Perlukah tukar cecair stereng kuasa kereta anda?

Gantian cecair stereng kuasa atau power steering biasanya tidak disenaraikan sebagai salah satu item penyelenggaraan biasa yang sepatutnya dilakukan, oleh itu kebanyakan pemilik hanya menggantikannya mengikut budi bicara sendiri atau atas cadangan pusat servis.

Apabila anda membawa kereta anda untuk perkhidmatan servis, mungkn anda kan disarankan untuk mendapatkan khidmat penukaran cecair stereng kuasa anda kerana cecair yang ada telah menjadi gelap. Perlu diingat bahawa minyak enjin dan cecair penghantaran juga akan menjadi lebih gelap selepas beberapa ketika, jadi warna yang lebih gelap tidak semestinya bermakna cecair stereng kuasa anda tidak lagi elok. Sebelum anda membayar untuk penukaran cecair ini, lihat manual panduan atau penyelenggaraan yang dibekalkan pengeluar kereta. Namun begitu, jangan pula hairan jika anda mungkin tidak menjumpai apa apa yang menyebut tentang penukaran cecair tersebut.
Anda perlu memeriksa takungan bendalir kuasa stereng setiap bulan untuk memastikan ia mempunyai jumlah cecair yang betul dan sistem stereng kuasa tidak bocor. Takungan pada banyak kenderaan adalah jenis plastik lutsinar, jadi anda tidak perlu membuka penutup untuk memeriksa tahapnya. Rujuk manual pemilik anda untuk lokasi takungan tersebut di petak enjin. Anda juga harus memeriksa manual untuk jenis cecair stereng kuasa yang diperlukan. Pengilang boleh menggunakan jenis bendalir tertentu dan bukannya cecair transmisi automatik ATF atau jenis generik yang terdapat di kedai-kedai alatganti, contohnya untuk kereta Honda yang menggunakan cecair khas.
Jika anda bimbangkan tentang cecair stereng kuasa  di dalam kenderaan anda kerana penampilan gelapnya atau usianya yang sudah lama, anda boleh menyegarkannya tanpa membuang kesemua bendalir dan meyalin cecair keseluruhan sistem. Buka hos dan buang cairan lama sebanyak yang anda boleh, dan isi semula dengan cecair segar ke tahap yang sesuai. Anda tidak akan mampu membuang kesemua cecair lama, tetapi lakukan ini beberapa kali dan anda sepatutnya dapat menggantikan sebahagian besar cecair lama tersebut. Ataupun dapatkan khidmat pusat servis yang boleh menyalin cecair tersebut untuk anda dan menggantikannya dengan yang baharu.

No comments: