Pengedar yakin nilai tinggi Proton


Walaupun berhadapan dengan pelbagai rintangan, Ryan Lai, 35 dari Nilai, Negeri Sembilan tetap mempunyai keyakinan bahawa PROTON akan kembali berada di atas. Ryan meninggalkan jawatannya sebagai jurutera bersama syarikat teknologi terkemuka Korea untuk menyertai perniagaan keluarganya, yang merupakan pusat servis PROTON di bawah EON pada tahun 2004.

"Perniagaan agak merudum pada masa itu, kami hanya membaiki kira-kira 60 buah kereta sebulan dan ayah saya hampir berputus asa dan mahu menjual pusat servisnya," katanya di Pusat Kecemerlangan PROTON. Ryan meluangkan masanya mengenalpasti kelemahan pusat servis mereka, dan memutuskan untuk berhenti kerja pada tahun 2007 dan menumpukan perhatian untuk menaikkan perniagaan tersebut.
 "Saya dapati tidak ada apa-apa masalah dengan jenama PROTON tetapi pusat perkhidmatan itu sendiri yang memerlukan perubahan dari dalam," jelasnya.
"Apa yang saya lakukan adalah memperkenalkan dengan segera dasar bagi sumber manusia dan pentadbiran. Kami memastikan juruteknik mematuhi segala dasar yang telah ditetapkan. Disiplin dan kualiti kerja menjadi undang-undang baharu."

"Ketika itu, saya dapati kami tidak pernah memenuhi tuntutan jaminan, di mana ini turut menyebabkan kami kehilangan peluang untuk menawarkan khidmat kepada pelanggan. Kami kemudiannya mempelajari proses tuntutan jaminan dan mula menawarkan perkhidmatan tersebut."
Pusat Servis LHM One Stop Car yang beroperasi di Nilai kini mempunyai seramai 65 pekerja, 10 daripadanya hanya bertugas di bilik pameran PROTON. Pada tahun lepas, pusat servis tersebut telah dinaik taraf daripada 2S kepada 4S.
 Ia kini membaiki sebanyak 1,300 kereta Proton secara purata bagi setiap bulan dan menerima kunjungan dari pemilik Proton yang berada di Nilai, Sepang, KLIA, Cyberjaya dan Putraya.
Baru-baru ini, Ryan turut dijemput oleh PROTON untuk melawat pengedar Geely dan Institut Penyelidikan Geely di Shanghai.
"Saya melawat pengedar Geely di sana dan apa yang saya lihat betul-betul membuka mata saya. Mereka melayan pelanggan dengan begitu baik. Walaupun Geely bukanlah sebuah jenama premium, perkhidmatan yang ditawarkan sama seperti itu (jenama kereta premium)," ujar beliau.
"Lawatan ke fasiliti Geely sememangnya pengalaman yang tidak dapat dibeli dengan wang. Saya akan mengambil beberapa idea dari situ dan melaksanakannya di pusat perkhidmatan saya," katanya.

Ryan turut berpeluang memandu uji SUV Geely Boyue, model yang bakal diperkenalkan oleh PROTON di Malaysia tahun hadapan. "Ia mempunyai rupa dan saiz yang menarik dan kualiti dalamannya benar-benar mengujakan saya," katanya. "Papan pemuka, perapi pintu, tempat duduk kulit serta kelengkapan pada Boyue mengingatkan saya pada SUV mewah Jerman yang dimiliki oleh abang saya di Malaysia. Sememangnya terbaik," kata Ryan. Beliau turut memberi pandangan mengenai enjin turbo dan kotak gear automatik. "Sangat lancar!" ujarnya dengan senyuman.


Ryan kemudiannya menyatakan pendapatnya bahawa keputusan PROTON untuk memberikan tumpuan lebih dalam pemasaran digital adalah terbaik bagi memikat pasaran belia.
"PROTON sedang menuju ke arah yang betul. Saya akan membelanjakan wang serta mempertimbangkan untuk meningkatkan pelaburan saya demi jenama ini," katanya sebagai pengakhir kata.
.

Lewis cornish Juara Kelas Terbuka Antarabangsa Supermoto


Lewis Cornish
Lewis Cornish dari United Kingdom memenangi Kelas Terbuka Antarabangsa Musim 2017 dan Trakarn Thangthong dari Thailand pula menjuarai Kelas Asia pada Kejohanan FIM Asia SuperMoto 2017. Penunggang tuan rumah, Khairi Zakaria mencuri perhatian dengan kemenangan besar Moto 2 malam ini.

"Perasaan ini sangat menakjubkan. Ia adalah satu perlumbaan yang sukar terutama sekali bertanding dengan Simon, Khairi, Trakarn dan Habibullah di litar, tetapi saya bejaya mengekalkan kadar saya dan memenangi gelaran juara. Saya akan kembali musim depan jika semuanya berjalan lancar," kata Lewis.
Simon Vilhelmsen
Simon memboloskan diri ke hadapan pada permulaan Moto 1 dengan Lewis mengikut rapat. Dia bahagmanapun terjatuh di pusingan keempat dan kelapan yang membolehkan Lewis, Trakarn dan Khairi memimpin perlumbaan. Walau bagaimanapun, dia menebus kesilapannya pada pusingan ke-22 untuk mengetuai para pelumba sekali lagi dan merebut kedudukan petak utama untuk Moto 2.

"Cuaca terlalu panas dan saya kehilangan tumpuan selepas membuat kesilapan. Satu-satunya perkara dalam fikiran saya selepas bertenang adalah hanya untuk memenangi perlumbaan. Saya sangat gembira dengan hasilnya dan berharap untuk penydahan yang sama dalam Moto 2. "

Persembahan Khairi Zakaria Malaysia juga dipengaruhi oleh cuaca buruk di Moto 1 yang memberikan kelebihan kepada Trakarn dalam carta Kelas Asia. "Saya kecewa kerana saya membuat kesilapan dan terjatuh. Saya agak letih dan mengalami dehidrasi, tetapi berharap saya dapat memperbaiki kedudukan saya dalam Moto 2."
Khairi Zakaria
Sebaliknya, Trakarn Thangthong dari Thailand tetap tenang dan konsisten sepanjang perlumbaan, tetapi mengakui bahawa Simon adalah ancaman ketika mengejarnya. "Saya hampir kehilangan imbangan kerana Simon tiba-tiba muncul di sebelah kiri saya di salah satu sudut yang ketat. Saya terkejut dan membenarkannya melepasi saya. "

Lewis pula termuntah saat dia turun dari motosikalnya selepas Moto 1. Dia dilihat menyejukkan dirinya dan mengurut tangannya dan berkata bahawa litar sukar ini mengejangkan ototnya.

Walau bagaimanapun, Moto 2 adalah satu pertunjukan menarik, bilamana Simon terhempas selepas permulaan hebat, membuatkan Khairi dan Habibullah memimpin perlumbaan. Rakyat Malaysia bekerja sama kerana Habibullah tahu bahawa tanggungjawabnya adalah untuk membatu Khairi untuk menang, dan menyekat Simon dan Lewis daripada mengejar Khairi, sehinggalah dia terjatuh. Tetapi sudah lewat untuk Simon dan Lewis untuk mengejar kerana mereka berada hampir empat saat di belakang Khairi.

"Saya sangat gembira menyaksikan bendera Malaysia pada perlumbaan penutup hari ini. Agak sukar kerana saya masih boleh merasakan kesakitan di sepanjang perlumbaan, tetapi saya tahu apa yang perlu saya lakukan - untuk menungang lebih cepat dan memenangi perlumbaan kedua. "

Trakarn yang terjatuh sejat menghambat seawal selekoh pertama mengakui bahawa dia membuat beberapa kesilapan tetapi berjaya menstabilkan keadaan. Dia meningkatkan kedudukannya ke tangga kelima, dan memenangi Kelas Asia dengan kelebihan 8 mata di hadapan Khairi.

"Ia adalah keadaan yang sukar tetapi saya tidak boleh mengadu. Saya melakukan yang terbaik dan saya sangat gembira dengan hasilnya. "

Lewis Cornish dari United Kingdom memenangi Kelas Terbuka Antarabangsa Musim 2017 dengan jumlah 212 mata manakala Trakarn Thangthong Thailand menawan Kelas Asia dengan jumlah 211 mata. Sementara itu, Khairi Zakaria Malaysia memegang sejumlah 181 mata dan 203 mata masing-masing dalam Kelas Antarabangsa Terbuka dan Asia.
Trakarn Thangthong
 Moto 1:
Pos No. National Name Laps Best Time Total Time
1 64 DEN SIMON VILHELMSEN 26 47.611 21:59.943
2 8 GBR LEWIS CORNISH 26 47.855 22:03.562
3 5 THA TRAKARN THANGTHONG 26 48.326 22:10.755
4 32 MAS KHAIRI ZAKARIA 26 48.157 22:13.127
5 1 MAS MUHD HABIBULLAH 26 48.880 22:23.234
6 101 JPN TAKASHI SASAKI 26 49.101 22:29.012
7 2 JPN MAKOTO ARAI 26 49.545 22:47.490
8 300 JPN NAOTO TAKAYAMA 25 49.312 22:11.326
9 77 SGP HASROY OSMAN 25 50.697 22:27.624
10 97 RUS ARTEM TESLENKO 25 50.633 22:27.260
11 7 INA PEDRO WUNER 24 52.843 22:43.141
12 27 CHN SUN TONG 24 53.192 22:51.673
13 40 TWN LEE WEI 23 52.940 22:01.214
14 720 TWN LIN CHIN PEI 23 53.195 22:26.018
15 102 HKG TSANG WAI KEI 20 54.879 22:05.800

Moto 2:
Pos No. National Name Laps Best Time Total Time
1 32 MAS KHAIRI ZAKARIA 26 48.006 21:40.581
2 64 DEN SIMON VILHELMSEN 26 47.645 21:43.134
3 8 GBR LEWIS CORNISH 26 47.950 21:48.959
4 1 MAS MUHD HABIBULLAH 26 47.983 21:57.357
5 5 THA TRAKARN THANGTHONG 26 48.545 21:58.793
6 101 JPN TAKASHI SASAKI 26 48.758 21:58.920
7 2 JPN MAKOTO ARAI 26 49.122 22:25.547
8 97 RUS ARTEM TESLENKO 25 50.792 22:15.021
9 77 SGP HASROY OSMAN 25 49.996 22:29.005
10 7 INA PEDRO WUNER 24 51.816 22:21.588
11 27 CHN SUN TONG 24 52.637 22:22.519
12 720 TWN LIN CHIN PEI 23 53.360 22:01.425
13 40 TWN LEE WEI 23 53.123 22:11.145
14 102 HKG TSANG WAI KEI 22 54.679 22:05.011
DNF 300 JPN NAOTO TAKAYAMA 5 50.150 4:50.858

Top 5 Overall Standing Points – Open International Class
  1. Lewis Cornish – 212 points
  2. Trakarn Thangthong – 187 points
  3. Khairi Zakaria – 181 points
  4. Muhd Habibullah – 127 points
  5. Takashi Sasaki – 118 points

Top 5 Overall Standing Points – Asian Class
  1. Trakarn Thangthong – 211 points
  2. Khairi Zakaria – 203 points
  3. Muhd Habibullah – 147 points
  4. Takashi Sasaki – 136 points
  5. Naoto Takayama – 121 points

PROTON bawa pengedar lawat Geely di China

Dalam usaha untuk berkongsi pengalaman pengedar Geely mengendalikan cawangan mereka di China, PROTON telah menganjurkan satu lawatan yang melibatkan seramai 28 pemilik pusat jualan dan perkhidmatan PROTON, yang turut disertai oleh pegawai PROTON dan seorang wakil dari institusi kewangan. Baru-baru ini, PROTON telah menggesa pengedar dan pengendali pusat servis mereka untuk menaik taraf kemudahan mereka sebagai persediaan untuk model baharu Proton yang akan diperkenalkan pada tahun hadapan.
Para peserta lawatan tersebut telah mengunjungi salah sebuah pusat pengedar Geely di Shanghai. Pengedar-pengedar dari PROTON amat kagum dengan kejayaan Geely di negaranya.

Para pengedar tersebut turut dijemput untuk memandu uji model Geely Boyue yang bakal diperkenalkan di Malaysia tidak lama lagi. "Ia mempunyai reka bentuk dalaman yang mewah dan terasa sangat premium bagi segmennya," kata Susan Leong dari Hoi Keen Service di Kuantan. Hoi Keen mengendalikan pusat servis serta pusat membaiki dan mengecat PROTON.
Susan, Shamsuddin dan Ryan dari Negeri Sembilan
Sementara itu, Dato' Shamshudin yang mempunyai sebuah pusat PROTON 4S di Jalan Meru menyatakan keyakinannya terhadap PROTON dan Geely. "Kerjasama itu nyata ada dan Boyue pasti akan memberi kesan yang besar di Malaysia," kata Shamshudin.

Para pengedar juga berpeluang melawat ke Institut Penyelidikan Geely dan telah dipertonton dengan teknologi semasa dan pelbagai reka bentuk pada masa hadapan.



Thor Truck lancarkan trak elektrik ET-One

Thor Trucks yang berpangkalan di Los Angeles, Amerika syarikat mengumumkan penawaran trak ET-One yang merupakan pesaing trak elektrik Tesla Semi. ET-One ini mampu mengangkut muatan seberat 36,287 kg dengan hantaran tork segera dari sifar RPM lagi, dan ia didakwa mempunyai jarak capaian perjalanan sejauh 482 km bagi setiap pengecasan penuh pek bateri litium-ionnya.
ET-One merupakan wawasan pengasas bersama Thor Dakota Semler dan Gio Sordoni, dan pembangunannya telah dibiayai sepenuhnya oleh keuntungan dari beberapa usaha komersial Semler yang lain. Syarikat itu masih mencari rakan komersial lain untuk membantu membawa kenderaan itu ke pasaran.
Ia mempunyai kelajuan tertinggi 113 kmj, menggunakan sistem brek regeneratif, dan dibekalkan pelbagai bateri terutamanya untuk jarak pendek. Pengecasan semula dari kosong mengambil masa 90 minit. Tesla Semi juga direka bentuk untuk jangka pendek, dengan model asas mengangkut maksimum 36 tan metrik sehingga 482 km. ET-One juga merancang untuk menawarkan versi jarak jauh 800 km, bagi menandingi penawaran Tesla 500-batu (805 km).
Berbanding dengan trak diesel yang sama, Thor mendakwa bahawa ET-One adalah 60 peratus lebih murah untuk diselenggara bagi setiap kilometer, dan 70 peratus lebih murah untuk dicas penuh semula berbanding isian semula bahanapi diesel.

Masih kurang maklumat spesifikasi yang mampu diperolehi pada masa ini. Sekiranya anda sedang mempertimbangkan pasaran untuk trak elektrik, anda boleh mengharapkan ET-One akan mula ditawarkan pada tahun 2019, dengan harga antara US$150,000 hingga $250,000 bergantung pada konfigurasi kenderaan. Sebagai perbandingan, harga anggaran untuk trak Tesla adalah di antara $150,000 hingga $180,000.
Unit percubaan atau demo terhad kini sudah boleh diuji di AS, dan boleh diatur dengan menghubungi Thor Trucks dalam talian. Mungkinkah kita akan dapat menyakiskan penampilannya dalam filem Thor akan datang?


Sumber: Thor Trucks

Perodua Tweckbot datang lagi


Perodua menawarkan pemeriksaan 50-perkara percuma sebagai sebahagian daripada program Tweckbot untuk memastikan kenderaan Perodua anda berada dalam keadaan terbaik untuk perjalanan pemanduan percutian panjang.

Perodua Tweckbot ialah pasukan perkhidmatan kenderaan mudah alih yang memeriksa kenderaan Perodua di lokasi terpilih semasa musim perayaan. Perodua Tweckbot bermula sebagai perkhidmatan berasaskan Twitter (Twitter + cek + robot) yang menawarkan pemeriksaan percuma pada waktu dan lokasi tertentu. Tweckbot secara beransur-ansur berkembang ke medium lain seperti Facebook dan media tradisional untuk menjangkau lebih ramai pemilik Perodua.

Ini adalah program Perodua Tweckbot kali keempat yang diadakan pada tahun ini, dengan hampir 5,000 kenderaan diperiksa sejak program bermula pada tahun 2011.

Pasukan itu akan ditempatkan di Giant Hypermarket di Kota Damansara hujung minggu ini (15-17 Disember, 10 pagi - 5 petang), untuk menyediakan pemeriksaan keselamatan 50 perkara percuma kepada semua kenderaan Perodua musim perayaan dan cuti sekolah.

Pemeriksaan 50 perkara ini terdiri daripada enjin, penghantaran, penyejuk (tahap penyejuk, kipas dan suhu), pemeriksaan brek (cecair dan pad pakai), stereng kuasa, klac, tayar, suspensi dan elektrik (bateri, lampu dan air), dan setiap sesi pemeriksaan mengambil masa lebihkurang 10-15 minit.

Di samping itu, diskaun 20% untuk alatganti dan aksesori akan ditawarkan kepada semua kenderaan yangdatang ke cawangan dan penyedia servis Perodua (terma dan syarat dikenakan).