Cub Prix saji kepelbagaian

Siri perlumbaan motosikal tempatan yang telah melahirkan ramai pelumba-pelumba handalan negara iaitu Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS  bukan hanya tertumpu kepada perlumbaan tetapi turut menjadi platform pelbagai pihak terutama barisan penaja-penaja.
Kejuaraan yang sering dinantikan oleh peminat-peminat motosikal ini juga sesuai sebagai acara untuk seisi keluarga.Aktiviti di kawasan promosi merupakan perkara penting untuk menarik kehadiran penonton. Menyedari keperluan semua pengunjung, pihak Cub Prix bukan hanya menarik minat pengeluar motosikal untuk berada di kawasan promosi, sebaliknya pelbagai barangan dan aktiviti yang sesuai untuk semua termasuk keluarga.

 Pengunjung boleh mendapatkan pelbagai barangan eksklusif seperti produk cenderamata rasmi Kejuaraan Cub Prix, dan pelbagai produk menarik dengan harga istimewa di khemah-khemah promosi yang turut menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk pengunjung.

Di pentas perlumbaan di mana semua pelumba-pelumba terbaik negara beraksi ini anda juga turut berpeluang untuk bertemu idola dan pelumba-pelumba kesayangan anda. Jangan lupa untuk berswafoto bersama mereka sebagai kenangan dengan, pelumba-pelumba ini yang tidak sombong untuk melayan anda!  Selain itu beberapa persembahan nyanyian artis-artis terkenal tanah air turut diadakan selepas perlumbaan berakhir.


Setiap kali perlumbaan berlangsung, acara ini pastinya akan menerima kehadiran peserta-peserta konvoi motosikal dan adakalanya turut disertai motosikal-motosikal unik dan mempunyai pelbagai ciri menarik. Kepada kelab-kelab motosikal di luar sana, jangan lupa hubungi pihak penganjur untuk mendapatkan keistimewaan untuk berkunjung ke Cub Prix. Jika tidak tahu caranya, utarakan sahaja soalan anda melalui facebook Malaysian Cub Prix.

Pelbagai aktiviti sampingan akan turut diadakan seperti pertunjikkan auto salo, dan tidak ketinggalan juga aktiviti seperti pemeriksaan motosikal, sesi uji pandu motosikal, dan banyak lagi yang pastinya memberikan kepuasan kepada anda.

Tahun ini Cub Prix lebih meriah dengan pameran PETROSAINS oleh PETRONAS. Bagi ibu bapa, ini merupakan waktu sesuai untuk membawa anak-anak melihat pameran sains dan teknologi yang dibawakan dekat kepada anda. Satu peluang yang bukan mudah untuk anda dapati di tempat lain.

No comments: