Legenda yang kembali: Benelli Leoncino 500



Sejak dari tahun 1911, Jenama Benelli telah menghasilkan pelbagai produk motosikal yang klasik dan bergaya. Kini, Benelli telah mengeluarkan sebuah motosikal dengan reka bentuk yang klasik, bergaya, dan berprestasi tinggi iaitu Benelli Leoncino 500. Model ini merupakan permulaan barisan model Leoncino yang akan dilengkapi lagi dengan model model lain mungkin sehingga 750 cc.

Leoncino bukan sahaja mempunyai reka bentuk yang bergaya estetik scrambler klasik, malahan juga mengandungi teknologi komponen yang canggih, berprestasi tinggi dan motosikal ini juga membawa balik kenangan terindah model motosikal pada era 50-an dan 60-an seperti “easy to ride” dan “Lovable Leoncino”. 

Motosikal ini dilengkapi dengan teknologi yang moden seperti menggunakan enjin lasak 500cc silinder kembar empat lejang  yang mampu mengeluarkan 48 kuasa kuda atau sebanyak 8500 rpm, pelinciran takung basah, suntikan bahanapi elektronik, dwi-aci sesondol atas DOHC,  injap sesilinder, klac kidraulik dan  kotak gear 6-kelajuan

Leoncino ini mempunyai struktur dan lengan ayun yang sama dan kerangka tiub besi yang ringan dan kuat serta menonjolkan kecantikkannya. Suspensi motosikal tersebut adalah dipasang secara mendatar dan juga terdapat satu penyerap kejutan bolehlaras di belakang serta sepasang tupang hadapan terbalik USD bergarispusat 45mm dan mampu memberikan pergerakan roda sebanyak 4.9 inci.

Ciri-ciri lain pada Leoncino ini adalah seperti gear yang ditala untuk tunggangan bandar, dengan roda aloi 17 inci bersama tayar berprofil rendah yang lebar dan brek berkuasa  yang terdiri daripada  4 angkup yang mengapit cakera 320 mm.
Model Leoncino juga dilengkapi brek anti kunci ABS, paparan instrumen digital , dan teknologi lampu LED. Walaupun kesemua ciri-ciri tersebut merupakan teknologi yang tercanggih tetapi Leoncino akan dijual pada harga yang amat berpatutan. Selain itu, berat Leoncino hanya 170kg sahaja dan lebih ringan dan feksibel berbanding dengan jenama scrambler lain.

Model Leoncino ini direka oleh Centrostile Benelli adalah reka bentuk traditional yang memikat bersama lenggok moden dan juga sudahan permukaan yang menawan. Di samping itu, logo Singa Pesaro yang menghiasi depan madgad atau fender memaparkan jenama Benelli adalah sebuah syarikat yang penuh berpengalaman dalam sejarah pembuatan motosikal.

Reka bentuk Leoncino menunjukkan satu konsep reka bentuk yang klasik, cantik dan bergaya. Konsep Leoncino juga telah membawa balik kenangan yang terindah tentang gaya motosikal pada era 50-an dan 60-an. Secara tegasnya, Leoncino ini melengkapi elemen-elemen yang bergaya dari segi enjin, bingkai, roda, hendal, dan reka bentuk yang cantik.

Terdapat 2 jenis pilihan warga model Leoncino iaitu warna Merah  Leoncino dan Hitam Vulcan serta harga pasaran adalah sebanyak RM­­­­27,999 (Harga tidak termasuk Gst dan kos lain)

  Spesifikasi
Enjin
Jenis enjin
2 silinder, 4 lejang, 8 injap
Anjakan (cc)
499.6 cc
Kuasa Maximum
35kw x 8500rpm
Max.Torque
Bore& stroke
Ø69x 66.8mm
Nisbah Mampatan
11.5:1
Kotak Gear
6- Kelajuan
Klac
Plat basah berganda
Sistem Bahan Api
Electronic Fuel Injection (EFI)
Penghidup
Elektrik
Penyalaan
TLI
Final Drive
Rantai
Sistem Pelincir
Tekanan Pelincir Pancuran
Sistem penyejukan
Sejukan air
Chasis
Kerangka
Arch Bar Truck
Suspensi depan
Fork Teleskopik
Suspensi  belakang
Teleskopik gegelung spring terendam minyak
Stroke Suspensi depan
125mm
Stroke suspensi belakang
45mm
Brek depan
 Ø320mm cakera kembar
Brek belakang
 Ø 260mm cakera tunggal
Tayar depan
120/70ZR17M/C
Tayar belakang
160/60ZR17M/C
Dimensi
Panjang keseluruhan
2160mm
Lebar keseluruhan
875mm
Ketinggian keseluruhan
1160mm
Ketinggian kedudukan
810mm
Jarak roda
1460mm
Pelepasan tanah
160mm
Berat kering
196kg
Kapasiti tangki minyak
12.7 liter





1 comment:

JR Vitug said...

This is a great article. Thank you for sharing. try check this out. Slingshot