Tunggangan urban atau dalam bandar memerlukan kuasa dan keselesaan. Kedua dua elemen ini wujud dalam skuter besar dan sukar ditandingi motosikal lain. Menyedari keperluan untuk sebuah pengangkutan urban yang inovatif, Kawasaki telah melangkah masuk ke dalam pasaran skuter Eropah dengan model Kawasaki J300 yang telah diterima baik di sana. Dan ianya kini telah tiba di Malaysia.
Read the English version at bottom of page
Kawasaki J300 tampil dengan satu pakej yang menggabung kemas prestasi sports, kawalan, keselesaan dan kemudahan, dalam reka bentuk yang tersendiri dengan penampilan yang tidak syak lagi mampu dikenali serta merta sebagai sebuah Kawasaki. Hasilnya adalah satu pakej yang pastinya cukup menarik bagi penunggang motosikal sports yang mungkin mencari alasan harian yang menyeronokkan untuk mereka berulang-alik ke tempat kerja.
Reka bentuk J300 ini tampil dengan garis sudut dan reka bentuk lampu yang kemas, tajam dan secara agresif meminjam unsur-unsur gaya dari motosikal supersport Ninja. J300 mencerminkan pandangan yang imaginatif terhadap masa depan, dengan tumpuan kepada alam sekitar sebagai sebuah pengangkutan peribadi dan kenderaan yang cekap dan efisyen serta mesra alam.
Enjin 299cc sejukan cecair Kawasaki J300 ini memberikan pecutan lancar dengan penggunaan transmisi boleh ubah menerus (CVT). Kuasa puncak dari maxi-skuter ini adalah 27.2bhp, cukup besar untuk menangani lalu lintas di tengah bandar, dan juga mampu untuk bertindakbalas segera terhadap kilasan pendikit sewaktu memotong di laluan lapang. Unit pemproses sentral CPU 16-bit menentukan jumlah bahan api yang sesuai bagi suapan sistem suntikan bahan api dengan badan pendikit Keihin ø34mm. CPU ini mengambil kira suhu penyejuk, suhu kemasukan udara, kedudukan pendikit, tekanan udara masuk, kelajuan kenderaan dan sudut aci engkol untuk menghasilkan hantaran kuasa yang sangat stabil dan lancar dalam semua keadaan. Kawasaki menyasarkan J300 ini sebagai sebuah kenderaan yang menjimatkan, namun begitu ianya juga harus mampu menjanjikan keseronokan menunggang.
J300 sebenarnya tidak ringan dan seberat 191kg, namun dengan ketinggian tempat duduk yang hanya 775mm, ianya lincah dan mudah diurus walaupun dalam keadaan berhenti. Tangki bahan api 13 liter terletak di bahagian lantai bagi merendahkan pusat graviti, dan roda depan 14" dan 13" di belakang memberikan keyakinan yang tinggi untuk kestabilan penunggangan. Fork teleskopik depan dan pasangan penyerap kejutan spring boleh-laras lima tetapan di belakang menjadikan Kawasaki J300 sebagai sebuah skuter yang mampu memberikan satu perjalanan yang sporty dan selesa. Rel pemegang bagi pembonceng disepadukan ke dalam garis arus yang direka teliti pada sisi belakang, dan pemijak kaki ala motosikal menyediakan lokasi selesa untuk kaki penumpang anda.
Kuasa hentian yang mencukupi disediakan oleh brek cakera berkelopak di bahagian depan dan belakang. Cakera 260mm dengan angkup dwi-omboh mengawal kelajuan roda hadapan, dan diseimbangkan oleh kawalan angkup dwi-omboh pada cakera 240mm di belakang.
J300 ini direka bentuk dan dibina dengan mengutamakan pengguna bagi menjanjikan perjalanan yang selesa dan ekonomik tanpa kehilangan keseronokan menunggang motosikal. Kawasaki tidak hanya melihat apa yang pengeluar lain lakukan dan meniru mereka, tetapi sebaliknya berfikir tentang segala yang di hadapi pengguna dan cara-cara untuk menyelesaikannya. Sebagai contoh, J300 mempunyai tupang hidraulik untuk menongkat kerusi sewaktu membuka ruang penyimpanan, dan lampu LED membantu anda melihat ke dalam ruang penyimpanan yang cukup besar untuk sebuah topi keledar muka penuh dan sebuah beg bimbit. Beban maksimum yang mampu ditampung ruang ini adalah sebanyak 10kg.
Kedudukan menunggang yang kasual dan santai menjadikan J300 yang sangat selesa. Kawasaki telah mengambilkira maklumbalas dari penunggang motosikal yang lebih selesa mencengkam tangki bahanapi motosikal mereka untuk membantu kawalan motosikal. Ini adalah diantara elemen yang sedikit sebanyak melemahkan semangat penunggang motosikal untuk menunggang sebuah skuter. Turutan dari maklumbalas ini, dinding tumit telah diadakan pada sisi bahagian tengah lantai agar tumit mampu mencengkam bahagian tengah skuter bagi membantu kawalan. Kuasa yang mencukupi mampu didapati pada julat rpm rendah dan pertengahan untuk mencilok dalam lalulintas bandar yang sesak.
Papan pemuka nya memaparkan LCD biru yang merangkumi odometer, dua meter perjalanan, jam dan tolok bahan api. Malah ada juga tachometer yang memaparkan rpm, dan ini mungkin memberikan perasaan yang selesa pada penunggang motosikal sports yang amat biasa dengan paparan yang mengutamakan tachometer, walaupun paparan sebegini sebenarnya jarang dilihat pada sesebuah skuter.
J300 ini juga membekalkan beberapa kemudahan kecil seperti soket kuasa 12V dalam kotak sarung tangan untuk mengecas telefon atau membekalkan kuasa pada alat bantuan perjalanan gps anda, malah mungkin sebuah kamera video anda. Terdapat juga cangkuk kargo boleh-lipat di bahagian depan untuk menggantung beg kecil sehingga seberat 3kg, malah boleh digunakan untuk menggantung kegemaran rakyat Malaysia: sebungkus teh tarik!
J300 ini menggesa anda untuk menunggang santai dan menikmati jalan lurus mahupun berselekoh, dan memberikan anda apa yang anda mahu. Mudah kilas-dan-jalan, kawalan pendikit mampu membantu mengawal skuter dan menghalakannya ke dalam selekoh dengan penuh yakin. Inilah sebenarnya sebuah skuter yang boleh digunakan untuk berulang-alik dan juga untuk keseronokan.
ENJIN
Jenis cecair sejuk, 4 lejang Single
Sesaran 299 cm3
Gerek dan lejang 72.7 x 72.0 mm
Nisbah mampatan 10.8: 1
Sistem injap SOHC 4 injap
Suapan bahan api: Suntikan bahan api ø34 mm x 1
Nyalaan ECU Kawalan (transistor Penuh)
Penghidup Elektrik
Pelinciran Pelinciran paksa, takungan basah
KERANGKA
Jenis tiub keluli bentuk berlian
Perjalanan roda hadapan 110 mm
belakang 100 mm
Tayar: depan 120 / 80-14 M / C 58S
belakang 150 / 70-13 M / C 64S
Sudut raih (caster) 28°
Jejak (trail) 113 mm
Sudut stereng kiri 40° / 40° kanan
PEMACUAN
Hantaran CVT dengan klac emparan
Hantaran akhir Talisawat
Pengurangan nisbah utama 2,220 ~ 0,790
Nisbah pengurangan akhir 7,222 (43/16 x 43/16)
SUSPENSI
Depan: fork teleskopik ø37mm
Belakang: penyerap kejutan kembar spring boleh laras 5-tahap
BREK
Depan: cakera kelopak tunggal 260 mm
Angkup: dwi-piston
Belakang: cakera kelopak tunggal 240 mm
Angkup: dwi-piston
PRESTASI
Kuasa maksimum 20.3 kW {28} PS / 7750 rpm
Tork maksimum 28.7 N.m {2,9 kgf.m} / 6250 rpm
DIMENSI
Panjang keseluruhan 2,235 mm
Lebar keseluruhan 775 mm
Ketinggian keseluruhan 1,260 mm
Jarak roda 1,555 mm
Kelegaan bumi 145 mm
Ketinggian tempat duduk 775 mm
Berat kasar 191 kg
Kapasiti bahan api 13 liter
j300: The Convenient Urban Performer
Urban Performance requires more than just the two elements of comfort and convenience inherent in a big scooter. Realising the need for innovative urban transport solutions, Kawasaki made its first foray into the European scooter market with the J300. And it is now here in Malaysia.
Seamlessly blending sport, control, comfort and convenience, the J300 wraps it all in a distinctive design that makes it instantly recognisable as a Kawasaki. The result is a package that will appeal to sports-minded riders looking for daily dose of fun from their commute.
With its angular lines and fierce headlight design, the J300’s sharp, aggressive design borrows styling elements from the Ninja supersport motorcycles. The J300 reflects an imaginative look into the future, with a strong focus on the environment, personal transport and vehicle efficiency .
