Bosch bolehkan anda bercakap dengan kereta

Pembantu bersuara seperti Alexa, Siri, Google, Cortana, dan Bixby telah mengambil alih peralatan pintar dalam peranti, telefon bimbit, rumah, mengawal lampu dan pembersih vakum. Kini Bosch turut meletakkan pembantu suara dalam kereta anda. Teknologi yang baru dibangunkan membebaskan pemandu dari gangguan supaya mereka dapat menumpukan perhatian kepada tugas penting mereka iaitu memberi perhatian kepada pemanduan, tanpa perlu berserabut untuk memilih menekan butang atau mengendalikan suis.

 "Apabila pemandu masuk ke dalam kereta moden, mereka kadang-kadang boleh merasa seperti seorang juruterbang pesawat - butang, skrin, navigasi menu yang mengelirukan dengan seribu sub-menu. Bosch berusaha menamatkan huru-hara butang di dalam kokpit. Sebaliknya, kami meletakan pembantu bersuara ke dalam kereta penumpang," kata Ahli Lembaga Pengurusan Robert Bosch GmbH, Dr Dirk Hoheisel. Pembantu bersuara yang memberi tindakbalas aabila dipanggil dengan nama "Casey", menjadikan pemanduan anda lebih selamat dan lebih selesa.

Menurut satu kajian dari Allianz Centre for Technology, pemandu kereta Jerman sering terganggu ketika mereka mengendalikan sistem navigasi, melaras pendingin hawa, atau menjawab panggilan telefon. Jenis gangguan seperti ini adalah salah satu sebab utama kemalangan jalan raya.

Dahulunya, pemandu perlu menepati struktur perintah suara pada memori dan membaca perintah yang diperlukan, dan ini sama seperti mengganggu tumpuan kerana harus mengingat kembali cara melaksanakan perintah suara. Dengan sistem baru Bosch kini, "Katakanlah apa yang anda mahu dengan cara yang anda mahu katakan - Bosch mewujudkan pembantu suara di dalam kereta yang memahami percakapan pemandu seperti orang lain," kata Hoheisel. Pembantu Bosch tidak lagi bertindak balas kepada arahan yang tegas atau berstruktur. Sistem pengiktirafan suara memahami struktur kalimat semula jadi dan bahkan dapat mengendalikan aksen dan dialek, dan ia melakukannya dalam lebih daripada 30 bahasa negara di dunia.

Perbualan di dalam kereta menjadi lebih peribadi apabila pemandu memanggil pembantu dengan nama pilihannya. Hari-hari berlalu apabila sistem arahan suara hanya bertindak balas kepada nama yang diberikan oleh pengilang. Tidak kira sama ada ia dipanggil "Casey", "Michael", atau "Linda", sistem pengenalan suara Bosch memahami dan bercakap 30 bahasa yang berbeza dengan jumlah 44 suara wanita dan 9 lelaki. Pemandu mengaktifkan pembantu dengan memanggil "Hey, Casey" atau menggunakan nama baru yang diberikan kepada pembantu. Pemandu memulakan setiap dialog baru dengan hanya bercakap terus kepada pembantu bersuara dan tidak lagi perlu menunggu bunyi "beep" sebelum mula bercakap.

Canggih, kan?


No comments: