Juara bertahan MotoGP, Marc Marquez telah menandatangani kontrak selama dua lagi musim lagi bersama Repsol Honda Team untuk musim 2019 dan 2020. Marquez, yang menyertai pasukan tersebut dalam tahun 2013 sebagai rookie atau penampilan pertamanya dalam kelas perdana tersebut, telah meraih kejuaraan tahun tersebut, akan melengkapkan lapan musim dengan skuad tersebut apabila mengakhiri musim 2020 kelak.
Setakat ini, pelumba bernombor 93 hanya kehilangan gelaran kejuaraan sekali iaitu pada tahun 2015, dan menjadi pemenang perlumbaan berganda setiap tahun. Pada musim 2018 ini, pelumba dari Cervera tersebut ingin mempertahankan mahkota MotoGP™ dan memenangi gelaran kelas perdananya yang kelima, dan juga membantu Honda untuk mempertahankan mahkota juara Pengilang.
"Saya teruja untuk terus berlumba untuk pasukan kilang Honda di kelas MotoGP," kata Marquez. "Saya bangga menjadi ahli keluarga Honda, dan saya menghargai bagaimana Honda dan pasukan sentiasa melakukan yang terbaik untuk memberikan saya semua yang saya perlukan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang memberi saya sokongan hangat sepanjang tahun ini. Dua ujian rasmi pertama berjalan lancar dan, dengan kontrak saya diperbaharui, saya boleh memberi tumpuan kepada perlumbaan musim baru. Saya akan terus menikmati perlumbaan, berkongsi kegembiraan saya dengan semua orang dan melakukan yang terbaik untuk mencapai matlamat bersama kami. Terima kasih!"
Dani Pedrosa dan Marc Marquez |
No comments:
Post a Comment