JDS lancar JDS J3 Monoshock ke pasaran Malaysia

Pengedar penyerap kejutan motosikal dari Taiwan, JDS Suspension hari ini melancarkan produk edisi terhad mereka, JDS J3 Monoshock, yang digunakan oleh Juara Underbone 150cc Champion Asia Road Racing (ARRC) 2018, Md Helmi Azman dari SCK Racing Team.
JDS Suspension memahami keperluan untuk pengalaman menunggang yang lebih tinggi, dan menggunakan kepakaran dan pengetahuan mereka dalam pembuatan penggantungan untuk menghasilkan penyerap dan monoshock yang membolehkan penunggang mengalami kelancaran penyerap kejutan sambil mengekalkan kemudahan bagi pengguna untuk menyesuaikannya mengikut selera sendiri apabila diperlukan.

"Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Juara ARRC 2018, Md Helmi Azman melalui pelancaran produk ini kerana JDS telah menyediakan sistem gantungan kami untuk membantu beliau dan Pasukan Perlumbaan SCK dalam cabaran ARRC mereka. Kami akan terus membangun dan memperkenalkan produk baharu yang akan membantu para pelumba profesional dan penunggang harian dalam mencapai pengalaman menunggang yang baik," kata Ketua Pegawai Eksekutif JDS Suspensi Pte Ltd, Encik Kidd Lee Wei Yang.

"JDS J3 Monoshock memberikan keyakinan kepada saya dan membolehkan saya lebih menumpukan perhatian pada perlumbaan saya dalam Kejohanan ARRC. Ia pasti membantu saya dari segi prestasi menunggang saya dan saya mampu untuk meraih prestasi lebih baik kerana kestabilan dan sokongan dari monoshock" kata Md Helmi Azman.
Monoshock adalah komponen penting untuk penunggang motosikal kerana ia membantu memastikan keselamatan dan keselesaan pemandu. Walau bagaimanapun, kebanyakan penyerap kejutan yang dikeluarkan oleh kilang dihasilkan  dengan spesifikasi standard yang menjadikan sukar bagi peminat dua roda untuk membuat penyesuaian yang diperlukan untuk memenuhi keperluan menunggang mereka. Semua penyerap kejutan JDS adalah boleh laras yang dicipta untuk menyediakan keselamatan dan keselesaan menunggang, meningkatkan pengalaman menunggang semua peminat dua roda di Malaysia.

Spesifikasi monoshock J3:
• Minyak Motul
• Sistem bertekanan gas
• Piston diameter 35mm
• Batang diameter 14mm
Ciri pelarasan monoshock J3:
• Prabeban spring boleh laras
• Lantunan bolehlaras
• Mampatan bolehlaras
Panjang penyerap kejutan: 245-345mm
Harga: RM1,480 (tanpa Spring Fork)
Harga Pakej: RM1,580 (dengan Spring Fork)
JDS Suspension ditubuhkan pada tahun 2013, dan merupakan pengeluar penyerap kejutan motosikal dari Taiwan. Memahami budaya menunggang di Malaysia, JDS Suspensi telah memperluas kehadirannya secara tempatan untuk menyediakan pengalaman menunggang yang lebih baik melalui penyerap kejutan yang mudah disesuaikan. Pada tahun 2016, JDS Suspension memasuki Kejohanan Asia Road Racing untuk mencabar piawaian produk mereka dengan meletakkan penyerap kejutan mereka untuk diuji ketahanannya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai JDS Suspension, sila lawati laman Facebook rasmi mereka di www.facebook.com/pg/jdssystem/

Kurangkan memandu dan dapatkan rebat dari PAYD

Tune Insurance Malaysia Berhad telah melancarkan Pay-As-You-Drive yang merupakan pilihan baharu bagi insurans kereta anda. Ia memberi ganjaran kepada pemilik kenderaan yang mengurangkan pemanduan mereka.

Insentif ini direka dalam usaha untuk menggalakkan pemandu dan pemilik kenderaan untuk mengurangkan pemanduan dan memperbaiki kesesakan trafik, mengurangkan kemalangan jalan raya dan tekanan perasaan pemanduan bandar. PAYD sejajar dengan matlamat kerajaan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya sebanyak 50% pada tahun 2021.
Berdasarkan kajian oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA), yang diumumkan pada tahun 2017 terdapat lebih daripada 28.2 juta kenderaan di jalan raya Malaysia, yang boleh diterjemahkan sebagai 0.88 kenderaan untuk setiap orang di negara ini.

Urbanisasi  telah mengakibatkan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya Malaysia yang secara langsung menyumbang kepada pencemaran alam sekitar melalui perlepasan asap pekat dari kenderaan.

Pengenalan PAYD ini menyokong persekitaran yang lebih hijau, membantu mengurangkan tekanan perasaan dalam perjalanan di jalan raya, dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam, seperti LRT dan MRT untuk membantu mengurangkan kesesakan jalan raya.
Khusus direka untuk komuniti pemandu parkir & naik kenderaan awam (park & ​​ride), segmen pemilik 'kereta kedua' serta pemandu urban dan sekitar kejiranan sahaja, PAYD memberi ganjaran kepada pemilik kereta jumlah perbatuan rendah dengan rebat atau bayaran balik sebanyak 20% ke atas premium asas yang dibayar pada akhir tempoh polisi.

Pemilik kereta persendirian yang berumur antara 28-60 tahun dengan kenderaan berusia sehingga 3 tahun dan jumlah yang diinsuranskan antara RM40,000 hingga RM300,000 akan ditawarkan untuk memilih untuk faedah PAYD apabila melanggan insurans Tune Protect Motor. Berikutan sistem tier, pelanggan akan mendapat bayaran balik 20% daripada premium insurans motor mereka jika bacaan perbatuan mereka adalah antara 0-6000km, dan bayaran balik 15% jika perbatuan jatuh di antara 6,001km hingga 8,000km ketika tamat tempoh polisi . PAYD adalah pelan pelengkap yang percuma dan bayaran balik adalah tambahan ke atas diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) kenderaan.

Rantau Lembah Klang, yang juga dikenali sebagai Greater Kuala Lumpur, terdapat peningkatan jumlah pemandu 'parkir & menaiki kenderaan awam' yang meletak kenderaan mereka di pelbagai stesen pengangkutan awam bersepadu untuk perjalanan harian mereka ke tempat kerja. Kesinambungan berasaskan sistem rel lancar yang terbentang dari KL Sentral menjadi hub utama sejauh Sungai Buloh, Kajang, Gemas (Negeri Sembilan), Tanjong Malim (Perak), Gombak, Ampang dan Pelabuhan Klang.
Pemilik kereta kedua yang jarang dipandu serta pemandu bandar dan kejiranan juga akan menikmati faedah daripada PAYD kerana kenderaan mereka didorong dengan berhati-hati, dan mungkin mencatat perbatuan yang lebih rendah setiap tahun.

Politeknik Port Dickson juara Pertandingan Pemasaran Proton

Pertandingan Kepintaran yang Memberi Inspirasi atau Intelligence that Inspires
Challenge anjuran PROTON telah berakhir pada 29 Julai 2019 dengan penuh keterujaan di Pusat Kecemerlangan PROTON (COE). Sebanyak 12 kumpulan bersaing antara satu sama lain dan membuat pembentangan akhir mereka kepada seramai tujuh orang juri yang terdiri daripada pengurusan kanan PROTON, pakar industri pemasaran dan pengamal media.
Pemenang keseluruhan bagi pertandingan ini ialah kumpulan Eureka dari Politeknik Port Dickson yang telah mencuri hati barisan juri dengan idea inovatif mereka serta mempamerkan pembentangan yang baik. Tempat kedua pula ialah kumpulan Alpha dari Taylor's Lakeside Campus manakala tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan  Alpha Visionaries dari UTAR Kampar.
Untuk memastikan para peserta peringkat akhir ini didedahkan dengan sebanyak mungkin pengalaman sebenar dunia pekerjaan, PROTON telah memanggil pakar-pakar dalam bidang pemasaran dan media untuk menjadi juri.
Diketuai oleh Cheng Seng Fook, Pengarah Jualan dan Pemasaran PROTON serta juri-juri dari industri pemasaran iaitu Tuan Abang Jimmy Abang Mordian, Ketua Pemasaran PETRONAS Dagangan, Assoc. Prof Dr Norbani Che Ha,  Ketua Jabatan Pemasaran fakulti Perniagaan & Perakaunan di Universiti Malaya dan Encik Devan Perinpanay,  Pengurus Negara VM Ware Malaysia. Pengamal media yang turut menjadi juri ialah Encik Hafriz Shah, Ketua Pengarang di Paultan.org, Encik Gan Yong
Li, pengasas dan pemilik laman web Pandulaju.com.my dan Encik Eugene Wong Kang Yen, Ketua Pegawai  Pemasaran Kumpulan Sin Chew Daily.
Setelah meneliti setiap pembentangan, para juri kemudiannya diberi masa untuk berbincang antara satu sama lain sebelum menentukan pemenang. Kumpulan yang mendapat skor keseluruhan tertinggi diumumkan sebagai  pemenang dan mereka dipilih tidak semestinya berdasarkan skor tertinggi dari markah setiap juri.
"Tahap pemikiran asli, daya kreativiti dan keyakinan yang ditunjukkan oleh setiap kumpulan di peringkat akhir ini telah
memberi kejutan kepada para juri. Kami juga pernah menjadi pelajar seperti mereka jadi kami tahu bahawa untuk  membentangkan idea kepada barisan pakar di industri jelas memerlukan banyak latihan dan keyakinan diri. Bagi saya, setiap peserta kumpulan di peringkat akhir ini adalah pemenang yang mempunyai masa depan cerah dalam mana-mana industri yang mereka mahu sertai kelak, jadi saya berasa senang hati untuk melihat masa depan negara kita yang akan diterajui oleh rakyat Malaysia yang sangat pintar," kata Cheng Seng Fook.

Pakai dulu Moto Guzzi baharu, bayar 6 bulan kemudian....

Mahu memiliki Moto Guzzi yang baru tanpa perlu risau tentang wang? Boleh! Moto Guzzi Malaysia akan membenarkan anda menunggang motosikal Moto Guzzi kegemaran anda secara percuma sehingga 6 bulan, tanpa perlu risau mana nak korek wang untuk pembayaran atau ansuran untuk memiliki motosikal ikonik itu!

Pengimport dan pengedar sah Moto Guzzi di Malaysia iaitu Didi Resources Sdn Bhd, kini memperkenalkan promosi sekali seumur hidup Tnggang Dahulu, Bayar Kemudian ataupun "Ride-Now-Pay-Later" .

Terma dan syarat
1. Promosi ini berkuatkuasa dari 15 Jun 2019 hingga 31 Ogos 2019.
2. Pendaftaran motosikal mestilah dilakukan pada 31 Ogos 2019.

Pengedar sah yang mengambil bahagian adalah seperti berikut;
- Welly World Cycle No. 2135, Jalan 3/1, Batu 13 1/2, 47000 Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor, 012-9412322
- Stronghold Cycles @ The Gasket Alley Lot 15, 13, Jalan 13/6, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor, 016-3738656
- Sheng Fatt Motor Sdn. Bhd. No 24, Jalan Dato Keramat, 10150 George Town, Pulau Pinang, 012-4018932
- Soon Hin Co. A-139 & A-141, Jalan Beserah,, Kuantan, Taman Seaview, 25300 Kuantan, Pahang, 016-9350055

Tunggu apa lagi??????

MICHELIN Pilot Sport 4 SUV janji prestasi premium

Syarikat tayar terkemuka di dunia, MICHELIN, telah melancarkan MICHELIN Pilot Sport 4 SUV untuk Kenderaan Utiliti Sports (SUV) yang hebat dan berprestasi tinggi. MICHELIN Pilot Sport 4 SUV direka dengan ciri-ciri jangka hayat yang mampu tahan lama, prestasi brek yang luar biasa, pengendalian yang dinamik dan seterusnya memberi pengalaman pemanduan yang selesa.
Pengarah Urusan MICHELIN Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei, Encik Pascal Nouvellon berkata, "MICHELIN Pilot Sport 4 SUV melengkapkan rangkaian produk Pilot Sport dengan padanan teknologi sukan permotoran yang terkini dan peningkatan kecekapan untuk memberi kepuasan pemanduan tanpa had yang selamat. Tayar keluaran ini mempunyai corak bunga yang lebih baik dan bahan sebatian tayar yang baharu untuk cengkaman yang lebih mantap dan prestasi brek yang cemerlang pada jalan basah, selari dengan slogan MICHELIN Pilot Sport 4 SUV, "Out there, you are always in control." ("Sentiasa dalam kawalan, di mana sahaja
Dihasilkan dengan bahan sebatian baharu yang menggabungkan fungsi inovatif elastomer dan silika, MICHELIN Pilot Sport 4 SUV mengungguli ujian pengendalian di permukaan jalan basah yang dijalankan bersama tayar daripada jenama terkemuka yang lain.
Ujian tersebut mencatatkan masa sehingga 5.06 scat lebih pantas untuk melengkapkan trek sepanjang 1,050 meter berbanding pesaingnya*. MICHELIN Pilot Sport 4 SUV juga mendahului dalam ujian brek di permukaan jalan kering dengan catatan jarak sehingga 2.7 meter lebih pendek daripada pesaing**. Manakala, di permukaan jalan basah, kenderaan mampu membrek sehingga 4.9 meter lebih pendek dengan tayar baharu dan sehingga 8.5 meter lebih pendek dengan tayar terpakai berbanding pesaing**.
MICHELIN Pilot Sport 4 SUV hadir dengan reka bentuk alur asimetri baharu yang menguatkan corak bunga dan memberikan cengkaman maksima semasa berselekoh. Lilitan tali sawat hibrid yang diperbuat daripada aramid dan nilon juga menjanjikan tindak balas kawalan yang dinamik dan ketepatan pemanduan dengan MICHELIN Pilot Sport 4 SUV.
Menawarkan jangka hayat yang baik sehingga 13,000 kilometer lebih berbanding tayar daripada jenama terkemuka lain—, MICHELIN Pilot Sport 4 SUV mengangkat reka bentuk pintar yang menggabungkan blok bunga yang kukuh dan lapisan pelindung berkapasiti tinggi untuk meningkatkan ketahanan terhadap kerosakan, sekaligus memberi keyakinan dan menjamin keselamatan pemandu semasa di jalan raya.
"Kami memberikan MICHELIN Pilot Sport 4 SUV sentuhan reka bentuk yang eksklusif dengan menampilkan 91% kemasan berwarna hitam yang elegan untuk menyerlahkan SUV dengan penampilan gays sporty. MICHELIN Pilot Sport 4 SUV juga dioptimumkan bagi keselesaan penumpang dan meminimumkan bunyi bising untuk memberi pengguna pengalaman pemanduan yang menakjubkan," kata Pascal.
Tayar MICHELIN Pilot Sport 4 SUV yang baharu ini kini boleh didapati di TYREPLUS dan semua pengedar sah Michelin di seluruh negara dalam 39 pilihan saiz untuk rim kenderaan dengan diameter 17 hingga 23 inci. Pelindung rim juga boleh didapati bagi semua dimensi. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.michelin.com.my.
Ujian luaran dijalankan oleh perkhidmatan produk TUV SUD, atas permintaan Michelin, pada Ogos 2018, menggunakan dimensi 235/60 R 18 pada Audi Q5 2 0 TDI di atas trek sepanjang 1,050 meter.
Ujian luaran yang dijalankan oleh perkhidmatan produk TUV SUD, atas permintaan Michelin, pada Ogos dan September 2018, menggunakan dimensi 235/60 R 18 pada Audi Q5 2.0 TDI dengan membandingkan tayar MICHELIN PILOT SPORT 4 SUV yang BAHARU dan TERPAKAI dengan enam tayar daripada jenama lain. Tayar terpakai tersebut telah digunakan pada mesin sehingga bunga tayar mencapai kedalaman Penunjuk Kehausan Bunga Tayar (TWI - Tread Wear Indicator) berdasarkan peraturan Eropah bagi Tread Wear Indicator ECE R30r03f.
jangka hayat yang dijalankan oleh PUSAT UJIAN DEKRA, atas permintaan Michelin, pada Ogos dan September 2018, menggunakan dimensi 235/60 R 18 pada Hyundai Santa Fe CRDi dengan membandingkan tayar MICHELIN PILOT SPORT 4 SUV dengan enam tayar daripada jenama lain. Ujian jangka hayat dijalankan dalam penggunaan sebenar (D50) secara purata dengan perjalanan sejauh 10,000 km dan ekstrapolasi jangka hayat sehingga 1.6mm.