/Moden, Hotwheels dan Ujian Dyno (tiga kategori) pertama di Malaysia. Pelbagai Hadiah menarik turut disediakan untuk pengunjung dan peserta yang bertuah.
Penyertaan acara pameran kereta Klasik dan Retro telah dimulakan pada pukul 9.00 pagi pada hari Sabtu 24 Febuari manakala kereta moden pula diadakan pada pukul 11.00 pagi pada hari yang sama. Kopi dan sarapan pagi ada disediakan untuk 300 peserta yang pertama.

Senarai pemenang pameran Show & Shine:
Best Pre-92 JDM - Kar Fai
Best Post-92 JDM - Mohd Zubir
Best Modern Continental - Ashraff Hasni
Best National Car - Fazreen Idham
Best Stance - Muhammad Azib
Best Kcar - Azrizuliman bin Ismail
Best Truck - Alan / Alphatech
Best Engine Bay - Alan / Alphatech
Best Classic Continental - Nur Amirul Syahid
Best American - Rukshan
Best Rat Look - Muhd Zulkarnain
Best Interior - Nazir
Best Paint - Assry Ismail
Best of Show - Jason Teoh

Pemenang Dyno King
Above 2.0 Turbo - Bryan Chin
Above 2.0 N/A - Hafizuddin Razak
Below 2.0 Turbo - Shauki Mazlan
Below 2.0 N/A - Anuar
Top 3 Dyno
1 - Toyota Supra - Bryan Chin - 606HP
2- BMW E36 - RNR Autosport - 573HP
3- Audi R8 - OD Racing - 459HP

Acara pada hari Ahad bermula pada 9.00 pagi hingga 3.00 petang dengan persembahan anugerah dan acara pentas mengakhiri acara pada hari itu.

Kemuncak utama ialah cabutan bertuah yang menawarkan Perodua MYVI 2018 yang baru sebagai hadiah utama. Di samping itu, pengunjung dihiburkan dengan persembahan dan motivasi oleh Faizal Tahir, Zero Maharaja Lawak Mega, Bocey Maharaja Lawak Mega, Aiman Tino, Hael Husaini, Tajul, Sufian Suhaimi, Wany Hasrita, AG, Nabil Ahmad, Sukur Ibrahim dan Imam Muda Asyraf yang dibawakan khas oleh SL1M.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara ini, sila layari www.artofspeedmy.com atau www.facebook.com/ArtOfSpeedMY/






















































No comments: