Keeway Café Racer 152 mampu milik




Terdapat 2 jenis pilihan warga model Café Racer iaitu warna hitam dan biru serta harga pasaran adalah sebanyak RM RM6,150 tidak termasuk Gst dan kos lain.

Spesifikasi
Enjin
Jenis Enjin
1-silinder/2-lejang/2-injap
Anjakan (cc)
149
Kuasa Maksimum
8.5kw@8500rpm
Max. Torque
11.1Nm@ 6000 rpm
Bore& stroke
Ø62 x 49.5
Nisbah mampatan
9.3:1
Kotak gear
5-kelajuan
Kluc
Plat basah berganda
Sistem Bahan Api
Karburator
Penghidup
Elektrik & tendang
Penyalaan
C.D.I
Final Drive
Rantai
Sistem Pelincir
Tekanan Pelincir Pancuran
Sistem penyejukkan
Sejukan air
Chasis
Kerangka
Bassinet type
Suspensi depan
Forks teleskopik 
Suspensi belakang
Teleskopik  gegelung  spring oil terendam
Brek depan
220mm cakera tunggal
Brek belakang
Drum 130mm
Tayar Depan
2.75-17
Tayar Belakang
90/90/-17



Dimensi
Panjang Keseluruhan
1916mm
Lebar keseluruhan
700mm
Ketinggian keseluruhan
1012mm
Ketinggian kedudukan
770mm
Jarak Roda
1270mm
Pelepasan Tanah
160mm
Berat Kering, Unladen
108kg
Kapasiti tangki minyak
12.1 liter





Legenda yang kembali: Benelli Leoncino 500



Sejak dari tahun 1911, Jenama Benelli telah menghasilkan pelbagai produk motosikal yang klasik dan bergaya. Kini, Benelli telah mengeluarkan sebuah motosikal dengan reka bentuk yang klasik, bergaya, dan berprestasi tinggi iaitu Benelli Leoncino 500. Model ini merupakan permulaan barisan model Leoncino yang akan dilengkapi lagi dengan model model lain mungkin sehingga 750 cc.

Leoncino bukan sahaja mempunyai reka bentuk yang bergaya estetik scrambler klasik, malahan juga mengandungi teknologi komponen yang canggih, berprestasi tinggi dan motosikal ini juga membawa balik kenangan terindah model motosikal pada era 50-an dan 60-an seperti “easy to ride” dan “Lovable Leoncino”. 

Motosikal ini dilengkapi dengan teknologi yang moden seperti menggunakan enjin lasak 500cc silinder kembar empat lejang  yang mampu mengeluarkan 48 kuasa kuda atau sebanyak 8500 rpm, pelinciran takung basah, suntikan bahanapi elektronik, dwi-aci sesondol atas DOHC,  injap sesilinder, klac kidraulik dan  kotak gear 6-kelajuan

Leoncino ini mempunyai struktur dan lengan ayun yang sama dan kerangka tiub besi yang ringan dan kuat serta menonjolkan kecantikkannya. Suspensi motosikal tersebut adalah dipasang secara mendatar dan juga terdapat satu penyerap kejutan bolehlaras di belakang serta sepasang tupang hadapan terbalik USD bergarispusat 45mm dan mampu memberikan pergerakan roda sebanyak 4.9 inci.

Ciri-ciri lain pada Leoncino ini adalah seperti gear yang ditala untuk tunggangan bandar, dengan roda aloi 17 inci bersama tayar berprofil rendah yang lebar dan brek berkuasa  yang terdiri daripada  4 angkup yang mengapit cakera 320 mm.
Model Leoncino juga dilengkapi brek anti kunci ABS, paparan instrumen digital , dan teknologi lampu LED. Walaupun kesemua ciri-ciri tersebut merupakan teknologi yang tercanggih tetapi Leoncino akan dijual pada harga yang amat berpatutan. Selain itu, berat Leoncino hanya 170kg sahaja dan lebih ringan dan feksibel berbanding dengan jenama scrambler lain.

Model Leoncino ini direka oleh Centrostile Benelli adalah reka bentuk traditional yang memikat bersama lenggok moden dan juga sudahan permukaan yang menawan. Di samping itu, logo Singa Pesaro yang menghiasi depan madgad atau fender memaparkan jenama Benelli adalah sebuah syarikat yang penuh berpengalaman dalam sejarah pembuatan motosikal.

Reka bentuk Leoncino menunjukkan satu konsep reka bentuk yang klasik, cantik dan bergaya. Konsep Leoncino juga telah membawa balik kenangan yang terindah tentang gaya motosikal pada era 50-an dan 60-an. Secara tegasnya, Leoncino ini melengkapi elemen-elemen yang bergaya dari segi enjin, bingkai, roda, hendal, dan reka bentuk yang cantik.

Terdapat 2 jenis pilihan warga model Leoncino iaitu warna Merah  Leoncino dan Hitam Vulcan serta harga pasaran adalah sebanyak RM­­­­27,999 (Harga tidak termasuk Gst dan kos lain)

  Spesifikasi
Enjin
Jenis enjin
2 silinder, 4 lejang, 8 injap
Anjakan (cc)
499.6 cc
Kuasa Maximum
35kw x 8500rpm
Max.Torque
Bore& stroke
Ø69x 66.8mm
Nisbah Mampatan
11.5:1
Kotak Gear
6- Kelajuan
Klac
Plat basah berganda
Sistem Bahan Api
Electronic Fuel Injection (EFI)
Penghidup
Elektrik
Penyalaan
TLI
Final Drive
Rantai
Sistem Pelincir
Tekanan Pelincir Pancuran
Sistem penyejukan
Sejukan air
Chasis
Kerangka
Arch Bar Truck
Suspensi depan
Fork Teleskopik
Suspensi  belakang
Teleskopik gegelung spring terendam minyak
Stroke Suspensi depan
125mm
Stroke suspensi belakang
45mm
Brek depan
 Ø320mm cakera kembar
Brek belakang
 Ø 260mm cakera tunggal
Tayar depan
120/70ZR17M/C
Tayar belakang
160/60ZR17M/C
Dimensi
Panjang keseluruhan
2160mm
Lebar keseluruhan
875mm
Ketinggian keseluruhan
1160mm
Ketinggian kedudukan
810mm
Jarak roda
1460mm
Pelepasan tanah
160mm
Berat kering
196kg
Kapasiti tangki minyak
12.7 liter





Benelli Leoncino 500cc hanya RM29,678

Benelli pada awal tahun ini telah mengumumkan akan membawa masuk model Leoncino. Kini ianya telah berada di Malaysia, dan diperkenalkan seiring pelancaran model Keeway K-Light 202, Cafe Racer 152 dan juga Patagonian Eagle 250.
Benelli Leoncino 500

K-Light 202

Cafe Racer 152
Patagonian Eagle 250
 Leoncino 499.6 cc ditawarkan pada harga RM29,678, termasuk GST tapi tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Model ini menggunakan enjin yang sama dengan enjin TRK 502 dua silinder empat lejang suntikan bahanapi, sejukan cecair dengan empat injap sesilinder. Leoncino didakwa mampu menghasilkan sebanyak 48 hp pada 8,500 rpm dan daya kilas atau tork sebanyak 45 Nm pada 5,000 rpm. Hantaran kuasa adalah melalui transmisi enam kelajuan dengan kawanan klac berkabel.

Perkataan 'Leoncino' ini bermaksud 'singa  muda', dan penampilan perwatakan scramblernya mungkin menyebabkan anda tidak menyedari bahawa Leoncino ini menggunakan kerangka, lengan ayun dan suspensi yang sama seperti TRK 502. Fork terbalik mengapung hujung hadapan, manakala monoshock bolehlaras mengimbang ekornya. Ketinggian pelana adalah selesa pada 810 mm dan Leoncino yang seberat 196 kg ini menggunakan sepasang tayar Pirelli 17 inci dan mampu dibekalkan bahanapi sebanyak 12.7 liter.

Sepasang cakera brek 320 mm di hadapan masing masing diapit empat angkup hidraulik, manakala cakera berdiameter 260 mm belakang dikawal dua angkup hidraulik. Sistem brek anti kunci ABS didatangkan standard bagi model yang mematuhi standard Euro4 ini.

Pencahayaan jalan pada waktu malam adalah dibekalkan oleh lampu LED dan paparan instrumentasi digital menghiasi kokpit. Dua pilihan warna tersedia untuk Benelli Leoncino iaitu merah Leoncino Red dan hitam Vulcan Black. Model ini dijangka akan mula berada di para pengedar Benelli Malaysia menjelang akhir tahun 2017. Tunggang uji ringkas yang telah kami alami berjaya memberikan pandangan positif terhadap jentera menarik ini yang dirasakan mampu memberikan keseronokan penunggangan yang terkawal dan mengujakan. Kami akan bercerita lebih lanjut lagi setelah menunggang uji jentera ini secara rasmi kelak.

Keeway K-Light 202 ditawarkan pada harga RM8,588 tapi tidak termasuk gst, cukai jalan, insurans dan pendaftaran, manakala  Cafe Racer 152 pada harga RM6,150 dan Patagonian Eagle 250 pula pada harga RM9,388.