Cat biru zon motosikal di KL mampu mengundang bahaya
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mewujudkan zon keutamaan
motosikal di beberapa lokasi lampu isyarat dalam usaha untuk
melaksanakan penstrukturan trafik yang baharu di ibu kota Kuala Lumpur.
Zon tersebut yang dicat warna merah dan putih akan menjadi penanda
kepada setiap penunggang motosikal untuk berhenti di dalam petak khas
sementara menunggu lampu isyarat dan tidak lagi dibenarkan memberhenti
kenderaan di luar petak tersebut.
Kenderaan lain perlu memberhentikan kenderaan masing-masing di belakang
petak itu.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata
penstrukturan trafik ini adalah bagi menjamin keselamatan pejalan kaki
untuk melintas dan memberi kemudahan kepada pengguna motosikal berhenti
dalam keadaan selamat. "Dalam usaha ini, saya harap agar ia dapat
mengurangkan kes jenayah yang sering berlaku di jalan raya seperti
masalah ragut dan pecah cermin kereta," katanya pada sidang media di
sini hari ini.
Setakat ini DBKL menyediakan zon motosikal di tiga lokasi merangkumi
Jalan Raja Laut, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak. Setiap
zon yang berkeluasan 6.096 meter mampu memuatkan lebih 20 motosikal
dalam satu-satu masa. DBKL akan memberi tempoh percubaan selama tiga
bulan bermula bulan ini kepada pengguna jalan raya untuk membiasakan
diri dengan penstrukturan trafik yang baharu itu. Selepas tempoh
percubaan itu, penunggang motosikal yang gagal mematuhi arahan itu akan
dikenakan kompaun antara RM50 hingga RM100.
Sementelah usaha penambahbaikan ini disanjung dan disokong dari segi
konsepnya, seperkara lagi yag patut dipertimbangkan adalah penggunaan
cat dalam mewarnakan zon motosikal ini.
Sebelum ini zon tersebut pernah diwujudkan
walaupun secara agak ringkas. Kesannya masih boleh dilihat di
persimpangan Jalan Sultan Ismail, di mana dahulunya zon ini ditandakan
dengan lukisan motosikal diantara dua garisan juga, tetapi tidak
diwarnakan latarbelakangnya.
Penggunaan cat bagi menandakan zon dan laluan khas motosikal juga
digunakan di United Kingdom dengan warna biru dan digelar cycle
superhighways (CSH). Sebagai negara maju kita mampu mengandaikan bahawa
cat yang digunakan telah diuji keselamatannya oleh pihak mereka.
Namun begitu hanya beberapa hari lepas, seorang koroner telah menuntut
"semakan segera" mengenai keselamatan cat biru yang digunakan pada CSH
(cycle superhighways atau lebuhraya sikal) selepas seorang penunggang
motosikal terbabas melanggar tiang penghadang jalan dalam hujan dan
mengalami kemalangan maut.
Dr Fiona Wilcox telah mengeluarkan tuntutan semakan tersebut kepada
pihak Pengangkutan London (Transport of London atau TfL) sebagai langkah
pencegahan kematian melaporkan bulan sebelum dia membuat kesimpulan
inkues ke atas kematian Milan Dokic, 49, yang terbabas di Battersea Park
Road pada 1 Mac tahun lalu selepas hilang kawalan motosikal dalam
keadaan basah pada kira-kira 1 tengah hari.
Dokic telah memasuki lorong CS8 - salah satu superhighways berasingan
bagi sikal yang mula diperkenalkan oleh Boris Johnson, ketika memotong
sebuah sebuah van.
Dalam laporan beliau untuk TfL, Dr Wilcox menulis: "CCTV jelas
menunjukkan motosikal kehilangan cengkaman dan menggelongsor di
sepanjang jalan. Malangnya, Dokic terjatuh dan melanggar "bollard", dan
mengalami kecederaan yang membawa kepada kematiannya di tempat
kejadian."
Beliau turut berkata bahawa beliau juga sedang mengkaji keterangan satu
lagi kes kematian "dalam keadaan yang sedikit berbeza" di Battersea "di
mana cengkaman rendah pada CSH (lebuhraya sikal) mungkin telah memainkan
peranan".
Dalam kajian pra-inkues di mahkamah Westminster koroner pada 14
Februari, seorang penyiasat perlanggaran memberi keterangan bahawa
permukaan jalan yang dicat mempunyai rintangan gelinciran dsebanyak
56.3, berbanding dengan skor permukaan jalan konvensional sebanyak 77.
Bahagiana lebuhraya yang berhampiran lintasan pejalan kaki pula dibina
berbeza dan mempunyai rintangan gelinciran sebanyak 89.8.
Dr Wilcox berkata beberapa penunggang motosikal dan juga basikal telah
bercakap tentang kekurangan cengkaman pada beberapa bahagian lebuhraya,
yang terletak di antara Westminster dan Wandsworth.
Beliau turut memberi amaran kepada TfL bahawa "terdapat risiko bahawa
kematian mungkin berlaku di masa akan datang" melainkan jika TfL
mengambil tindakan segera. Beliau turut menyeru "kajian semula segera
semua di kawasan yang dirawat dengan cat permukaan jalan itu dan
menggantikannya dengan permukaan bercengkaman lebih baik. "Kebimbangan
ini terlalu mendesak untuk ditunggu sehingga perbicaraan penuh." Inkues
tersebut yang akan diadakan pada musim panas ini.
Dalam perkembangan lain pada Januari lepas di London UK juga, penunggang
basikal dikatalkan telah "jatuh seperti skittles (pin sejenis boling
padang)" kerana permukaan yang licin pada bahagian baharu Cycle
Superhighway di selatan London. Para penunggang telah mengadu bahawa
jalan berasingan bagi sikal di Stockwell itu telah menyebabkan huru-hara
bilamana penunggang basikal telah tergelincir di atas permukaan bercat
yang dikatakan "berminyak". Jalan penghubung dari Clapham Road ke South
Lambeth Road itu telah dibuka sejurus sebelum Krismas 2016 tetapi telah
mencetuskan aduan daripada penunggang basikal. TfL berkata ia telah
melancarkan siasatan "sebagai satu perkara segera" berikutan laporan
tersebut.
Di negara ini, kita sedar bahawa permukaan bercat memang menwujudkan
permukaan yang licin bagi motosikal dan juga basikal. Garisan kuning
penanda memperlahankan kelajuan sering menjadi kerisauan bagi
penunggang, terutama sekali di kala hujan. Malangnya di beberapa garisan
ini kadangkala di cat di selekoh jalan, yang mampu membahayakan
penunggang! Garisan memperlahankan kelajuan seperti ini sepatutnya hanya
dicat di bahagian LURUS SEBELUM sesuatu selekoh itu dan bukannya setelah memasuki
selekoh.
Permukaan bercat dan garisan jalan memang licin. Tanya saja abang abang
trafik PDRM kita yang menunggang seharian, apatah lagi bagi mereka yang
menunggang motosikal pacuan syaf atau aci seperti CBX750. Cuba ajak
mereka kongsikan pengalaman nyaris, malah ada yang pernah jatuh dek
kerana garisan garisan ini.
Zon motosikal bercat ini wujud sebelum hentian persimpangan lampu
isyarat. Kita tentunya tidak menginginkan seorang penunggang yang
menunggang laju ketika lampu dilihat hijau, dan gagal berhenti sebelum
persimpangan tersebut bila lampu isyarat tiba tiba bertukar merah.
Mungkin boleh dipertikaikan sikapnya, namun begitu usahlah kita wujudkan
keadaan yang mampu membahayakan. Malah, jika dibuktikan bahawa
permukaan bercat ini lebih licin dari permukaan sebelumnya, bagi Abg
Long itu alasan yang sudah cukup memadai untuk kita mencari alternatif
lain selain penggunaan zon berwarna ini.
Decha terpantas namun Zaqhwan kekalkan momentum
Pelumba
Thailand, Decha Kraisart beraksi cemerlang pada hari pertama saingan
Pusingan 6 Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) setelah muncul pelumba
terpantas dengan catatan 1;39.586s sambil pelumba negara, Mohd Zaqhwan
Zaidi turut memperaga aksi konsisten dengan catatan kedua terpantas
dalam kelas SuperSports 600cc di Litar Antarabangsa Chang, Buriram,
Thailand hari ini.
Pelumba MUSASHi Boon Siew Honda yang
turun ke litar dengan misi merebut gelaran juara keseluruhan
melakukan catatan terbaik 1'39.716s diikuti rakan sepasukan Decha dari
pasukan Yamaha Thailand Racing, Chalermpol Polamai, 1'39.830s. Pendahulu
keseluruhan, Tomoyoshi Koyama (T. Pro Yuzy Honda NTS With WOW turut
beraksi cemerlang dengan catatan keempat terpantas, 1'39.889s.
Keputusan:
SuperSports 600
1. Decha Kraisart (THA) Yamaha 1'39.586s
2. Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Honda 1'39.716s
3. Chalermpol Polamai (THA) Yamaha 1'39.830s
4. Tomoyoshi Koyama (JPN) Honda 1'39.889s
5. Azlan Shah Kamruzaman (MAS) Kawasaki 1'39.898s
*10. Zulfahmi Khairuddin (MAS) Kawasaki 1'40.351s
Asia Production 250cc
1. Apiwat Wongthananon (THA) Yamaha 1'53.920s
2. Galang Hendra Pratama (INA) Yamaha 1'55.594s
3. Takehiro Yamamoto (JPN) Kawasaki 1'55.968s
4. Sitthisak Onchawiang (THA) Honda 1'55.976s
5. Ayumu Tanaka (JPN) Kawasaki 1'56.059s
Underbone 130cc
1. Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha 2'09.309s
2. Ahmad Fazli Sham (MAS) Yamaha 2'10.719s
3. Md Shah Khairil Hisham (MAS) 2'11.363s
4. Md Haziq Fairues (MAS) 2'11.679s
5. Md Adib Rosley (MAS) 2'12.016s
Jaguar F-Pace hebat!
Saksikan sendiri beberapa video mengenai Jaguar F-Pace yang baru dilancarkan di Malaysia semalam.
Tanpa tunai masih boleh naik Grab
Kredit GrabPay tentunya memudahkan mereka yang kekurangan tunai, dengan pilihan nilai tersimpan untuk kegunaan dalam aplikasi Grab. Kredit GrabPay membolehkan penumpang menambah-nilai melalui perbankan dalam talian, rangkaian ATM tempatan, kedai-kedai, e-dompet dan kad kredit / debit. Kredit GrabPay membolehkan kemudahan pembayaran tanpa tunai untuk pengalaman perjalanan yang lebih lancar.
Penumpang yang mahu menguruskan kewangan mereka dengan lebih baik boleh memilih untukmenambah-nilai jumlah yang tetap untuk perkhidmatan Grab setiap minggu / bulan
Penumpang kini tidak perlu membawa wang tunai fizikal secara fizikal, terutamanya bagi mereka yang keluar lewat malam. Bagi mereka yang tidak biasa dengan pembayaran tanpa tunai dan amat berhati-hati dalam perkongsian butiran kad kredit pula, ini merupakan satu pilihan yang lebih selamat.
Kredit GrabPay boleh ditambah-nilai secara atas talian atau di beribu-ribu lokasi pilihan-pilihan berikut:
Perbankan dalam talian: Affin Bank, Am Online, Bank Islam, CIMB Clicks, Hong Leong Connect, Maybank2U, Public Bank dan RHB Now
kedai-kedai: kedai 7-Eleven dan Kedai Mesra Petronas
Kad dan e-Dompet: MasterCard, Visa, American Express dan China Union Pay
Subscribe to:
Posts (Atom)




