KTM 450 RALLY REPLICA versi 2021 kini di Malaysia!

 

 
Ayat READY TO RACE yamg digunapakai KTM nyata dizahirkan dengan sempurna dalam KTM 450 RALLY REPLICA versi 2021. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, model pengeluaran terhad ini telah mendapat komponen berprestasi seperti yang dminta sendiri oleh Toby Price dari Red Bull KTM Factory Racing, Matthias Walkner dan Sam Sunderland. Ia adalah motosikal yang direka untuk unggul dalam perlumbaan merentas desa pelbagai peringkat, untuk memenuhi tuntutan paling sukar dari pelumba rali dan untuk menang.
 
 
Enjim 450cc SOHC suntikan bahanapi yang berprestasi itu digabungkan dalam casis berasaskan perlumbaan dengan rangkaian peralatan yang lebih baik untuk jentera eksklusif ini. Rangkaian peralatan sebagai spesifikasi standard tersebut termasuk gantungan kartrij tertutup WP XACT PRO yang disempurnakan dengan teknologi Cone Valve yang canggih, serta aerodinamik dan ergonomi yang disusun khas untuk pengendalian tanpa henti bagi menyeberangi kawasan yang luas.
 
 
Untuk tahun 2021, KTM telah menaiktaraf pakej enjin dengan kotak gear baru dan mekanisme peralihan gear yang disemak semula. Pengaruh langsung PANKL Racing Systems di dalam KTM Motorsport membolehkan juruteknik meningkatkan lagi kehandalan motosikal, serta memberi manfaat kepada penunggang dengan penyebaran gear yang lebih besar.
 
 
Kebiasaan dan gaya tunggangan tiga pelumba Red Bull KTM Factory Racing - semuanya telah mencuba kejayaan memenangi Dakar Rally dalam setengah dekad terakhir ini- membantu dalam menyelesaikan nisbah gearing. Hasilnya adalah KTM 450 RALLY REPLICA 2021 yang kini dilengkapi dengan nisbah gear yang sama seperti yang disarankan pada mesin juara Dakar Rally.
 
 

Kereta Lexus guna peredam getaran keluaran Yamaha

Yamaha Motor Co., Ltd. mengumumkan bahawa peredam getaran prestasi kenderaan - Yamaha Performance Damper - telah diluluskan untuk digunapakai dalam model kereta "LEXUS LC500 Convertible" (dikeluarkan dari 15 Julai), dan "LEXUS LC500 " tahum 2021(dikeluarkan dari 18 Jun)
Yamaha Performance Damper akan dipasang pada model LEXUS IS350 / 300, RC350 / 300, GS350 (2WD) / 300, CT200h Versi L / CF SPORT, NX300h / 300 F SPORT, ES350 Ultra Luxury ・ F SPORT (Model luar negara) / ES300h Ultra Mewah (model Luar Negara) Versi L- F SPORT, LX (model Luar Negara), RX450h / 300 F SPORT, UX250h / 200 (Pilihan) menjadikan 10 model setakat ini.
Yamaha Performance Damper adalah komponen redaman casis yang dipasang di kawasan struktur utama kenderaan. Ini adalah alat yang dirancang untuk mengawal dan menyerap distorsi dan getaran halus, yang menyumbang kepada peningkatan kestabilan dan keselesaan dalam pelbagai model. Yamaha Performance Damper pertama kali digunakan dalam model produksi besar besaran pada bulan April 2004, dari pengembangan konsep dasarnya pada tahun 2000, dan telah mencapai pengeluaran kumulatif sebanyak 2 juta unit pada Januari 2020.
Biasanya, ketika kenderaan penumpang bergerak, badan kereta akan herot/terkiat atau terkilas secara mikro kurang dari 1mm. Badan kenderaan logam mempunyai ciri elastik dan tidak mempunyai daya serapan redaman, yang bermaksud bahawa tenaga distorsi atau herotan/kiatan luaran terkumpul dan dilepaskan hampir tidak berubah, dan kitaran herotan ini berlaku pada frekuensi semula jadi. Yamaha Performance Damper menambahkan elemen redaman pada casis, dengan itu menyerap tenaga distorsi atau herotan ini dan melepaskannya sebagai haba. Ini mengekang laju distorsi yang berlebihan pada casis, memberikan mobiliti dan kestabilan yang lebih baik serta kemampuan pengendalian dan keselesaan pemanduan yang unggul semasa pemanduan normal dan juga pada pecutan tinggi ketika casis mengalami distorsi yang relatif tinggi.

Seksyen 3E1 Lebuhraya Central Spine Road Mentara-Merapoh sejauh 5.8km dibuka

 

Seksyen 3E1 Lebuhraya Utama Tengah Central Spine Road Mentara-Merapoh sejauh 5.8km telah dibuka semalam. Siap pada Februari tahun ini, jajaran ini akan membantu mengurangkan kemalangan jalan raya dan juga akan memastikan perjalanan kampung yang lancar bagi pelancong yang menuju ke Kelantan atau Pahang untuk perayaan Hari Raya Aidiladha minggu depan.
CSR, yang menggunakan kaedah Continuously Reinforced Concrete Pavement (CRCP), merangkumi enam fasa: dari Kuala Krai ke Jambatan Sungai Lakit, Kelantan (47km); Jambatan Sungai Lakit ke Gua Musang, Kelantan (60km); Gua Musang ke Kampung Relong, Pahang (94km); Kampung Relong ke Raub, Pahang (45km); Raub ke Bentong (54km); dan Bentong ke Simpang Pelangai (47km).

 

Tahniah sekali lagi Petronas SRT!

 

Pelumba PetronasSRT, kini Fabio Quartararo telah memperluaskan lagi kelebihannya dalam kedudukan keseluruhan Kejuaraan Dunia MotoGP 2020 setelah berjaya mengekalkan permulaan sempurna musim ini dengan satu lagi kemenangan.

Seminggu selepas dia melintasi garisan penamat untuk kemenangan pertama MotoGPnya di MotoGP Sepanyol, Fabio mengulangi kejayaannya sekali lagi di saingan MotoGP Andalucia:
Kini dengan dua kedudukan petak utama dan menang dua perlumbaan, kejayaan ini telah dicapai dalam keadaan yang lebih selesa setelah bermula baik dengan holeshot dari barisan depan untuk memimpin perlumbaan dari awal lagi.

Honda CBR250RR SP Quick Shifter dilancar di Indonesia


Model supersports suku liter Honda yang dinanti nanti peminat motosikal sedunia telah diperkenalkan PT Astra Honda Motor (AHM) di Indonesia. Model Honda CBR250RR SP Quick Shifter kini ditawarkan sebagai motosikal supersport 2-silinder 250cc terbaik di negara jiran itu. Varian perdana Honda CBR250RR ini menggabungan prestasi enjin yang lebih kuat, pengendalian yang lebih tangkas, dan teknologi kelas motosikal lumba MotoGP, iaitu Quick Shifter dan cekam berbantu/ gelincir (Assist / Slipper Clutch).
Honda CBR250RR SP Quick Shifter dibekalkan dengan enjin terbaharu yang menghasilkan kuasa, tork dan kelajuan yang lebih optimum untuk laluan bandar dan litar. Pecutan Honda CBR250RR selepas hentian di lampu isyarat atau garis mula di litar menjanjikan penunggang mampu meninggalkan kesesakan lalu lintas atau lawannya dalam perlumbaan. Model ini mampu memberikan sensasi yang lebih lincah dengan beratnya yang ringan yang digabungkan dengan prestasi tinggi, untuk bergerak di antara lorong-lorong bandar yang sesak dan untuk menakluk selekoh di litar.
Model ini juga menetapkan standard baru dengan pengenalan pengalih gear tangkas atau Quick Shifter untuk pertama kalinya pada motosikal 2-silinder 250cc di Indonesia. Ciri Quick Shifter ini disertai dengan kehadiran cekam Assist / Slipper Clutch menjadikan pengendalian klac yang lebih ringan untuk keselesaan pemanduan pada kelajuan tinggi mahupun rendah. Honda CBR250RR SP Quick Shifter hadir bagi melengkapkan barisan varian yang pernah dipasarkan sebelum ini di Indonesia iaitu Honda CBR250RR ABS dan Honda CBR250RR untuk memberikan pilihan yang lebih banyak bagi pencinta sukan permotoran di negara itu.
 
 
Honda CBR250RR SP Quick Shifter ini dibangunkan berasaskan DNA siri CBR, iaitu Total Control atau Kawalan Sepenuhnya. DNA siri CBR Honda ini menyajikan keseronokan penunggangan dari sebuah motosikal supersport yang mampu memenuhi kehendak penunggang, membelok dengan cepat ke arah yang diinginkan, berhenti dan memecut seperti yang dikehendaki oleh penunggangnya. Kawalan Sepenuhnya atau Total Control ini bercurikan tiga konsep, iaitu prestasi unggul, ciri futuristik dan reka bentuk bentuk pantas yang agresif seperti motor lumba dan dizahirkan pada setiap model CBR bukan hanya pada jenis Honda CBR1000RR-R varian tertinggi tetapi juga dalam siri Honda CBR250RR.
Siri Honda CBR telah membuktikan prestasi yang tinggi dan agresif di pelbagai trek perlumbaan dan sangat diminati oleh peminat sukan permotoran supersport. Varian terbaharu ini adalah salah satu usaha Honda untuk terus menyahut cabaran adrenalin dan sensasi penunggangan yang diinginkan pengguna ketika menunggang sebuah motosikal sports 250cc.
Honda CBR250RR SP Quick Shifter ini merealisasikan impian pencinta motosikal supersport yang mahukan prestasi agresif dan pantas seperti motosikal lumba. Model ini dilancarkan dengan prestasi terbaik dan ciri terlengkap di kelasnya untuk memenuhi harapan pengguna sukan permotoran. Ciri-ciri Quick Shifter disertai dengan kehadiran Assist / Slipper Clutch memberikan pengalaman penuggangan yang tidak dapat dilupakan.
Honda CBR250RR SP Quick Shifter dibekalkan enjin berprestasi terbaik yang dihasilkan Honda iaitu enjin dwi-silinder 250cc 8-injap padat ini dapat menghasilkan kuasa maksimum 30 kW (41 PS) / 13,000 rpm dan tork maksimum hingga 25 Nm (2, 5kgf.m) / 11,000 rpm. Enjin 2-silinder 250cc ini memberikan kelincahan kepada Honda CBR250RR yang mengukuhkan prestasi Total Control. Sebagai motosikal supersport ringan, berat Honda CBR250RR SP Quick Shifter memudahkan penunggang menikmati pengalaman pengendalian yang lebih baik. Motosikal ini hanya mengambil masa 8.65 saat untuk mencapai jarak 200m dan mampu mencapai kelajuan tertinggi hingga 172kmj, meletakkan varian terbaharu Honda CBR sebagai standard prestasi tertinggi dalam kelas dua silinder super sport 250cc.
Tidak cukup hanya perubahan pada enjin, Honda CBR250RR SP Quick Shifter mempersembahkan pelbagai ciri dengan teknologi futuristik terlengkap dalam kelasnya. Pemasangan Quick Shifter pada varian ini mengoptimumkan peralihan gear yang mampu mengurangkan kemungkinan motosikal kehilangan daya pecutan dan mengalihkan gear ke atas tanpa menarik tuas cekam atau clutch, agar penunggang mampu memberikan lebih fokus pada menikmati pengendalian jentera yang akan dilakukan. Ciri ini yang sangat mirip dengan perlumbaan motosikal yang memberikan kepuasan kepada penggunanya seolah olah menunggang motosikal MotoGP. Berkat Quick Shifter ini, penunggang juga dapat menikmati pecutan yang lebih responsif kerana tidak ada sela masa atau kelewatan waktu ketika beralih gear.
Terdapat 4 mod Quick Shifter yang dapat disesuaikan yaitu mod yang mengaktifkan Quick Shifter untuk menaikkan dan menurunkan gear, menaikkan gear sahaja, hanya menurunkan gear dan mod Quick Shifter off. Semua mod Quick Shifter yang disajikan dapat mengikuti keinginan memandu sesuai dengan DNA Total Control yang dibawanya.
Selain Quick Shifter, ciri Assist / Slipper Clutch juga terdapat pada varian Honda CBR250RR SP Quick Shifter. Slipper Clutch berfungsi untuk mengelakkan gelinciran tayar belakang yang disebabkan oleh tampanan enjin semasa penurunan gear yang melampau, agar meningkatkan keselesaan pemanduan. Melalui penggunaan Assist Clutch pula, penunggang dapat merasakan operasi klac yang lebih ringan.
Honda CBR250RR SP Quick Shifter juga menggunapakai sistem kawalan pendikit melalui wayar atau Throttle By Wire yang merupakan penanda aras baharu ketika Honda CBR250RR pertama kali dilancarkan. Throttle By Wire memberikan pecutan lancar dan stabil yang lebih tepat. Untuk memaksimumkan fungsinya, Throttle By Wire dilengkapi dengan pemilih mod menunggang agar penunggang menikmati penunggangan dalam pelbagai keadaan jalan, dari pemanduan secara agresif di litar hingga jalan kota yang sesak.
Dari segi reka bentuk, Honda CBR250RR SP Quick Shifter dikembangkan melalui pemahaman yang mendalam tentang fungsi setiap bahagian, yang menyumbang pada pengendalian motosikal. Model ini mempunyai penampilan yang agresif dan aspek fungsional yang dapat memberikan keseronokan dalam penunggangannya bahkan sebelum motosikal ditunggang, yang digelar tema reka bentuk "Speedy Shape". Selain itu, varian terbaharu Honda CBR250RR hadir dengan logo baru yang disematkan di sebelah kira dan kanan motosikal.
Varian Honda CBR250RR SP Quick Shifter ini hadir dengan jalur baharu dan tersedia dalam warna Bravery Red Black, Honda Racing Red dan Garuda x Samurai Special Edition sebagai pilihan warna khas untuk memperingati Hari Kemerdekaan Indonesia. Varian baharu ini ditawarkan pada harga Rp 76,700,000, iaitu kira kira RM 22,463 - untuk warna Bravery Red Black dan Honda Racing Red. Harga untuk pilihan warna Edisi Khas Garuda x Samurai adalah berbeza dan akan diumumkan kemudian.