Pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS 2020 kekal tanpa penonton

Pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS musim 2020 yang bakal dianjurkan di Litar Tangkak pada 22 dan 23 Ogos ini akan memerlukan struktur pelaksanaan yang berbeza berbanding dengan pusingan pembuka tirai di Litar Sepang sebelum ini.  Meskipun dijadikan sebagai penanda aras kepada penganjuran kejohanan lain, pihak penganjur Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS tidak leka meningkatkan usaha memperhalusi SOP perlumbaan untuk pusingan seterusnya.

 

“Kami telah membuat beberapa lawatan serta perbincangan dengan pihak pengurusan Litar Tangkak untuk merangka perancangan terperinci supaya segala SOP asas yang digariskan oleh MKN (Majlis Keselamatan Negara) dipatuhi sepenuhnya,” jelas Ron Hogg, Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd.

 

Sepertimana perlumbaan pembukaan di Litar Sepang minggu lalu, pusingan kedua di Litar Tangkak akan berlangsung tanpa kehadiran penonton. 

 

BMW M8 Coupé dan BMW M8 Gran Coupé diperkenal

 

BMW Malaysia telah memperkenalkan BMW M8 Coupé dan BMW M8 Gran Coupé. Kedua dua model kenderaan berprestasi tinggi ini merupakan yang baharu dalam portfolio kenderaan mewah milik pengeluar kenderaan premium ini. M8 Coupé berpintu dua manakala Gran Coupé pula mempunyai empat pintu. 
 
BMW M8 Coupé yang sulung menaik taraf famili model BMW 8 Series dari segi prestasi melalui penggunapakaian enjin dengan kuasa tertinggi yang pernah dibangunkan oleh BMW M. BMW M8 Gran Coupé terbaharu juga menampilkan enjin V8 4.4 liter dengan BMW M TwinPower Technology yang didatangkan dengan ruang interior paling luas berbanding coupé BMW M yang lain – ia menggandingkan keselesaan dan prestasi dengan sempurna. 
 BMW M8 Coupé dan BMW M8 Gran Coupé dikuasakan oleh enjin V8 berprestasi tinggi yang diperbaharui dengan teknologi M TwinPower Turbo. Enjin 4.4 liter ini membekalkan 441 kW/600 kk (kuasa kuda). Lantas ia menjadikan unit ini, juga dikenali sebagai S63, enjin BMW M yang paling berkuasa tinggi pernah dihasilkan untuk model produksi. Mampu membuat pecutan 0-100kmj hanya dalam masa 3.3 saat sahaja, enjin V8 berprestasi tinggi ini mampu mencecah kelajuan tertinggi mencecah 250 km/j (dihadkan), puncak tork setinggi 750 Nm pada paras 1,800 – 5,600 rpm. 







 
 #BMW #m8coupé #M8GranCoupe
 

MotoGP Sepang 2020 DIBATALKAN

FIM, IRTA dan Dorna Sports dengan sesalnya mengumumkan pembatalan Gran Premio Motul de la
Republica Argentina, ATAU Grand Prix Thailand, dan Grand Prix Motosikal Shell Malaysia pada tahun 2020.
Penangguhan ini berikutan wabak coronavirus yang sedang berlangsung dan komplikasi yang timbul kini mengesahkan pembatalan acara tersebut yang sebelum ini hanya ditangguhkan.
Namun begitu, satu Grand Prix tambahan akan ditambahkan ke takwim Kejohanan Dunia FIM MotoGP ™ 2020. Selepas Gran Premio Motul de la Comunitat Valenciana, satu lagi perlumbaan akan berlangsung dari 20 hingga 22 November di Eropah, sebagai perlumbaan akhir musim 2020. Maklumat lebih lanjut mengenai tempat tuan rumah akan disahkan pada hari Isnin 10 Ogos ini.
 
 
Di samping itu, perjanjian baru telah dicapai dengan penganjur GP Thailand yang mengesahkan
Litar Antarabangsa Chang akan kekal dalam kalendar Kejuaraan Dunia FIM MotoGP ™ sehingga sekurang-kurangnya 2026. Walaupun acara ini tidak akan berlangsung pada tahun 2020,
MotoGP ™ kini dapat menantikan pertempuran hebat di salah satu lokasi sukan permotoran di Asia dalam tahun tahun mendatang.
Selanjutnya, Dorna sudah mula bekerjasama dengan Promoter Argentina dan GP Malaysia untuk menentukan tarikh yang mungkin untuk dicadangkan kepada FIM bagi acara pada tahun 2021, dengan rancangan untuk memberi peluang kepada peminat agar kembali ke Autodromo Termas de Rio Hondo dan Sepang International Circuit.
Autodromo Termas de Rio Hondo pertama kali tersenarai dalam kalendar MotoGP ™ pada tahun 2014 dan telah menganjurkan Grand Prix yang rancak setiap tahun sejak itu. Grandstand selalu penuh dengan peminat yang hadir dari seluruh Amerika Latin, dengan peminat Argentina disertai oleh para peminat dari Brazil, Chile, Peru, Colombia, Uruguay, Bolivia, Paraguay dan banyak lagi.
Litar Antarabangsa Sepang adalah lokasi yang telah menyaksikan penganjuran GP paling lama dari ketiga tiga litar ini dan pertama kali menjadi tuan rumah MotoGP ™ pada tahun 1999.
Lokasi tersohor dunia dari dahulu hingga sekarang, trek ini adalah yang terpanjang dan paling mencabar musim ini, dan telah menganjurkan beberapa perlumbaan klasik sepanjang masa. Sepang juga menyajikan pengalaman unik bagi para peminat dengan kompleks grandstand di sepanjang lorong utama dan ke selekoh terakhir, meletakkan penonton ke dalam aksi sebenar dengan dikelilingi oleh suara jentera MotoGP ™ yang memecut pada kelajuan terlaju.