Kawasaki J300's 299cc liquid-cooled motor gives smooth acceleration, thanks to the Continuously Variable Transmission (CVT). Peak power from the maxi-scooter is 27.2bhp, which is great for nipping in and out of inner-city traffic, and there’s enough in store to roll open the throttle for overtaking in the countryside. The fuel injection system (which uses a 34 mm Keihin throttle body and a 16-bit CPU takes into account coolant temperature, air intake temperature, throttle position, air intake pressure, vehicle speed and crankshaft angle, to automatically meters out the ideal amount of fuel for extremely stable power delivery – regardless of the conditions.
Kawasaki wanted the J300 to be economical, but they also wanted it to be fun to ride.
The J300 is no lightweight at a kerb weight of 191kg, but at a seat height of just 775mm, it is nimble and manageable even when stationery. Lowering the centre of gravity, its 13 litre fuel tank is located in the floor, and the 14” front wheel and 13” rear give a confidence-aspiring feeling of stability. With telescopic forks up front and twin preload-adjustable shocks with five settings to choose from at the rear, the J300 is a sporty and comfortable ride.
A pillion grab-rail is integrated into the carefully designed lines of the compact back-end, with motorcycle-styled footpegs providing a secure placement for the passenger’s feet.
Petal disc brakes on the front and rear provides more than ample stopping power. A 260mm disc with dual-piston caliper keeps speed in check at the front, balanced by a 240mm disc also with a dual-piston caliper at the rear.
Designed and manufactured with commuters in mind, the J300 promise a comfortable and economical ride without losing sight of the fun in motorcycling. Kawasaki does not simply look at what other manufacturers do and simply copying them, but instead have thought about the problems riders face, and ways to solve them. For instance, the J300 features a hydraulic strut to prop-up the seat during opening, and an LED light helps you see into the huge storage area, which is big enough for a full-face helmet and a decent briefcase! Maximum load is 10 kg.
The dashboard features a blue-backlit LCD screen which includes an odometer, dual trip meters, a clock and fuel gauge. And, though unusual for a twist and go, there’s a rev counter on board to please conventional motorcycle fans to keep check with the engine doing its business.
There are also pleasing little touches such as the 12V power socket in the glove box to charge your phone or plugging in your gps navigator or even your action-camera, makes the J300 a well thought out machine. There is also a foldaway cargo hook on the front inner cover, as a convenient way to secure a small bag up to a maximum load of 3 kg, or simply Malaysians' favourite: a packet of teh tarik!
The casual and relaxed riding position makes the J300 very comfortable. Kawasaki found from motorcyclists that they liked to grip the tank with their legs for a feeling of security and control: an element they found lacking and slightly unnerving when riding scooters. As such, heel grips have been incorporated into the footboards, and cut-out spaces to allow you to put your feet down easily. Ample low and mid-range power is much available for urban riding, enabling you to nip through gaps in tight city traffic.
The J300 urges you to have fun, to enjoy the roads and get into the twisties, and gives you what you want. Simply a twist-and-go convenience, the throttle helps control the bike and tip it into the bends with confidence. This is definitely a scooter that could be used for commuting as well as for enjoyment.
ENGINE
Type Liquid-cooled, 4-stroke Single
Displacement 299 cm3
Bore and Stroke 72.7 x 72.0 mm
Compression ratio 10.8:1
Valve system SOHC, 4 valves
Fuel system Fuel injection: ø34 mm x 1
Ignition ECU Control (Full transistor)
Starting Electric
Lubrication Forced lubrication, wet sump
FRAME
Type Tubular diamond, steel
Wheel travel: front 110 mm
rear 100 mm
Tyre: front 120/80-14 M/C 58S
rear 150/70-13 M/C 64S
Caster (rake) 28o
Trail 113 mm
Steering angle (left/right) 40o / 40o
DRIVETRAIN
Transmission CVT with centrifugal clutch
Final drive Belt
Primary reduction ratio 2.220 ~ 0.790
Final reduction ratio 7.222 (43/16 x 43/16)
SUSPENSION
Front: Type 37 mm telescopic fork
Rear: Type Twin shocks with 5-way adjustable preload
BRAKES
Front: Type Single 260 mm petal disc
Caliper Dual-piston
Rear: Type Single 240 mm petal disc
Caliper Dual-piston
PERFORMANCE
Maximum power 20.3 kW {28 PS} / 7,750 rpm
Maximum torque 28.7 N.m {2.9 kgf.m} / 6,250 rpm
DIMENSIONS
Overall length 2,235 mm
Overall width 775 mm
Overall height 1,260 mm
Wheelbase 1,555 mm
Ground clearance 145 mm
Seat height 775 mm
Curb mass 191 kg
Fuel capacity 13 litres
No comments:
Post a Comment