Pengeluar motosikal tempatan Modenas (Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd) baru-baru ini telah menjemput beberapa anggota media terpilih untuk mencuba beberapa model motosikal mereka di sekitar pulau lagenda Langkawi. Bermula perjalanan dari kilang Modenas di Gurun Kedah, para pengamal media pada mulanya diberi taklimat mengenai aspek teknikal motosikal, terutamanya mengenai teknologi suntikan bahan api yang digunakan pada model 118 EFI dilancarkan tahun lepas.
Berlepas pada pukul 10 pagi pada 9hb Jun 2014, kumpulan ini menunggang Ace 115, 118 EFI dan GT 128, diiringi oleh beberapa orang pegawai Modenas dan sekumpulan pemilik Modenas. Menuju ke utara dari premis kilang di Gurun arah Kuala Perlis melalui lebuh raya PLUS, perjalanan 106 km itu telah disegerakan kerana perlu tiba tepat pada masanya untuk menaiki feri Roro baru (Roll-On Roll-Off) laluan Pulau Langkawi. Ini telah secara tidak langsung menyebabkan semua peserta menunggang pada kelajuan maksimum yang dibenarkan 110 km sejam ke arah bandar pelabuhan tersebut. Perkhidmatan Roro bertolak dari jeti Kuala Perlis pada jam 1.30 petang, bagi perjalanan 30 km di laut dan tiba pada pukul 4 petang. Keesokan harinya, peserta bertukar-tukar motosikal bagi mendapatkan maklumbalas yang lebih tepat dan sekata mengenai homologisasi pemasangan motosikal oleh kilang Modenas.
Modenas Ace 115 120.3cc mungkin disalah anggap sebagai skuter jika tidak kerana pacuan akhir rantai nya yang jelas kelihatan. Motosikal kecil bergaya ini mempunyai pelana yang agak kecil dan menggunakan roda 16 inci berbanding kapchai atau moped yang biasanya menggunakan roda 17 inci. Penghidupan motosikal di waktu pagi adalah agak mudah, dan berasa sedikit lembap pada mulanya. Tetapi selepas ia panas, anda akan menghargai maklum balas daripada si comel ini. Kotak gear empat kelajuan beralih gear dengan baik dan lancar, walaupun gear akhir mungkin memerlukan rpm enjin yang lebih tinggi untuk respon yang lebih berkuasa. Lincah dalam lalu lintas, jalan-jalan berliku-liku di Pulau Langkawi merupakan ujian yang baik kepada keupayaan Ace 115, dan kelajuan tertinggi 115 km/j boleh dicapai, ianya mungkin memberi gambaran asal usul nama model ini. Pecutan pada tahap 90kmh adalah lancar dan dengan kuasa yang mencukupi untuk memotong kenderaan lain. Sistem suspensi monoshock di belakang memberikan prestasi yang memuaskan semasa membelok dan di jalan-jalan yang tidak rata. Jumlah jarak 250km mungkin dapat dijangkakan dari motosikal menjimatkan ini dengan berbekalkan bahanapi 5.3 liter dari tangki nya.
Diperkenalkan hampir setahun yang lalu, Modenas 118EFI memang sudah mendapat sambutan oleh pengguna motosikal dan boleh dilihat di jalan raya Malaysia. Teknologi sistem suntikan bahan api yang digunakan pada motosikal ini telah dibangunkan secara dalaman oleh jurutera tempatan. Model ini mempunyai reka bentuk teknikal dan lebih moden dari motosikal tempatan yang sedia ada.
Dengan sistem suntikan bahan api elektronik, enjin terasa beroperasi lebih baik daripada Modenas Ace, yang juga menggunakan enjin yang sama. Ia mempunyai kedudukan menunggang yang selesa dan akomodatif dan lokasi hendal membuat motosikal ini mudah dikendalikan. Kuasa terasa lancar, terutama apabila mendaki bukit seperti yang dialami pabila menaiki puncak tertinggi di Langkawi iaitu Gunung Raya. Kelajuan tertinggi 110 km/j mampu dicapai dan dengan pecutan yang baik semasa memotong. Walaupun mempunyai tangki minyak 4.3 liter, ia dijangka mampu mencecah 250km dari satu tangki penuh.
Secara keseluruhan, kedua-dua model Modenas berpotensi mendapat penerimaan yang baik di pasaran tempatan. Walaupun ianya merupakan hasil rekabentuk tempatan, prestasi, ketahanan dan kebolehpercayaan motosikal Modenas tidak boleh dipandang ringan, dan kredit penuh perlu diberikan kepada Modenas sebagai pengeluar motosikal moped yang berjaya dan memeriahkan lagi industri motosikal tempatan. Kita juga tentunya akan suka melihat Modenas kembali dalam arena perlumbaan cubprix tempatan seperti yang pernah mereka ceburi satu ketika dulu.
Local motorcycle manufacturer Modenas (Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd) recently invited several selected media personnel to try out a few models of their motorcycles around the legendary Langkawi Island. Starting out the journey from Modenas' factory in Gurun Kedah, the media personnels were initially briefed on the technical aspects of the motorcycles, especially on the fuel injection technology used on the 118 EFI model launched last year.
Departing at 10 am on 9th June 2014, the group riding the Ace 115 , the 118 EFi and a GT 128, was accompanied by some Modenas personnels and a group of Modenas owners. Heading out from the factory premises in Gurun towards Kuala Perlis via the PLUS highway, the northbound 106 km was hastened as to be in time to board the new RoRo (Roll-On Roll-Off) ferry en-route the island of Langkawi. This has resulted in all participants riding at the maximum allowable speed of 110 km per hour towards the jetty town. The RoRo service departed from Kuala Perlis jetty at 1.30 pm, for the 30 km journey across the sea and arriving at 4pm.
The next day saw participants swapping bikes to have a hollistic impression of what is in store of the individual bike models. The 120.3cc carburetted Ace 115 looks like a scooter if not for the giveawa chain final-drive. This stylish looking small bike also has a smallish seat and rides on 16-inch wheels compared to other kapchai or mopeds which commonly use 17-inch wheels.
Morning start for the bike was relatively easy, and do felt slightly sluggish initially. But after it has warmed up, you would appreciate the responsiveness of thi baby. The four-speed gearbox delivers well and smooth changing, although the final gear may require a higher engine rpm for better power response. Nimble in traffic, the winding roads of Langkawi Island did put a good test to the Ace 115's ability, and a top speed of 115 km/h is achieveable, probably giving justice to its model name. Acceleration at 90kmh was smooth and with ample power for a good acceleration in overtaking maneuvers.The monoshock suspension system at the rear gave a good performance during cornering and on uneven roads. A total distance of 250km could be expected from this frugal bike with its 5.3lits fuel tank.
Introduced almost a year ago, the Modenas 118EFI could be seen on Malaysian roads. The fuel injection system technology used on this bike was developed in-house by local engineers. The model has technical and modern design supremacy over other locally available bikes.
With electronic fuel injection system, the engine runs better than the Modenas Ace, which also uses the same engine. It has an accomodative riding position and the handlebar location make the bike easy to handle.Power transmission is smooth, especially when climbing hills as experienced going up the highest peak of Langkawi at Gunung Raya. A top speed of 110 km/h is achievable, with good acceleration during overtaking. Though having a 4.3 liter fuel tank, it is expected to be able to reach 250km on a full tank.
Overally, both Modenas models has potential of getting good aceptance in the local market. Although locally designed and produced, their performance, durability and reliability should not be underestimated, and full credit should be given to Modenas for being successful manufacturer of moped motorcycles and adding much colour to the local motorcycle industry. By the way, we would love to see you back in the local cubprix races.
No comments:
Post a Comment