R&R kan ditutup jika terlalu sesak

 Pengendali Lebuhraya Utara-Selatan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup sementara kawasan rehat dan rawat (R&R) dan hentian sebelah yang tertentu sekiranya keadaan didapati terlalu sesak hingga menyukarkan SOP penjarakan sosial

dilaksanakan bagi membendung penularan Covid-19 dan pada masa yang sama, memastikan keselamatan pelanggan lebuhraya ketika perjalanan pulang dan kembali semula ke ibu kota
sempena perayaan Hari Raya Aidiladha yang akan datang.
“Setelah mengadakan perbincangan bersama pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM), kami
telah membuat keputusan untuk melaksanakan langkah ini demi keselamatan semua pelanggan kami terutamanya bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19. Kami sama sekali tidak boleh berkompromi terhadap keselamatan semua pelanggan dan berharap pelanggan dapat memahami mengapa langkah sedemikian perlu diambil demi keselamatan mereka,” kata Ketua Kecemerlangan Operasi PLUS, Mohd Yusuf Abd Aziz.
Menurut Yusuf, kawasan rehat yang ditutup sementara akibat terlalu sesak tersebut akan
dibuka secepat mungkin setelah pemantauan dan pemeriksaan mendapati ia lebih selesa dan selamat digunakan oleh pelanggan lebuhraya. “Kami memohon kerjasama semua pelanggan supaya merancang perjalanan dan mengelakkan kawasan rehat yang sesak. Mereka juga dinasihatkan supaya menggunakan kemudahan awam seperti tandas dan surau yang turut disediakan di plaza tol sebagai alternatif dan masuk semula ke lebuhraya untuk menyambung perjalanan mereka,” tambah beliau.
Pengumuman tentang penutupan sementara kawasan rehat yang berkaitan akan dipaparkan pada papantanda elektronik yang disediakan di lebuhraya termasuk menerusi Twitter PLUSTrafik, aplikasi PLUS dan lain-lain lagi.
PLUS menjangkakan jumlah kenderaan yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan akan
melonjak kepada 1.7 juta kenderaan pada setiap hari puncak bersempena dengan cuti
perayaan Hari Raya Aidiladha ini.

 

Hanya satu nombor untuk semua khidmat PUSPAKOM

 

 Mulai 1 Ogos 2020, pusat khidmat pelanggan

PUSPAKOM akan berkonsepkan satu nombor untuk semua urusan dan pertanyaan berkenaan dengan PUSPAKOM. Justeru itu, perkhidmatan talian bebas tol PUSPAKOM 1800-88-6927 dan MyPUSPAKOM 1800-22-2210 akan digabungkan dan ditukar kepada 03-5101 7000.

Waktu Urusan dan pertanyaan:
Ahad – Jumaat 8.00 pagi – 5.00 petang
Sabtu 8.00 pagi – 1.00 petang
Penukaran nombor baharu ini bertujuan memudahkan pelanggan untuk menghubungi PUSPAKOM melalui satu talian sahaja yang mana sebelum ini
pelanggan perlu menelefon beberapa talian yang berlainan bagi urusan dan pertanyaan tertentu. Ini sejajar dengan inisiatif PUSPAKOM iaitu sentiasa
mempertingkatkan perkhidmatan secara berterusan dari semasa ke semasa demi kemudahan pelanggan.
Urusan dan pertanyaan Pusat Khidmat Pelanggan 03-5101 7000 ini termasuk:
• Temujanji MyPUSPAKOM
• Pemeriksaan kenderaan
• Perkhidmatan bergerak Trak & Van (Lembah Klang)
• Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Insurans Motor
• Lain-lain urusan dan pertanyaan
Selain melalui panggilan telefon 03-5101 7000, PUSPAKOM juga menyediakan komunikasi secara dalam talian (online) sebagai alternatif bagi pelanggan untuk menghubungi pihak PUSPAKOM seperti di bawah:
• E-mel ke customerservice@puspakom.com.my
Sementara itu, talian bebas tol 1-800-22-2210 & 1-800-88-6927 tidak lagi beroperasi selepas 31 Julai 2020.
Sebarang maklumat terkini berkenaan PUSPAKOM, orang ramai boleh mengikuti Facebook rasmi PUSPAKOM Sdn Bhd atau layari www.puspakom.com.my.