Rossi uji peralatan baharu di Ujian Brno

Pelumba Movistar Yamaha MotoGP Valentino Rossi kembali ke litar Automotodrom Brno untuk ujian IRTA rasmi satu hari sehari selepas perlumbaan Grand Prix Monster Energy České Republik, semalam.

Rakan sepasukannya Maverick Viñales memilih untuk tidak menyertai sesi sepanjang 8 jam itu, dalam usaha untuk pulih sepenuhnya dari kemalangan semalam menjelang Motorrad Grand Prix von Österreich, yang akan diadakan hujung minggu ini.
Rossi menghabiskan hari yang produktif mencuba beberapa peralatan baharu, menguji pelbagai tetapan, dan memberi maklum balas mengenai tayar depan prototaip Michelin 2019 memandangkan beiau merupakan satu-satunya penunggang di litar untuk pasukan Yamaha Factory Racing.
The Doctor bermula sebelum jam sebelas pagi dan mengakhiri ujian pada jam enam, menunggang 51 pusingan secara keseluruhan. Hasil kerja kerasnya semasa ujian adalah positif secara keseluruhan. Walaupun tidak benar-benar cuba untuk mencapai masa kelajuan, pelumba Itali ini masih menamatkan ujian di tempat ketujuh dengan pusingan terbaik 1'55.918s, iaitu 0.709s dari pelumba terpantas.
Kesemua pasukan MotoGP kini akan ke Red Bull Ring - Spielberg untuk pusingan seterusnya Kejohanan Dunia MotoGP 2018 dan akan menyambung semula aksi mereka Jumaat ini.

BRNO OFFICIAL POST-GP TEST RESULTS
06/08/2018
               
1.     M. MARQUEZ     REPSOL HONDA TEAM     1'55.209    
2.     J. ZARCO     MONSTER YAMAHA TECH3     1'55.342    
3.     D. PEDROSA     REPSOL HONDA TEAM     1'55.399    
4.     A. DOVIZIOSO     DUCATI TEAM     1'55.517    
5.     J. LORENZO     DUCATI TEAM     1'55.609    
6.     C. CRUTCHLOW     LCR HONDA CASTROL     1'55.771    
7.     V. ROSSI     MOVISTAR YAMAHA MOTOGP     1'55.918    
8.     D. PETRUCCI     ALMA PRAMAC RACING     1'55.939    
9.     A. RINS     TEAM SUZUKI ECSTAR     1'55.986    
10.     H. SYAHRIN     MONSTER YAMAHA TECH3     1'56.032    
11.     A. IANNONE     TEAM SUZUKI ECSTAR     1'56.111    
12.     A. ESPARGARÒ     APRILIA RACING TEAM GRESINI     1'56.366    
13.     B. SMITH     RED BULL KTM FACTORY RACING     1'56.566    
14.     T. NAKAGAMI     LCR HONDA IDEMITSU     1'56.622    
15.     F. MORBIDELLI     EG 0,0 MARC VDS     1'56.697    
16.     S. REDDING     APRILIA RACING TEAM GRESINI     1'56.855    
17.     J. MILLER     ALMA PRAMAC RACING     1'56.885    
18.     T. LUTHI     EG 0,0 MARC VDS     1'57.034    
19.     S. GUINTOLI     TEAM SUZUKI ECSTAR     1'57.843    
20.     H. AOYAMA     EG 0,0 MARC VDS     1'59.334  
 

#55 Hafizh Syahrin puaskan hati Poncharal

Hafizh Syahrin memulakan perlumbaan dengan baik dan mara beberapa kedudukan di pusingan pertama. Anak Malaysia ini telah bertarung dengan Franco Morbidelli, tetapi akhirnya terpaksa mengambil langkah selamat untuk membawa pulang dua mata penting ketika melintasi garisan penamat pada kedudukan ke-14 untuk mengekalkan kelebihan sebagai 'Pelumba Baharu Tahun Ini' atau "Rookie of the Year".
"Pada permulaan saya berasa sangat baik dengan jentera dan saya sangat rapat dengan Bautista. Tetapi selepas pertengahan perlumbaan, motosikal saya seperti bergegar ketika keluar selekoh, saya tidak tahu mengapa. Sukar bagi saya untuk bertarung dalam keadaan ini, walaupun saya cuba untuk mengawal motosikal dan mengawal dengan badan saya, ianya sangat memenatkan," kata Hafizh.
Saya cuba untuk kembali kuat ketika ujian esok. Kami akan mencari penyelesaiannya dan saya berhasrat untuk terus bekerja dengan cara ini. Saya mengumpul dua mata lebih dan masih sangat hampir dengan Morbidelli, tetapi saya cuba untuk membuat perlumbaan yang baik minggu depan."
Pengurus pasukannya Hervé Poncharal berpuas hati dengan persembahan Hafizh. "Hafizh bertarung dengan Franco Morbidelli dan berada di hadapan untuk seketika dan kemudian Franco memintasnya, Hafizh mengikutinya, tetapi tidak ada yang dapat dilakukannya untuk memotong. Dia masih memimpin kejuaraan rookie, tetapi dia kalah kepada Franco. Ini menarik! Dia banyak belajar dan saya fikir dia melengkapkan hujung minggu yang sangat baik di sini di Republik Czech. Dalam masa beberapa hari, kita akan melihat apa yang boleh kita lakukan di Austria kelak."

Cawangan 4S Proton kini ada di Klang, Selangor

Demi memenuhi keperluan PROTON untuk memberikan kemudahan lebih baik kepada pelanggan sebagai pusat sehenti, salah sebuah pengedar PROTON sejak 2009 iaitu Vantage Speed bersetuju untuk membuat pelaburan dalam perniagaan mereka itu sebagai sebuah pusat 4S bai memberikan pengalaman jualan dan servis yang lebih baik.

Vantage Speed telah beroperasi mengendalikan cawangan 1S dan 2S di lokasiberasingan. Cawangan 2S yang pada asalnya milik Magnavision Sdn Bhd ditutup dan seluruh kawasan tersebut diubah suai menjadi pusat 4S yang baharu beretempat di Jalan Kebun, Kelng, Selangor. Cawangan 1S miliknya di Setia Alam pula dikekalkan bertujuan untuk terus memberi kemudahan kepada pelanggan sedia ada di sana. Dengan kawasan seluas 2418 meter persegi, cawangan 4s ini dilengkapi dengan 14 petak servis, 10 ruangan ketuk dan cat serta ruangan yang memuatkan sehingga 10 kenderaan di ruang pameran. Pelanggan turut selesa dengan ruangan tempat duduk yang luas, di mana boleh memuatkan 80 tempat duduk untuk mereka. Selain itu, sama seperti cawangan PROTON yang lain, terdapat juga ruangan minuman, ruangan kanak-kanak, WIFI percuma dan kawasan istirahat pelanggan yang selesa untuk mereka berehat sambil menunggu kereta mereka diservis.
Cawangan 4S Vantage Speed telah dirasmikan oleh Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, dan turut dihadiri oleh barisan Pengurusan Kanan PROTON. Sebagai pengedar yang telah lama berkecimpung di dalam industri auto, keperluan untuk menyediakan servis yang baik dan
cemerlang kepada pelanggan adalah satu kemestian. Menurut Dato' Sri Tee Boon Kee, Pengarah Vantage Speed, "Apa yang paling penting adalah pelanggan suka berkunjung ke cawangan ini untuk membeli kereta. Sebaik sahaja mereka membeli kereta, mereka juga suka untuk kembali kepada kami bagi perkhidmatan servis kereta. Walau bagaimanapun, mungkin sukar untuk kami mencapai tahap kepuasan pelanggan itu sekiranya kami tidak beroperasi sebagai pusat sehenti. Sebuah cawangan 4S akan membolehkan kami berurusan dengan pelanggan secara lebih baik, dan dapat memahami keperluan mereka. Justeru, keputusan untuk beroperasi sebagai cawangan pengedar 4S sememangnya pilihan yang tepat".
 Selain terletak di lokasi yang strategik, Vantage Speed juga mempunyai pasukan yang berkemahiran untuk mengendalikan cawangan ini, dari jualan sehinggalah ke servis. Terdapat kakitangan khusus untuk memastikan pelanggan mendapat pengalaman yang baik dan menyeronokkan sepanjang mereka berurusan dengan Vantage Speed untuk keperluan pembelian dan servis. Vantage Speed yakin mereka sedang bergerak seiring di bawah pelan PROTON ke arah kecemerlangan dalam servis, jualan dan pertumbuhan perniagaan.

Seperti yang dirancang Proton, sehingga 31 Julai 2018, PROTON telah meluluskan sebanyak 93 cawangan untuk dinaik taraf kepada 3S dan 4S. Ini merupakan pencapaian 85% berbanding sasaran untuk menaiktaraf sebanyak 109 cawangan pada Oktober tahun ini.
Minggu ini sahaja, dua daripada cawangan Proton iaitu cawangan Chan Sow Lin dan Puchong telah dinaik taraf dengan penampilan yang lebih segar selaras dengan pelan perniagaan PROTON untuk mengubah semua rangkaiancawangannya bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan. Chan Sow Lin merupakan cawangan 4S PROTON, sementara Puchong adalah cawangan bertaraf 1S.
Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON sangat positif dengan perkembangan ini.
"Saya gembira penambahbaikan cawangan berjalan seperti yang dirancang. PROTON berada dalam kedudukan yang sangat baik untuk membuktikan semula kehadirannya di pasaran. Kami yakin kami dapat mencapai peningkatan kelulusan sebanyak 109 cawangan menjelang bulan Oktober, atau mungkin lebih awal dari yang dijangkakan. Apabila kita memulakan langkah untuk menaik taraf cawangan-cawangan kami, kami sentiasa memikirkan untuk memastikan pelanggan mendapatkan pengalaman terbaik apabila mereka melangkah masuk ke PROTON. Matlamat kami sangat jelas, dan
sekarang apa yang dirancang hampir berjaya direalisasikan, kami percaya cawangan-cawangan ini bersedia untuk menerima kedatangan SUV Proton pertama di pasaran, serta model-model yang lain pada masa akan datang".

#71 Ayumu tamat ke-22 di GP Czech


Bermula dari kedudukan terakhir, Ayumu Sasaki menghadapi tugas sukar di tangan dalam perlumbaan 18 pusingan Grand Prix Czech semalam. Berada di tempat ke-25 pada pusingan pertama, penunggang Jepun itu sukar untuk mengatasi kumpulan di hadapan. Walaupun mengekalkan rentak yang sama dengan para pemimpin perlumbaan, Sasaki tidak dapat memisahkan diri dari kumpulan di belakang, dan melintasi garisan di tempat ke-22.

#7 Adam gagal di Grand Prix Czech

Penunggang PETRONAS Sprinta Racing Adam Norrodin mengalami pengalaman pahit di Grand Prix Czechnya semalam, walaupun membuat kemajuan baik sepanjang perlumbaan.
Bermula dari kedudukan ke-21, penunggang Malaysia bekerja keras untuk memperbaiki kedudukannya sehingga kedudukan ke-14 yang solid. Namun Adam membuat kesilapan yang tidak diingini pada pusingan akhir apabila menyangkakan perlumbaan telah berakhir, dan memperlahankan jenteranya, dan menyebabkan beliau susut ke kedudukan belakang. Cepat menyedari kesilapannya, dia cuba untuk menyertai semula perlumbaan tetapi mendesak terlalu keras, lalu terhempas sebelum melintas bendera.