Johor Bahru kini punyai Honda Impian X

Berikutan kejayaan semasa Impian Honda Shop yang mula diperkenalkan pada tahun 2010, ruang pameran pertama Honda Impian X di Johor Bahru telah dibuka secara rasmi oleh Boon Siew Honda (BSH). Pusat penjualan dan servis sehenti ini direka untuk menawarkan motosikal Honda dengan enjin sehingga 300cc. Ia dilengkapi dengan banyak kemudahan yang bertujuan untuk menyokong dan menawarkan peningkatan permintaan asas pelanggan yang semakin meningkat.
BSH kini meneruskannya pengenalan konsep Honda Impian X kepada orang ramai. Pengalaman kedai generasi baru ini memenuhi perubahan keperluan dan jangkaan kepelbagaian pelanggan, Honda Impian X telah direka dan dilengkapi dengan kemudahan gaya hidup moden. Dengan WiFi percuma dan ruang menunggu yang menyajikan minuman percuma, Honda Impian X menawarkan pengalaman yang selesa dan luar biasa kepada pelanggan.

Honda Impian X disediakan dengan peralatan lengkap dan teknologi terkini yang dikendalikan oleh kakitangan teknikal terlatih dengan menggunakan alat ganti tulen bagi menyediakan penjagaan yang sesuai dan perkhidmatan terbaik untuk setiap pelanggan Honda.
Honda Impian X juga komited dalam menyediakan khidmat Pre Delivery Safety Advice (PDSA) kepada kesemua pelanggan yang membuat pembelian motosikal baharu. Para pelanggan akan dididik mengenai langkah-langkah keselamatan jalan raya yang penting oleh jurulatih keselamatan di pusat ini semasa proses penyerahan motosikal mereka.
“Dengan pelancaran Honda Impian X, BSH menjangkakan peningkatan jualan sebanyak 21% dalam tempoh 12 bulan yang akan datang. Kami juga amat berbesar hati untuk mengumumkan bahawa kami merancang untuk membuka 10 lagi pusat Honda Impian X di seluruh negara menjelang akhir 2018,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BSH En.Nobuhide Nagata.
BSH merekodkan jumlah jualan sebanyak 120,613 unit pada 2017, meningkat sebanyak 19% berbanding 2016. Johor menyumbangkan kira-kira 14% daripada jumlah jualan BSH iaitu lebih 16,000 unit dan merupakan penyumbang kedua tertinggi jualan syarikat di antara 13 negeri di Malaysia.









Permukaan tak rata akan bahayakan motosikal

Apa akan jadi jika anda menunggang dan secara tidak sedar tiba tiba sampai ke jalan rosak seperti ini? Mungkin ada yang pernah mengalaminya di waktu malam, dan mungkin ada yang hilang kawalan atau terjatuh, kerana roda seperti menarik motosikal anda ke sebelah. Perasaannya seakan sama seperti ada rel keretapi yang membimbing arah tunggangan anda, dan kerana itu keadaan ini digelar "tramlining" dalam bahasa Inggeris.

Kerosakan ataupun alur jalan adalah masalah besar untuk motosikal, kerana dinamik stereng motosikal adalah berbeza dari kereta. Melanggar alur jalan dengan kereta pun akan mengakibatkan sedikit kehilangan kawalan stereng, tetapi lebih mudah dikawal oleh kenderaan empat roda dan stereng kuasa.

Sekiranya anda belum pernah mengalami kehilangan kawalan motosikal yang serius, anda mungkin tertanya-tanya apa yang sedang berlaku. Tetapi sebaik sahaja anda mempunyai motosikal tiba-tiba menarik ke sebelah dalam keadaan trafik yang sesak, anda akan mendapat motivasi untuk memahami apa yang berlaku, dan ingin tahu bagaimana untuk menguruskan situasi sedemikian.


Lazimnya terdapat dua jenis alur jalanraya yang berbeza, yang akan kita rujuk sebagai "alur lori" dan "alur tayar". Alur lori lori adalah keadaan jalan di mana terdapat empat alur yang berbeza yang sepadan dengan lebar dua roda belakang pada trak komersial yang besar. Jalanraya yang kerap dilalui trak berat secara beransur-ansur aka mendap dan merosakkan profil jalan tar yang mengikut bentuk empat tayar lori di belakang.


Alur tayar lebih kerap terjadi di bandar-bandar besar di mana kenderaan penumpang sering melalui jalantersebut yang kadangkala disebabkan keadaan tanah atau haba, akan menyebabkan mendapan yang mungkin tidak kelihatan dengan mata kasar. keadaan sebegini lebih kerap terjadi di jalan yang diturap sewaktu musim hujan dan tar yang diturap tidak mengering dan memampat dengan baik.

Masalah bagi penunggang motosikal ialah geometri roda depan bertindak balas dengan cara yang aneh jika tayar melalui alur jalan yang rosak ini. Anda mungkin mengalami keadaan di mana motosikal anda tiba tiba tersasar dari satu lorong ke lotong bersebelahan, atau tiba-tiba menyasar ke arah yang baru. Dan anda juga akan mendapat maklum balas stereng yang pelik, seperti perasaan bahawa roda depan seperti menekan atau menolak hendal. Mari kita lihat mengapa ini terjadi, dan kaji beberapa cara untuk mengekalkan kawalan.

Jika tayar berada di tengah-tengah jalan yang mendap, selagi tayar itu menyentuh permukaan jalan di bahagian tengah tayar, motosikal anda akan bergerak lurus ke hadapan.

Tetapi ingat bahawa bagi kenderaan dua roda seperti motosikal dan juga basikal, roda depan sentiasa beralih arah dari satu sisi ke sisi lain untuk mengekalkan basikal atau motosikal anda dalam keadaan seimbang. Ia adalah fenomena semula jadi. Ini juga bermakna bahawa tunggangan anda tidak akan mengikut bahagian tengah alur dengan tepat. Dan apabila tunggangan anda beralih ke arah tepi jalan, titik sentuhan tayar juga bergerak ke bahagian itu.
Apabila titik sentuhan ini beralih dari bahagian tengah, tayar akan menyeret tunggangan anda ke arah tersebut, dan memacu pusat roda depan. Contohnya, jika kedudukan titik sentuhan bergerak ke arah kanan, ia akan cenderung untuk mengarahkan roda depan ke arah kanan, iaitu arah keluar dari alur. Tetapi ingat, motosikal cenderung beralih di sekitar pusat jisim, iaitu apa yang kita tahu sebagai 'counter-steering' atau timbal-kemudi, iaitu keadaan di mana jika anda menolak hedal disebelah kanan, tunggangan akan bergerak ke KANAN walaupun hendal berpusing ke KIRI. Keadaan ini akan mengarahkan tunggangan kembali ke arah alur tersebut sekali lagi.


Keadaan yang berulang ini akan menyebabkan tunggangan anda terhoyong hayang ke kiri dan ke kanan, dan seretan tayar di tengah dan keluar mungkin menyebabkan tunggangan anda beralih ke lorong sebekah. Perasaan atau maklumbalas pada hendal boleh jadi mengejutkan, kerana anda mungkin menentang pergerakan itu, tetapi tunggangan anda sebaliknya bergerak lebih jauh. Dan sekiranya terdapat dua alur bersebelahan (seperti jalan dengan alur lori), usaha mengekalkan keseimbangan tunggangan akan menjadi amat sukar dan anda mungkin terjatuh.


Secara semulajadi, geometri roda depan akan mampu menstabilkan tunggangan selepas melepasi turapan yang tidak rata. Tetapi di jalanraya di mana kerosakan alur lori ini berterusan, tunggangan anda mungkin  tidak sempat pulih ke keadaan yang seimbang sebelum ia sekali lagi menghadapi fenomena yang sama.

Bagaimana menangani keadaan ini?
Walaupun di jalan yang teruk, terdapat beberapa kawasan lorong yang biasanya lancar, termasuk pusat lorong, dan tepi lorong yang sangat.
Walaupun di jalan yang agak teruk, bahagian paling tengah dan juga paling tepi mungkin agak rata tanpa alur. Tungganglah di sana, dan jika anda terpaksa juga meredah bahagian yang rosak, perlahankan tunggangan anda dan lalu dengan perlahan, kerana ia akan lebih mudah dikawal dan tidak terasa "menarik" tunggangan anda dengan terlalu kuat. Jangan menunggang di tepian yang sendeng, cuba pintas lekukan atau tebing secara berdepan kerana ia lebih mudah dikawal, tanpa menarik tungganagn anda ke tepi.

Permainan video DAKAR18 dikeluarkan


Pemaju permainan video Bigmoon Entertainment dan Deep Silver / Koch Media merancang untuk mengeluarkan permainan video DAKAR 18 untuk PS4, XBOX ONE dan PC. Tonton saja trelernya ini!

DAKAR 18 menjanjikan pengalaman yang lebih kaya, dengan pelbagai pilihan kereta, motosikal, quads dan trak untuk dipilih, di samping pemilihan peta yang luas. Peta-peta telah dibuat menggunakan gambar-gambar satelit yang diimbas dari peringkat perlumbaan sebenar di Peru, Bolivia dan Argentina. Dan untuk meningkatkan lagi realisme permainan, anda boleh terjebak dalam pasir, membaiki motosikal anda, memperbaiki tayar bocor - dan juga mengatasi perubahan iklim.

MotoGP dalam bandar satu kemungkinan

Litar dalam bandar F-1 Adelaide
Berita paling terkini itu bukanlah omong kosong peminat MotoGP, tetapi dilaporkan datangnya dari CEO Dorna sendiri iaitu Carmelo Ezpeleta, yang menyatakan bahawa siri perlumbaan motosikal pedana ini serius mencari lokasi perlumbaan MotoGP di litar jalanan pusat bandar.

Ezpeleta telah memberitahu penerbitan Expansion dari Sepanyol bahawa cadangan untuk mengadakan perlumbaan di "sebuah kota yang panas" yang tidak dinamakan sedang dipertimbangkan, dan mungkin ditambah kepada kalendar grand prix yang semakin meningkat bilangan pusingannya pada tahun-tahun akan datang.

"Mungkin ada litar bandar dalam MotoGP," katanya. "Ada satu cadangan projek di bandar yang hangat. Secara teorinya, lurusan utama akan diadakan di jalan dan bersambung dengan padok tertutup, yang diintegrasikan dengan pusat konvensyen atau pameran.
Oleh itu, ada kemungkinan kita akan melihat acara MotoGP berjalan di litar jalanan sama dengan Litar Jalanan F-1 di Adelaide yang terletak di jalan utama di sekitar pusat bandar Australia tersebut, sama seperti Singapura.

MotoGP telah menambah litar di Thailand ke jadual  2018 nya, dan Finland juga bersedia untuk menyertai kalendar 20 acara dalam tahun 2019 kelak. Ezpeleta berkata sebanyak lapan negara lain telah menyatakan minat untuk menganjurkan perlumbaan MotoGP pada masa akan datang, tetapi menekankan bahawa kejohanan itu tidak mempunyai rancangan untuk menganjurkan lebih daripada 20 pusingan.

"Buat masa ini terdapat senarai kira-kira lapan negara yang akan memilih pusingan kejuaraan, tetapi kami tidak boleh menambahnya hingga 26 perlumbaan," katanya.

Dorna juga difahamkan telah berbincang mengenai pusingan di Mexico, walaupun Emiriah Arab Bersatu juga merupakan calon untuk menganjurkan acara jalanan yang berpusat di bandar. Litar jalanan MotoGP di Qatar? Mungkin juga!

Acura RDX 2019 diperkenal

Prototaip Acura RDX 2019 telah membuat penampilan sulung dunia di Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara 2018 baru baru ini. Berbekalkan reka bentuk baru yang berani, teknologi canggih dan ciri-ciri mewah mewah, SUV lima penumpang akan dilancarkan pada akhir tahun ini. Siri RDX telah mencatatkan rekod jualan lima jualan berturut-turut berturut-turut dan pertumbuhan jualan tahun ke tahun selama tujuh tahun berturut-turut .