Volkswagen Fest bermula


Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini melancarkan acara Volkswagen Fest 2017 yang julung-julung kali diadakan. Acara yang meraikan segala yang berkaitan dengan jenama Volkswagen itu berlangsung di Setia City Convention Centre mulai 11 hingga 13 Ogos 2017.
Sempena Volkswagen Fest, VPCM turut memperkenalkan dua model edisi khas baharu iaitu Jetta ALLSTAR dan Beetle Edisi Khas Merdeka ke-60 bagi meraikan sambutan hari kemerdekaan negara yang ke-60.

Volkswagen Fest 2017 meraikan para pengunjung dan peminat Volkswagen dari semua latar belakang yang berkumpul berdasarkan mereka terhadap jenama tersebut. Selama tiga hari, para pengunjung berpeluang memandu uji pelbagai model Volkswagen, menikmati tawaran hebat, malah servis pertama secara percuma untuk kereta Volkswagen yang sudah didaftarkan.   
Promosi Volkswagen yang sedang berlangsung sekarang seperti kadar faedah rendah bermula 0.28% untuk Vento dan 0.88% bagi Passat, serta penyelenggaraan percuma ke atas model-model terpilih turut dilanjutkan sepanjang Volkswagen Fest.
Bagi mereka yang ingin menjual kenderaan sedia ada untuk membeli sebuah Volkswagen, mereka boleh mengambil kesempatan menerusi penilaian kereta dan pemeriksaan pinjaman pantas secara percuma oleh bank-bank, sekali gus membantu dalam permohonan pinjaman masing-masing.   
Untuk pemilik Volkswagen pula, mereka boleh menjalani pemeriksaan kenderaan 20-perkara secara percuma, serta diskaun sebanyak 15 peratus ke atas alat ganti dan kos buruh.  

Satu lagi acara istimewa pada Volkswagen Festival ialah perhimpunan kereta Volkswagen klasik dan terkini. Ini termasuklah model Beetle original dan van Kombi yang ikonik – ehsan daripada pemilik dan peminat Volkswagen dari seluruh negara. 

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter menyatakan bahawa Volkswagen Fest 2017 dianjurkan khas buat para pengunjung untuk merasai atmosfera seperti sebuah karnival.
“Orang ramai harus merasai sendiri pengalaman memandu kereta Volkswagen daripada diberi penerangan sahaja. Sesi pandu uji, tawaran hebat dan pelbagai aktiviti menyeronokkan buat seisi keluarga ditawarkan bagi menjadikan Volkswagen Fest ini sebagai merupakan salah satu platform terbaik yang boleh kami sediakan untuk orang ramai menikmatinya.
“Volkswagen Fest juga memberi peluang kepada mereka untuk melihat Jetta ALLSTAR dan Beetle Edisi Khas Merdeka ke-60 buat pertama kali,” katanya.

Jetta ALLSTAR
Jetta ALLSTAR merupakan edisi terkini ALLSTAR yang dilancarkan oleh VPCM. Rangkaian model tersebut diperkenalkan pertama kali menerusi Polo ALLSTAR pada awal tahun ini dan
diikuti oleh Vento ALLSTAR pada Jun lalu. Ia dibangunkan khas untuk pelanggan yang mahu tampil lebih menonjol berbanding orang lain.
Jetta ALLSTAR hadir bersama aksesori eksklusif bernilai RM3,000 yang merangkumi pedal sports aluminium, spoiler trunk belakang, plat sisi, emblem dan karpet lantai ‘ALLSTAR’. Ditawarkan pada harga bermula RM109,990*, empat warna pilihan diberi – putih (Candy White), kelabu (Platinum Grey), perak (Reflex Silver) dan hitam (Deep Black).
Jetta mengabungkan enjin pengecas turbo tunggal 1.4L TSI dengan kotak gear direct shift (DSG) tujuh kelajuan yang telah ditambah baik. Ia mampu menjana kuasa mengagumkan mencecah 150PS dan tork 250Nm di antara 1,500 to 3,500rpm – menjadikannya kenderaan paling berkuasa dalam kelasnya.
Bukan itu sahaja, Jetta merupakan satu-satunya sedan dalam segmennya yang dilengkapi kotak gear tujuh kelajuan dan berupaya memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa 8.6 saat sahaja. Biarpun memiliki prestasi sebegitu, Jetta menawarkan gabungan penggunaan bahan api sekitar 5.0l/100 km** seterusnya menjadi peneraju dari segi penjimatan bahan api.

Beetle Edisi Merdeka ke-60
Memandangkan rakyat Malaysia bakal meraikan hari kemerdekaan negara yang ke-60, VPCM berbangga untuk turut serta dengan memperkenalkan Beetle Edisi Merdeka ke-60 yang hadir dalam jumlah terhad. Sama seperti model Herbie Beetle yang ikonik dan disukai ramai, Merdeka Beetle hadir dengan pelekat nombor “60” pada bahagian hud dan sisinya.   
Antara penambahbaikan pada Beetle Edisi Merdeka termasuklah stereng multi fungsi dibalut kulit, skrin sentuh 'Composition Colour' bersaiz 5.8 inci dengan USB, Bluetooth dan lapan unit pembesar suara. Manakala tempat duduknya dibalut dengan fabrik ‘Pepita’.  Di bawah hudnya pula terletak enjin pengecas turbo TSI 1.2L dengan kuasa 105PS. Dipadankan dengan transmisi automatik 7
kelajuan DSG dan mampu menjana tork 175Nm, ia menjanjikan keseronokan pemanduan kepada pemiliknya.


Ditawarkan pada harga RM136,888*, hanya 16 unit disediakan. Merdeka Beetle didatangkan dalam warna putih (Pure White) dan putih/perak (White Silver). Kesemua 16 unit hadir bersama jaminan selama lima tahun, cukai jalan untuk 60 bulan dan beg Beetle edisi terhad.

No comments: