Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad, Mohammad Fuad Khusairi berkata penutupan berkenaan adalah bagi bagi membolehkan kerja-kerja pemeriksaan dan penyelenggaran jambatan berkenaan dilakukan.
Kerja-kerja berjadual ini adalah rutin biasa setiap empat tahun bagi memastikan struktur kabel jambatan berkenaan berada dalam keadaan baik.
Menurut beliau, kabel merupakan elemen utama di Jambatan Pulau Pinang dan ianya perlu diperiksa secara menyeluruh dalam jangkamasa tertentu mengikut jadual yang telah ditetapkan iaitu setiap 4 tahun untuk mengesan sebarang kerosakan.
Menurut beliau, kabel merupakan elemen utama di Jambatan Pulau Pinang dan ianya perlu diperiksa secara menyeluruh dalam jangkamasa tertentu mengikut jadual yang telah ditetapkan iaitu setiap 4 tahun untuk mengesan sebarang kerosakan.
Sehubungan dengan itu, bagi membolehkan kerja-kerja yang komprehensif tersebut dijalankan, penutupan lorong dan lencongan jalan terpaksa diadakan.
"Kerja-kerja tersebut akan memakan masa selama setahun bermula 22 Ogos yang akan datang melibatkan laluan Arah Timur (Pulau ke Seberang Prai) selama 6 bulan pertama dan Laluan Arah Barat (Seberang Prai ke Pulau) bagi 6 bulan yang berikutnya sehingga 21 Ogos 2018," jelas Fuad.
Justeru itu, PLUS menasihatkan pengguna Jambatan Pulau Pinang supaya merancang perjalanan mereka sepanjang tempoh kerja penyelenggaraan ini.
"Sebagai alternatif, kami menasihatkan orang ramai supaya menggunakan Jambatan Kedua Pulau Pinang atau menggunakan perkhidmatan feri untuk menikmati perjalanan yang lebih selesa dalam tempoh tersebut," kata Fuad.
PLUS turut menasihatkan pengguna Jambatan Pulau Pinang supaya mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi laman Twitter PLUSTrafik, aplikasi PLUS Mobile App ataupun aplikasi Waze atau Google Map.
Fuad berkata demikian pada satu taklimat kepada media Pulau Pinang di Hotel Jen, hari ini.
Turut hadir adalah Exco Kerja Raya, Utiliti (Tenaga, Air & Telekom) dan Pengangkutan Pulau Pinang, YB Lim Hock Seng dan Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir Pulau Pinang, YB Chow Kon Yeow serta Penolong Pengarah Wilayah Utara, Lembaga Lebuhraya Malaysia, Anas Idris.
No comments:
Post a Comment