Lapor kenaikan harga melampau, pertahan hak kita

 

Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011  digubal kerajaan bagi mengawal harga barangan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Akta baharu ini telah diperkenalkan pada 1 April 2011. Akta baharu ini menggantikan Akta Kawalan Harga 1946. 

Pencatutan bermaksud mengambil keuntungan secara berlebihan (profiteering). Ia digubal bagi mewujudkan sebuah mekanisme bagi menghalang dan melarang peniaga menaikkan harga barangan tanpa sebab walaupun dalam pasaran terbuka sekalipun. Peniaga yang menaikkan harga barangan serta mengaut keuntungan berlebihan sesuka hati sehingga menyusahkan pengguna berdepan hukuman berat, sama ada didenda mahupun dipenjarakan. Perlaksanaan undang-undang itu mampu menghalang peniaga daripada menaikkan harga sesuatu barangan tanpa sebab di negara ini.

Pun begitu harus difahami bahawa penentuan pencatutan ditentukan mengikut penetapan harga dan kos di peringkat premis peniaga itu sendiri dan bukan dibandingkan dengan premis yang lain. Ini juga bermakna bahawa dalam pasaran terbuka sekali pun, peniaga tidak boleh sewenang wenangnya menaikkan harga melampaui margin keuntungan asal berdasarkan kos asal. 

Turutan laporan, Kementerian akan mengeluarkan notis di bawah Seksyen 21, AKHAP 2011 kepada peniaga yang berkaitan untuk mendapatkan butiran lanjut berhubung dengan maklumat harga dan kos barangan atau caj bagi perkhidmatan di premis itu.



Mitsubishi Triton Athlete tampil tema menawan

 

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, memperkenalkan Mitsubishi Triton Athlete baru hari ini.  Triton Athlete adalah model unggulan dari rangkaian pengambilan Mitsubishi Triton 4x4, menggantikan Triton Adventure X.

 Triton Athlete tersedia dalam tiga warna - oren Sun Flare Orange Pearl, putih White Diamond serta hitam Jet Black Mica dan mengemas aksesori tambahan untuk menandingi kehadirannya yang bergaya namun kasar.

 Triton Athlete diserlahkan dengan konsep reka bentuk depan ‘Dynamic Shield’ yang menggabungkan gril radiator hitam berkilat dan pelekat jalur sisi reka bentuk grafik ‘ATHLETE’ yang sporty.

 Tema hitam termasuk cermin sisi, pemegang pintu, deflektor tingkap jenis aero, pelek hitam gloss 18 inci dan tangga sisi.

Kawasan

Harga (RM)

Semenanjung Malaysia

141,500

Langkawi

132,827

Sabah

143,500

Sarawak

143,550

Labuan

135,278



Ipone Yamaha YY Pang Racing Team ungguli CP125 Pusingan Kedua 2021

Perlumbaan akhir CP125 Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS diungguli Mohd Adib Rosley dari pasukan Ipone Yamaha YY Pang Racing Team. Hanya 0.003 saat membezakan kedudukan Adib di tangga pertama dengan Mohd Hafiza Rofa dari pasukan ONEXOX TKKR Racing Team di tempat kedua. Ahmad Syukran Aizat mengisi podium ketiga dengan 11’27.159s. Adib kini mendahului buruan takhta CP125 dengan 41 mata kejuaraan.

Pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS akan berlangsung di Litar Tangkak, Johor pada 22 dan 23 Mei nanti.


CP125

1. Mohd Adib Rosley (Yamaha, Ipone Yamaha YY Pang Racing Team), 11’27.095s

2. Mohd Hafiza Rofa (Yamaha, ONEXOX TKKR Racing Team), 11’27.098s

3. Ahmad Syukran Aizat Mohd Yusoff (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing), 11’27.159s

 

Kedudukan Keseluruhan

1. Mohd Adib Rosley (Yamaha, Ipone Yamaha YY Pang Racing Team), 41 points

2. Mohd Syafiq Rosli (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor), 35 points

3. Ahmad Syukran Aizat Mohd Yusoff (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing), 29 points





 

Sekali lagi PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing sapu bersih

 

Kategori Wira KBS di pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS menyaksikan pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing kekal dominan dalam kategori junior itu apabila sekali lagi menyapu bersih podium perlumbaan Wira Akhir. Mohd Aqil Danial Nasrul menamatkan perlumbaan di tempat pertama dengan 10’07.020s diikuti Danial Johan dan Mohd Syamil Amsyar Mohd Iffende. Syamil Amsyar yang menjuarai Pusingan 1 telah mendahului sesi kelayakan Wira KBS dengan catatan masa 1’24.864s

KEPUTUSAN WIRA KBS 2/2021

 

1. Mohd Aqil Danial Nasrul (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing), 10’07.020s

2. Danial Johan (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing), 10’07.189s

3. Mohd Syamil Amsyar M Iffende (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing), 10’07.195s

 

Kedudukan Keseluruhan 2/2021

1. Mohd Aqil Danial Nasrul (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing), 41 points

2. Mohd Syamil Amsyar M Iffende (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing), 41 points

3. Danial Johan (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing), 40 points


 



Maju Motor orak langkah awal musim 2021

 

Nazirul Izzat Mohd Bahauddin menghadiahkan kemenangan pertama musim 2021 kepada pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor musim ini di pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS. Izzat baru  menyertai pasukan tersebut musim 2021 ini.

 

Kemenangan ini merupakan kemenangan CP150 kedua bagi pelumba berusia 21 tahun itu. Nazirul memulakan perlumbaan di Litar Sepang Utara itu dari barisan kedua. Petak pertama diduduki oleh Azroy Hakeem Anuar dari pasukan Honda Yuzy Idemitsu Team.

 

Namun, Azroy Hakeem sedikit tertinggal sebaik perlumbaan CP150 Akhir sepanjang 11 lap itu dimulakan. Aiman Tahiruddin dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing muncul sebagai pendahulu awal perlumbaan tetapi Aiman tidak dapat menyekat kemaraan pelumba-pelumba lain dalam kelompok pertama. Nazirul pula bijak mempertahankan kedudukan di dalam kelompok tersebut. 


Pada lap terakhir, Nazirul mula mengorak langkah memperbaiki posisi perlumbaan. Dari tempat ke-7 di lap 10, Nazirul muncul di garisan hadapan pada selekoh terakhir lap terakhir. Strategi bijak Nazirul itu membolehkan pelumba kelahiran Negeri Sembilan itu melakar kemenangan kedua kategori premier Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS.

 

“Saya begitu berpuas hati dengan keputusan hari ini. Kemenangan ini sememangnya begitu berharga bagi saya. Setelah lebih enam bulan tidak beraksi akibat kecederaan tangan, kemenangan ini telah memulihkan tahap keyakinan saya untuk terus berjuang untuk merebut takhta CP150 musim ini. Kemenangan ini lebih berharga kerana ianya seandai hadiah awal untuk pasukan baru saya – PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor,” kata Nazirul. Kemenangan terakhir Nazirul dicatat pada musim 2019 di Kangar.

 

Azroy Hakeem Anuar menamatkan perlumbaan di tempat ke-2 dengan catatan masa 14’38.096s. Tempat ketiga dihadiahkan kepada pelumba SCK Honda Racing Team, Mohd Izam Ikmal.


Dengan kemenangan ini, Nazirul mengambil alih kepimpinan kategori CP150 dengan 29 mata. Mohd Muzakkir Mohamed jatuh ke tangga kedua dengan 28 mata manakala Mohd Izam Ikmal kini menduduki tangga ke-tiga keseluruhan dengan 25 mata.


CP150

 

1. Nazirul Izzat Bahauddin (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha – Maju Motor), 14’38.028s

2. Azroy Hakeem Anuar (Honda, Honda Yuzy Idemitsu Team), 14’38.096s

3. Mohd Izam Ikmal (Honda, SCK Honda Racing Team), 14’38.291s


Mata Kejuaraan Keseluruhan CP150

 

1. Nazirul Izzat Bahauddin (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha – Maju Motor), 29 points

2. Mohd Muzakkir Mohamed (Yamaha, ONEXOX TKKR Racing Team), 28 points

3. Mohd Izam Ikmal (Honda, SCK Honda Racing Team), 25 points