Volvo jelas cuba menerajui teknologi kereta generasi akan datang. Syarikat Sweden ini secara terbuka menyatakan tekadnya untuk menghasilkan hanya kereta tanpa enjin petrol selepas tahun 2018. Teknologi pemanduan sendirinya juga jelas memimpin pengeluar lain dalam keunaan atas jalan.
Volvo XC40 merupakan model terbaharu yang menyertai rangkaian SUV syarikat itu. Model ini jelas sesuatu yang harus diberi perhatian, dengan penggunaan teknologi dan seni bina dari abang-abangnya iaitu XC60 dan XC90, dan disajikan dalam pakej yang lebih kecil dan murah. XC40 membuka harga pada hanya $33,000 di Amerika Syarikat, dan mencecah $40,000 jika disertakan opsyen tambahan. Harga sebeini tentunya mencabar kedudukan Tesla Model3 dan juga crossover SUV mereka yang dikhabarkan akan menyusul tidak lama lagi.
Perbandingan di antara Tesla dan Volvo sebenarnya lebih sengit daripada yang mungkin anda sangkakan. Kedua dua syarikat ini mensasarkan segmen kereta mewah, dan tawaran Volvo sama baiknya dengan banyak perkara yang telah menempatkan Tesla pada kedudukannya sekarang. Volvo turut menawarkan skrin sentuh gergasi untuk mengawal sistem dalam kereta, pelbagai sistem pemanduan kendiri, dan sentuhan moden seperti pengecaj telefon tanpa wayar yang sedia terbina dalam kereta.
Sistem pemanduan kendiri Volvo termasuklah Pilot Assist yang serupa dengan Autopilot Tesla; City Assist iaitu sistem keselamatan dalam bandar yang membantu dengan pejalan kaki dan halangan bandar; dan amaran lintasan Cross Traffic Alert dengan brek autonomi, yang disasarkan untuk membantu mencegah kemalangan Autopilot yang telah membunuh pemandu Tesla Model S sedikit masa lalu.
XC40 akan dilengkapi dengan enjin petrol atau diesel konvensional ketika pelancarannya, dengan model petrol-elektrik dan EV menyusul kemudiannya.
No comments:
Post a Comment