Joan Mir Juara Moto3 2017

 Joan Mir dari pasukan Leopard Racing telah dinobatkan Juara Dunia Moto3™ 2017. Beliau telah meraih gelaran tersebut di Phillip Island selepas persembahan menakjubkan sepanjang tahun dengan sembilan kemenangan setakat ini. Mir, dari Majorca, mula berlumba dalam Piala Rookies Red Bull MotoGP dan meraih tempat kedua pada 2014 di belakang Jorge Martin, sebelum berpindah ke Kejohanan Dunia Junior FIM CEV Repsol Moto3™ dalam tahun 2015.
 Joan Mir telah memenangi sembilan perlumbaan setakat musim ini, pelumba pertama melakukannya sejak pengenalan kelas Moto3™ dalam tahun 2012 dan yang pertama dalam kategori ringan sejak Marc Márquez pada tahun 2010. Mir telah memenangi sepuluh perlumbaan Moto3™ dalam kerjayanya setakat ini, menyamai pencapaian Romano Fenati yang mencatat kemenangan paling banyak di dalam kelas perlumbaan tersebut.

Mir memimpin Kejuaraan keseluruhan apabila dia memenangi perlumbaan pertama tahun ini di Losail dan kekal di puncak kedudukan sepanjang musim ini. Beliau berada dalam senarai sembilan pelumba yang telah memimpin lebih daripada 100 pusingan sejak pengenalan kelas Moto3™ pada tahun 2012.

Mir meraih gelaran juara walaupun tidak bermula dari kedudukan utama grid permulaan semalam. Ini merupakan kali keempat peristiwa seperti ini dalam kategori ringan,  sejak 1974 apabila kedudukan utama permulaan grid  direkodkan. Pencapaian sebegini pernah dicatatkan sebelum ini oleh Emilio Alzamora (1999), Loris Capirossi (1990) dan Ángel Nieto (1984).

Ia nya merupakan tahun ketiga berturut-turut yang menyaksikan pelumba yang berasal dari Piala Rookies Red Bull MotoGP telah memenangi gelaran dunia, selepas Danny Kent (2015) dan Brad Binder (2016).

Mir merupakan pelumba kedua Moto3™, selepas Alex Márquez (2014), yang telah memenangi kejuaraan dalam tahun permulaan mereka di Moto3™.

Biografi
Tarikh lahir: 1 September 1997
Tempat lahir: Palma de Majorca, Sepanyol
GP Pertama: Pulau Phillip 2015, Moto3™
Kedudukan bermula utama pertama: Red Bull Ring 2016, Moto3™
Podium pertama: Red Bull Ring 2016, Moto3™
Kemenangan pertama: Red Bull Ring 2016, Moto3™
Jumlh permulaan perlumbaan: 35 kali
Kemenangan: 10 kali
Podium: 14 kali
Kedudukan bermula utama pertama: 1 kali
Lap terpantas: 5 kali
Juara: Moto3™ (2017)

Kerjaya Kejohanan Dunia
2015: Kejohanan Dunia Junior FIM CEV Repsol Moto3™ - KTM, tempat ke-4
2015: Kejohanan Dunia Moto3™ - Honda, 1 perlumbaan
2016: Kejohanan Dunia Moto3™ - KTM, tempat ke-5, 18 permulaan, 144 mata
2017: Kejohanan Dunia Moto3™ - Juara Dunia - Honda, 16 permulaan, 296 mata

No comments: