Jerayawara Kawasaki kini di Johor!

 Berita baik untuk semua peminat Kawasaki di Johor! Jerayawara Kawasaki Test Ride Roadshow untuk menguji motosikal Kawasaki sedang diadakan di tempat letak kereta Plaza Angsana, Johor Bharu bermula semalam hingga 24 September, 2017 dari 10 pagi hingga 6 petang. Ia pasti akan menjadi hari yang menyeronokkan bagi anda kerana Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) mempunyai banyak aktiviti menarik untuk disertai semua orang.

Jangan lepaskan peluang anda untuk menguji pelbagai jenis model superbike Kawasaki termasuk Versys 650 ABS, Versys-X 250, Z 900 SE ABS, Z 650 ABS dan Ninja 650 ABS semasa pameran terbaru Kawasaki Test Ride Roadshow. Alami prestasinya, keselesaan dan kepelbagaian barisan motosikal ini dengan sendiri dan ketahui motosikal mana yang sesuai dengan gaya anda dan mampu menambat hati anda dengan prestasinya.
Keselamatan adalah keutamaan Kawasaki, oleh itu semasa ujian ini semua penunggang mestilah berusia 18 tahun ke atas, dengan lesen motosikal yang sah. Datanglah dengan seluar panjang dan kasut anda. Semua yang hadir untuk sesi menunggang-uji akan menerima kupon cabutan bertuah yang sah laku pada hari acara dan berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik dari KMSB.

Semasa acara itu, KMSB akan memaparkan model Kawasaki superbike termasuk Ninja ZX10R Replica WSBK yang memenangi Kejohanan Superbike Dunia pada 2013, 2015 dan 2016, serta jentera Supercharged Kawasaki H2 yang dikenali sebagai motosikal pengeluaran terpantas di dunia.

Pemilik superbike Kawasaki juga boleh mendapatkan khidmat servis dan pemeriksaan percuma semasa acara tersebut. Perkhidmatan ini akan disediakan oleh kakitangan Pusat Perkhidmatan Eksklusif Kawasaki (KESC) yang terlatih. Nasihat perkhidmatan akan diberikan secara percuma oleh para profesional dengan terma dan syarat terpakai.
KMSB turut menjemput rakan-rakan niaganya untuk mengambil bahagian dalam acara itu, seperti Shoei Helmets, Alphinestars dan pengeluar tayar Bridgestone. Mereka akan mempamerkan pelbagai produk terbaru mereka dan menawarkan tawaran yang sukar dilepaskan. Perkhidmatan Kredit AEON dan Tokio Marine Insurance juga akan membantu memberikan khidmat nasihat pelanggan.

Jerayawara Kawasaki Test Ride adalah sebahagian daripada program KMSB dengan harapan agar mampu menjangkau pelanggan baharu dan lama serta masyarakat umum. Layari laman web KMSB (http://kawasaki.com.my/) dan halaman Facebook (Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd) untuk maklumat lanjut.


No comments: