KTM RC 390 2017 serupa tapi tak sama

Seperti mana KTM RC 250 2017 (klik sini untuk baca semula), KTM RC 390 2017 adalah juga serba baharu dalam pelbagai aspek walaupun kelihatan serupa dengan pendahulunya.
Bingkainya dikongsi dengan RC 250 dan kini mempunyai sudut raih 23.5 darjah. Dengan bingkai yang dikemas kini, KTM RC 390 kini mempunyai jejak yang lebih pendek, jarak roda yang lebih pendek dan kelegaan bumi yang lebih banyak. Pengubahsuaian memastikan bahawa RC 390 adalah lebih berciri lumba berbanding sebelumnya.
KTM RC 390 juga berkongsi reka bentuk yang sama dengan KTM RC 250, berkongsi tupang terbalik 43mm dan penyerap kejutan belakang tunggal yang diikat terus ke lenganayun tetuang. Brek depannya  bagaimanapun berbeza dari KTM RC 250, kerana model 390 ini menggunakan sistem brek yang dibangnunkan bersama Brembo iaitu cakera brek 320mm yang diapit angkup empat piston yang dipasang secara radial. ABS adalah standard untuk kedua-dua roda.
Perbezaan terbesar pada KTM RC 390 ialah enjin canggihnya. Lojikuasa 375cc satu silinder, DOHC ini adalah contoh perdana bagaimana KTM menetapkan piawaian dari segi keluaran dan kecekapan kuasa secara khusus. Enjin KTM RC390 mempunyai transmisi tersusun (stacked), omboh atau piston tempaan, silinder bersalut Nikasil, pelincir paksa, dan sistem ekzos baru yang menghasilkan 44 hp yang mantap. KTM RC 390 kini dilengkapi dengan klac gelincir-dan-berbantu (slip-and-assist clutch). Penambahan baharu pada KTM RC 390 2017 adalah penggunaan pendikit tunggang dengan wayar (Ride-by-Wire RbW), untuk memastikan penghasilan tork lancar apabila diperlukan. Isyarat dari pendikit ditafsirkan oleh unit kawalan enjin ECU untuk mengawal injap pendikit mengikut kehendak penunggang dan keadaan menunggang. Ciri-ciri baharu untuk model 2017 ini termasuklah ketebalan pelana penunggang sebanyak 12 mm, selain tuil brek dan klac bolehlaras dari segi capaian (reach-adjustable). Kini tiba masanya untuk ke litar!
KTM RC 390 SPESIFIKASI TEKNIKAL
ENJIN
Jenis: satu silinder sejukan cecair 4-lejang, DOHC, 4-injap
Gerek X lejang: 72.0 mm X 61.1 mm
Sesaran: 373.2 cc
Sistem suapan: Suntikan bahan api elektronik
Kuasa maksimum: 44 bhp @ 9000 RPM
Tork maksimum: 36 Nm @ 7000 RPM

TRANSMISI
Klac: PASC klac gelincir berbantu
Kotak gear: 6-kelajuan

CHASIS
Suspensi depan: WP 43mm tupang terbalik, gerakan 125 mm
Suspensi belakang: penyerap kejutan WP, pramuatan boleh laras, gerakan 150 mm
Brek depan: cakera tunggal 300 mm angkup lonjong tunggal dipasang secara radial
Brek belakang: cakera tunggal 230 mm disc, angkup tunggal terapung
Sistem brek anti kunci: ABS Bosch MB9 .1 dwi saluran
Tayar: Depan 110/70-ZR17
Belakang: 150/60-ZR17

KERANGKA & DIMENSI
Kerangka: trellis keluli
Lenganayun: Dwi sisi aluminium tetuang
Sudut capai: 23.5 darjah
Tapak roda: 1340 mm
Tinggi: 820 mm
Bera: 163.5 kg
Kapasiti bahanapi: 10 liter








No comments: