BMW Malaysia perkenalkan pembiayaan Easy Drive
BMW Group Financial Services Malaysia telah
memperkenalkan Easy Drive pada hari ini, ia merupakan sebuah solusi pembiayaan
yang fleksibel untuk menjadikan ‘Sheer Driving Pleasure’ lebih mudah untuk diakses.
Tobias Eismann, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusan BMW Group
Financial Services Malaysia (BMW Credit (Malaysia) Sdn. Bhd. dan BMW Lease
(Malaysia) Sdn. Bhd.) berkata, “Misi kami adalah untuk menjadikan aspek mobiliti lebih
mudah, fleksibel dan ditawarkan pada harga yang berpatutan untuk semua pengguna.
Dengan Easy Drive, pengguna boleh merasai pemilikan BMW atau MINI dengan cara
yang baharu – pandu sekarang, buat keputusan kemudian.”
Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, mengulas, “Kami sentiasa
berusaha untuk mengenal pasti trend-trend baharu seawal yang mungkin dan
menterjemahkannya kepada sesuatu yang praktikal. Sementara trend umum pada hari
ini menyaksikan pemilikan kenderaan yang lebih bersifat jangka panjang, kita tidak
dapat menafikan perkembangan yang dilihat dalam populasi pengguna yang ingin
menukar kereta masing-masing setiap tiga hingga empat tahun.”
‘Easy Drive.’
Dengan Easy Drive, pengguna diberikan kebebasan untuk mendefinisikan rangka
pembiayaan mereka. Sebagai permulaan, pengguna boleh memilih untuk membuat
bayaran pendahuluan dalam julat angka 10% hingga 30%. Mereka juga boleh
memilih tempoh pinjaman yang berdurasi tiga atau empat tahun, serta opsyen
perbatuan sebanyak 20,000 km atau 25,000 km setiap tahun. Lantaran itu, ansuran
bulanan akan dikira, dan Nilai Masa Hadapan yang Terjamin (Guaranteed Future
Value) bagi kenderaan berkenaan akan dipersetujui dan disahkan untuk melindungi
pengguna daripada elemen susut nilai yang tidak dijangka. Nilai Masa Hadapan yang
Terjamin juga berfungsi sebagai nilai bagi pembayaran akhir.
Pada pengakhiran tempoh pinjaman, pelanggan diberi pelbagai pilihan pemeteraian.
Mereka boleh memilih untuk samada:
(a) Menukar beli kenderaan berkenaan, dan menaiktaraf kepada model BMW atau
MINI pilihan mereka;
(b) Pulangkan kereta berkenaan pada pengakhiran tempoh pinjaman tanpa
sebarang obligasi, dan pengguna tidak perlu risau tentang proses penjualan
semula;
(c) Langsaikan bayaran terakhir yang boleh dibayar secara penuh, dan pengguna
boleh memiliki kenderaan berkenaan; atau
(d) Lanjutkan terma kontrak untuk menikmati kenderaan berkenaan bagi tempoh
yang lebih lama.
‘Easy Drive Prime’.
Dengan tambahan RM 110* kepada ansuran bulanan yang asal, pelanggan boleh
memilih untuk menikmati nilai tambah yang bermanfaat untuk pemandu dan kenderaan
masing-masing dengan Easy Drive Prime. Pengguna boleh menikmati khidmat
penjagaan interior dan eksterior kereta; program perlindungan yang diberi nama,
‘Ultimate Protection Programme Elite’ selama tiga tahun; pakej Mobiliti Premium** yang
menawarkan pelanggan peranti ‘Smart Tag’ berjenama, sekali dengan kad Touch ‘n Go;
serta ‘BMW Lifestyle Collection’.
Ultimate Protection Programme Elite ditaja jamin oleh Allianz General Insurance
Company, ia merupakan pelan pertama yang menawarkan liputan seperti ini, ia
merangkumi perlindungan bagi pemandu dan kenderaan mereka untuk pelepasan khas,
kerosakan dalam bentuk kesan calar serta kemik, pelindung banjir dan banyak lagi***.
*Berbeza bagi jenama dan model yang berlainan.
**Pakej Mobiliti Premium terhad bagi pelanggan-pelanggan yang terawal.
***Sila rujuk Lampiran 1 di bawah untuk liputan yang lain. Perlindungan bagi kesan calar dan kemik hanya terhad bagi
tahun pertama.
Pengalaman Pemilikan Premium yang Menyeluruh.
Pengalaman pemilikan BMW dan MINI juga merangkumi Bantuan Tepi Jalan BMW
(BMW Roadside Assistance) dan Hotline Kemalangan, Servis Dalam Talian BMW serta
aplikasi kesetiaan mudah alih yang pertama ditawarkan dalam industri automotif, iaitu
‘BMW Group Loyalty+’.
Menerusi Aplikasi Mudah Alih BMW Group Loyalty+, pelanggan mempunyai akses yang
mudah untuk melihat rumusan kontrak mereka, dan aplikasi ini dilengkapi dengan antara muka (interface) e-bayaran yang intuitif. Pelanggan juga boleh memohon untuk
membuat pembayaran debit melalui proses automasi, meminta sebut harga bagi
pembatalan tahap awal, serta melihat opsyen bagi pengakhiran terma.
Untuk maklumat lanjut mengenai Easy Drive, sila layari
https://www.bmw.com.my/en/topics/bmw-owners/bmw-financial-services/financing.html.
Berita gembira megenai tol akan diumum
![]() |
| Gambar: Bernama |
“Kita
baru berbincang dalam Kabinet...mungkin dalam sehari dua ini akan ada
kenyataan berkaitan tol yang akan diumumkan menteri berkaitan,” kata Presiden Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin.dalam ceramah di Beranang malam tadi.
Beliau
juga berkata kerajaan telah berjanji akan mengkaji semula perjanjian dengan
syarikat konsesi lebuh raya, berusaha mencari jalan mengurangkan kadar
tol dan memansuhkan kutipan tol jika boleh, sekiranya mereka menang
pilihan raya umum lepas. Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri, bagaimanapun tidak memperincikan mengenai perkara tersebut.
Berita asal: http://bernama.com/bm/news.php?id=1697351
Berita asal: http://bernama.com/bm/news.php?id=1697351
Kejuaraan Yamaha YZF-R3 Eropah terbuka kepada semua
Piala Eropah Yamaha R3 bLU cRU akan melihat ramai penunggang yang bersaing pada tahap yang sama, dalam kelas yang akan menjadi tapak pembangunan juara dunia masa depan.
Piala Yamaha R3 bLU cRU sesuai untuk pelumba yang berasal dari kelas lebih kecil, yang ingin membuat penampilan perlumbaan ke siri World SSP 300. Bagi 2019, diharapkan ramai pelumba akan mengambil bahagian dalam Piala Eropah Yamaha R3 bLU cRU, yang disokong oleh sebuah organisasi yang berpengalaman luas dalam perlumbaan dan dengan keupayaan untuk menyokong penunggang dan pasukan sepanjang jalan.
Seperti siri Dunia SSP 300, para peserta Piala Eropah Yamaha R3 bLU cRU akan mendapat masa latihan dua jam setiap acara dan kejohanan itu akan terdiri daripada satu siri tujuh perlumbaan di trek terkenal seperti Jerez de la Frontera (Sepanyol) Portimao (Portugal), Pannonia-Ring (Hungary), Kebanyakan (Republik Czech) dan trek seperti Varano (Itali), Ring Knutstorp (Sweden) dan Alès (Perancis). Piala Eropah Yamaha R3 bLU cRU berusaha memberi pemngalaman perlumbaan peringkat antarabangsa dengan kos yang mampu milik, dan menumpukan persaingan kepada acara satu hari pada hujung minggu.
Pendaftaran untuk Piala Eropah Yamaha R3 bLU cRU kini dibuka dan permohonan awal telah diterima dari Greece dan Indonesia, malahan terdapat satu permohonan dari sejauh New Zealand. Ini menunjukkan populariti siri ini yang semakin meningkat dan beberapa pelumba mendaftar untuk acara di Portimao, sebagai persediaan untuk perlumbaan mereka dalam siri Dunia SSP 300.
Penajaan antarabangsa juga turut serta, termasuk FIM Europe, Yamaha Motor Europe dan Dunlop serta JVC-Kenwood untuk komunikasi radio dan dash-cam pada setiap Yamaha YZF-R3. Kyocera juga akan menjadi penyedia dokumen rasmi dan pengalaman penginapan Tinazzi akan dinikmati di kawasan perhotelan yang disediakan untuk para tetamu.
Permohonan boleh dibuat sekarang tetapi terhad, melalui www.jircup.com alamat e-mel: info@jircup.com
Bertindak segera.
Bikers Kental 2 Padat dengan Aksi Hebat
Industri filem tanah air bakal digegarkan dengan satu lagi filem blockbuster tempatan, Bikers Kental 2 yang menggabungkan gaya hidup kumpulan 'bikers' dengan pemandangan indah di sekitar Thailand.
Turut membintangi filem ini ialah Dato' Awie yang mainkan watak Eddie Cuardo dan Datuk Afdlin Shauki sebagai Aidid, seorang pencinta makanan yang obses tentang hal-hal perkahwinan. Filem ini diarahkan oleh pengarah filem terkenal Mohd Helmi Mohd Yusof yang telah mengarahkan "Bikers Kental" dan "Bopeng".
Filem ini merupakan filem pertama terbitan syarikat produksi MRB Network Sdn Bhd, dengan kerjasama Califworks Studio Sdn Bhd dan TGV Pictures Sdn Bhd. Filem ini menggabungkan elemen-elemen di dalam dunia permotoran di Malaysia. la turut mengetengahkan kemesraan masyarakat Thai, keindahan budaya serta destinasi-destinasi menarik di sekitar Thailand seperti di Phuket dan Hatyai.
"Kami mahu menarik minat, terutama sekali dari kalangan komuniti bikers dan peminat sukan permotoran" kata Kamal Akram Ibrahim, pengarah urusan syarikat MRB Network. "Aksi mendebarkan lagi menyentuh perasaan Bidin al Zaifa dan Eddie pastinya menjadi tumpuan beserta dengan kisah bagaimana mereka menyelesaikan masalah baru dan lama."
"Elemen komedi merupakan resepi utama di dalam menjayakan filem ini, beserta dengan kerjasama baik serta keserasian antara Zizan dan Awie," kata Helmi.
Filem ini dirakam menggunakan peralatan yang tercanggih, dengan resolusi definisi tinggi dengan penggunaan kamera ARRI ALEXA.
"Kami mahu para penonton benar-benar dapat menyelami watak-watak yang dilakonkan dan mengetahui betapa sukarnya untuk menjayakan filem berkenaan," jelas Helmi.
Bikers Kental 2 akan mula ditayangkan pada 14 Mac 2019 di panggung TGV berdekatan dengan anda. Nantikan!
SIC dan ISN jalin kerjasama strategik
![]() |
| Dari kiri: Encik Ahmad Zawawi bin Zakaria-Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Hafizh Syahrin Abdullah-Pelumba MotoGP dan Dato Razlan Razali- ketua Pegawai Eksekutif SIC |
Kerjasama di antara ISN dan SIC ini merupakan yang julung kalinya diadakan khusus di dalam sukan permotoran yang kini tersenarai sebagai bidang sukan berprestasi tinggi. Ia merupakan langkah positif bagi memajukan sukan permotoran negara.
Dalam kerjasama strategik ini, pihak ISN bersetuju untuk memberikan khidmat prestasi tinggi sukan dengan merancang dan melaksanakan program-program berteraskan aspek sains dan perubatan sukan kepada pelumba-pelumba PETRONAS Sepang Racing Team dan pelumba-pelumba di bawah program pembangunan bakat SIC, Impian Ke MotoGP (IKM) yang dalam persediaan pelbagai kejohanan seperti Kejuaraan Dunia Remaja CEV Sepanyol (CEV), European Talent Cup, Idemitsu Asia Talent Cup dan Asia Road Racing Championship (ARRC).
Pihak ISN juga akan memberikan khidmat aplikasi sains sukan yang komprehensif dan sistematik berasaskan amalan terbaik dan penyelidikan dalam pengkhususan seperti pemakanan, psikologi, fisiologi senam, biomekanik dan suaian fizikal spesifik untuk sukan permotoran.
ISN juga akan memberikan perkhidmatan perubatan sukan seperti pemeriksaan kesihatan, rawatan kecederaan, rawatan fisioterapi dan rehabilitasi, rawatan pemulihan sukan dan ujian-ujian klinikal.
Kedua-dua pihak iaitu ISN dan SIC mengharapkan lebih banyak pertukaran pengalaman dan kajian sukan berprestasi tinggi bagi sukan permotoran dapat dilaksanakan melalui kerjasama ini. Malah kerjasama yang dijalankan ini merupakan suatu kerjasama yang penting bagi pertukaran maklumat, pengalaman, pengetahuan dan kajian penyelidikan terkini ke arah kemajuan sukan permotoran negara.
Syabas diucapkan kepada kedua dua pihak yang terlibat. Majulah sukan untuk negara.
Subscribe to:
Posts (Atom)









