Honda Vario 150 skuter lebih berkuasa

Boon Siew Honda melihat populariti yang semakin meningkat untuk model AT  atau lebih gemar digelar skuter, terutamanya di kalangan penunggang muda yang inginkan ciri-ciri dan spesifikasi yang berkualiti dengan tanda harga yang berpatutan. Memahami permintaan pasaran, Boon Siew Honda melihat potensi besar dalam segmen AT dan memutuskan untuk memberikan lebih banyak pilihan kepada rakyat Malaysia dengan memperkenalkan Vario 150.

Seperti yang telah kami siarkan, Boon Siew Honda semalam telah menyempurnakan pelancaran Model motosikalAutomatik Honda (AT) baru oleh Boon Siew Honda - Vario 150. Kombinasi gaya sports, prestasi dan ciri-ciri nilai untuk wang anda, Vario 150 baru adalah pilihan ideal untuk penunggang motosikal yang mencari pakej lengkap dalam sebuah model AT.
Ciri-ciri keselamatan Honda Vario 150 ini menawarkan ketenangan, sementara transmisi automatik menjadikannya mudah dikendalikan. Selain daripada ciri-ciri keselamatan dan kebolehan kendalian, terdapat peningkatan minat terhadap skuter Honda dengan cc yang lebih tinggi di kalangan pelumba Malaysia.

Vario 150 yang dikuasakan oleh enjin 150 cc silinder 4-lejang sejukan cecair yang menghasilkan 13.1 PS pada 8,500 rpm dan tork 13.4 Nm pada 5,000 rpm. Enjin ini digabungkan dengan teknologi eSP dan Sistem Henti Melahu (ISS) yang maju untuk menyediakan imbangan prestasi dan kecekapan bahan api. Penunggang akan dapat menikmati prestasi dinamik Vario 150 yang akan menawarkan pengalaman menunggangnya ke tahap yang baharu.

Honda Vario 150 ini juga menawarkan banyak ciri tambah nilai seperti dwi-lampu LED dan Lampu Depan LED, Panel Meter Digital LCD, Sistem SMART Honda, Gaya Ekzos Sporty, Roda 14-inci dengan cakera brek berkelopak, ruang simpanan bawah tempat duduk 18 liter dan rak. Model baharu ini dilengkapi dengan Sistem Brek Combi (CBS) yang membantu mengimbangi sistem brek  roda depan dan belakang untuk mencapai standard hentian yang optimum.
Boon Siew Honda menyasarkan untuk menjual 1,000 unit Vario 150 yang tersedia dalam empat pilihan warna, iaitu hitam Pearl Magellanic Black, biru Pearl Nightfall Blue, perak Force Silver Metallic pada harga RM7,198 dan edisi juga Repsol semestinya pada harga RM7,398. Vario 150 dilengkapi dengan jaminan pembuatan 2 tahun atau 20,000km (mana yang lebih awal).
Bersempena sambutan Hari Kebangsaan, satu siri Vario bersemangat patriotik rakyat Malaysia yang eksklusif dan unik telah dihias dengan bendera negara dan 13 negeri Malaysia akan menjelajah jalan raya di seluruh Semenanjung Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.boonsiewhonda.com.my atau hubungi nombor Bebas Tol Boon Siew Honda di 1800-88-3993 (Isnin hingga Jumaat, 9 pagi 5 petang, kecuali hari cuti umum).





Ramdan damba tebus mata

Mohd Ramdan Mohd Rosli akui sudah bersedia menebus kehilangan mata kejuaraan pada pusingan lepas dengan meletakkan sasaran untuk menamatkan perlumbaan di atas podium pada Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Teluk Intan, Perak, 1 dan 2 September ini.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu terlepas aksi pusingan keempat di Temerloh apabila terpaksa menarik diri setelah bapanya terlibat dengan kemalangan beberapa hari sebelum perlumbaan sekaligus menyebabkannya kehilangan banyak mata kejuaraan.

Selepas empat pusingan, pelumba kelahiran Selangor itu kini berada di tangga ke-10 keseluruhan dengan 22 mata.

"Antara keluarga dan perlumbaan ketika itu, saya membuat keputusan untuk menjaga bapa yang terpaksa menjalani pembedahan di hospital akibat kemalangan jalan raya. Walaupun kehilangan banyak mata kejuaraan, namun saya tidak terlalu memikirkannya, sebaliknya hanya mahu menumpukan kepada perlumbaan berbanding kedudukan keseluruhan," jelas pemenang tempat ketiga keseluruhan CP150 musim 2017 itu.

Tambahnya, "Perlumbaan di Teluk Intan minggu ini sangat penting kepada saya. Saya masih belum menaiki podium pada tahun ini dan pada masa sama, rekod saya di litar itu juga tidak begitu baik. Musim lepas saya hanya tamat di kedudukan ke-11 berjaya mendahului perlumbaan sebelum terjatuh."


Ferrari 488 Pista Spider model buka-bumbung ke-50

Model khas baharu kereta logo kuda, Ferrari 488 Pista Spider, telah diperkenalkan semasa Concours d'Elegance® Pebble Beach di California. Ferrari 488 Pista Spider merupakan model buka-bumbung ke-50 dari jenama berasal dari Maranello itu.
Kereta ini menetapkan penanda aras baru untuk Ferrari untuk prestasi dengan nisbah tenaga 1.92 kg / cv yang julungkali diperkenalkan. Ia dicapai dengan penggunaan enjin Ferrari V8 yang paling berkuasa, yang telah dinobatkan Enjin Terbaik sedunia untuk tahun ketiga berturut-turut di Anugerah Tahunan Enjin 2018. V8 twin-turbo 3902cc ini menjana 720 cv dan menggabungkan kuasa itu dengan meningkatkan tork pada semua kelajuan enjin untuk pecutan yang berterusan hingga ke garis merah.
Ferrari 488 Pista Spider mewakili pembangunan semulajadi reka bentuk versi coupe. Objektif utama pereka Ferrari adalah untuk mengekalkan penyatuan yang sempurna di antara kecekapan aerodinamik, kemurnian bentuk dan semangat lumba.

Dinamik kenderaan yang dibekalkan untuk tukar khas Siri 8 silinder ini memberikan gabungan lancar pecutan, kecekapan brek, peralihan gear secepat kilat, ketepatan pemanduan, cengkaman, kestabilan dan pengendalian yang luar biasa. Ia menawarkan pengalaman pemanduan yang benar-benar menawan dan tidak pernah dialami sebelum ini. Ini dicapai dengan sistem kawalan dinamik lateral yang baru, Ferrari Dynamic Enhancer (FDE), yang membuat pemanduan secara lebih intuitif, dikawal dan diramalkan.

Ferrari 488 Pista Spider
Spesifikasi Teknikal
ENJIN
Jenis V8 - 90 ° twin-turbo
Sesaran    3902 cc
Kuasa maksimum 530 kW (720 cv) pada 8000 rpm
Tork maksimum 770 Nm pada 3000 rpm pada gear ke-7

DIMENSI DAN BERAT
Panjang 4605 mm
Lebar 1975 mm
Ketinggian 1206 mm
Berat kering ** 1380 kg

PRESTASI
0-100 kmj     2.85 saat
0 -200 kmj    8 saat
Kelajuan maksima  340 kmj


Kejohanan Toyota Velocity Esports 21 hingga 23 September ini


UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) hari ini mengumumkan penglibatannya secara terus ke dunia sukan Esports, sekaligus menjadikannya syarikat pengeluar kenderaan pertama di Malaysia yang membabitkan diri dalam sukan tersebut.

Langkah pertama penglibatan Toyota adalah dengan penganjuran Kejohanan Toyota Velocity Esports, satu acara perlumbaan peringkat kebangsaan yang terbesar di Malaysia.  Ia dijadualkan akan berlangsung di Sunway Pyramid Blue Atrium dari 21 hingga 23 September ini.

Mereka yang berminat untuk menjadi pemandu simulator perlumbaan terhebat dan terpantas di Malaysia, boleh  menyertai pertandingan ini tanpa sebarang bayaran. Walau bagaimanapun, penyertaan hanya dihadkan kepada hanya 400 orang peserta warganegara Malaysia atau mempunyai status residen yang sah sahaja.
Permainan: Gran Turismo Sport yang mMencabar dan mengujakan
Litar lumba: Litar lagenda, Suzuka Japan GT.
Kereta: Toyota Supra GR Konsep Perlumbaan yang cukup pantas!
Hadiah:    RM60,000 keseluruhan
Hadiah Utama = RM20,000
Kedua = RM10,000
Ketiga = RM5,000).


Di kejohanan tersebut, terdapat juga “Exhibition Race“  yang bakal disertai oleh selebriti-selebriti Festival Toyota Gazoo Racing (TGR).  Pastinya, pelbagai aktiviti menarik yang bakal berlangsung ini tidak wajar dilepaskan oleh para peminat dan penggemar Esport!

"Di Toyota, perkembangan serta minat generasi muda masa kini sentiasa berada difikiran kami. Esports kini berada di lingkungan teratas diantara sukan-sukan yang berpotensi untuk menjadi salah satu daripada lima sukan paling popular dunia. Selaras dengan perkembangan industri teknologi permotoran yang semakin pesat, perlumbaan Esports merupakan pengalaman baru dan menarik terutamanya bagi generasi muda.  Oleh itu, kami di Toyota ingin berada di barisan hadapan dalam siri Kejohanan ini," kata Encik Ravindran K., Presiden UMWT.

Maklumat yang lebih terperinci tentang prosedur pendaftaran, program dan acara-acara menarik akan diumumkan tidak lama lagi. Log masuk ke www.toyota.com.my untuk mengetahui lebih lanjut.

 “Game-On dengan Toyota!”





Helmi Azman azam julang Honda di Teluk Intan

Mohd Helmi Azman berazam untuk menyekat menjulang Honda dan menyekat dominasi Yamaha daripada terus menguasai keseluruhan pentas podium saingan kelas CP150 pada perlumbaan pusingan kelima Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Teluk Intan, Perak, hujung minggu ini.

Pelumba Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing yang juga merupakan pendahulu keseluruhan kelas Underbone 150cc Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) ini mencipta kejutan apabila berjaya mengungguli sesi Superpole pada pusingan lepas di Temerloh sekaligus muncul pelumba Honda pertama melakukannya selepas kali terakhir dicatat oleh Mohd Zaqhwan Zaidi sewaktu perlumbaan pertama kategori CP150 diperkenalkan pada Mac 2017.



Namun malangnya permulaan yang tidak begitu baik sekadar menyaksikan Helmi sedikit ketinggalan dan menamatkan perlumbaan akhir di tempat keempat yang juga merupakan pencapaian terbaiknya pada musim ini.

Helmi yang beralih ke jentera Honda pada musim ini terus mempamer aksi konsisten dengan berada di kelompok enam pelumba terbaik sepanjang tiga pusingan lepas dan kini menghuni tangga kelima keseluruhan dengan mengumpul 34 mata.

“Apa yang ditunjukkan sewaktu di Temerloh menunjukkan kami berada di landasan tepat ketika ini. Mungkin faktor litar juga banyak membantu jentera kami mencapai tahap optimum, namun saya harap prestasi tersebut dapat dikekalkan di Teluk Intan.

“Matlamat saya adalah untuk cuba mencari tempat di atas podium yang pertama buat pasukan dan Honda serta menyekat dominasi pelumba-pelumba dari pasukan yang menggunakan jentera Yamaha,” jelas Helmi yang juga merupakan pendahulu keseluruhan kelas Underbone 150cc Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC).