Distinguished Gentleman's Ride 2017 meriah di JB dan P.Pinang

Rakyat Malaysia sekali lagi mengambil bahagian untuk memeriahkan acara global Distinguished Gentleman’s Ride (DGR) di Johor Bahru dan Pulau Pinang tahun ini.

Edisi Pulau Pinang telah menyasikan Riders Garage dan Rotten Motocycles bekerjasama menganjurkan DGR Pulau Pinang 2017, dengan kerjasama penuh dari Art of Speed Malaysia. Para peserta konvoi motosikal di sana telah berhimpun di Bandar Warisan UNESCO Georgetown dari pagi hingga tengah hari. Perjalanan konvoi dimulakan dari cawangan kedai motosikal Triumph Motorcycles Penang dan membuat beberapa hentian di tapak-tapak bersejarah untuk sesi fotografi dan juga meningkatkan kesedaran awam mengenai penyakit kanser prostat. Antara tapak-tapak perhentian bersejarah tahun ini adalah Padang Kota Lama, Tanjung Tokong dan perhentian terakhir nerupakan Hard Rock Café Penang dimana semua penunggang-penunggang segak bergaya dijamu dengan hidangan makanan tengah hari.

pengasas Rotten Motocycles, Wan Zamani Ahmad, 37,  yang berasal dari Pulau Pinang yang juga merupakan pemilik bengkel restorasi dan binaan khas motosikal telah berusaha menghimpunkan semua komuniti motosikal yang berasal dari Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang untuk menyertai konvoi berpakaian kemas tahun ini bagi menyebarkan kesedaran mengenai kanser prostat dan kesihatan mental lelaki. Rotten Motocycles yang ditubuhkan sejak 2012 senantiasa meningkatkan kesedaran awam melalui acara masyarakat untuk memenuhi permintaan peminat kenderaan dua roda terutamanya di kawasan utara di Malaysia ini.

Zamani ataupun lebih dikenali sebagai Zam Rotten, apabla ditanya mengenai perancangan beliau selepas kejayaan DGR Penang berkata “Saya berasa bangga menjadi sebahagian daripada acara global ini dapat menyebarkan kesedaran awam mengenai gaya hidup sihat dan keselamatan jalan raya. Kami selalu menyokong usaha acara-acara masyarakat, dan edisi kedua Tryharder akan diadakan di Tanjung Bungah Pulau Pinang pada 23 & 24 Disember pada tahun ini. Tema tahun ini adalah “Tryharder Aloha Ride” dan semua hasil derma daripada acara ini akan disalurkan kepada badan-badan NGO tempatan di Pulau Pinang”.

Sementara itu, Jeremy Leong, berusia 29 tahun daripada Riders Garage akan membantu untuk menyokong penuh dengan kepakaran pentadbiran untuk memastikan acara ini berlangsung secara lancar dan bebas dari unsur-unsur mengaut keuntungan. Kedua-dua belah pihak  bekerjasama secara sukarela sebagai cara untuk memberi semula kepada komuniti.

Daniel Hiew daripada cawangan Triumph Motorcycle Penang telah membantu secretariat pengelola acara: Jeremy dan Wan Zamani untuk memastikan konvoi motorsikal berjalan lancar denan bantuan Keith Scully yang menjadi ketua marshall pada hari konvoi tersebut.

Ringkasan DGR Penang kali kedua:
Jumlah pendaftaran penunggang : 255 penunggang
Jumlah kutipan dana : USD1500.00 (anggaran RM6000.00)
Anugerah:
1.    Penderma Tertinggi : Stu Balfour
2.    Pakaian Terbaik Lelaki : Mubin Ooi
3.    Pakaian Terbaik Perempuan : Elayna Scully
4.    Motorsikal Terbaik : Saiful – Honda Chaly
5.    Dandanan Janggut Terbaik : Mohd Rozaifri b Mohd Radzi
6.    Pakaian Terbaik Ratpack : Raymond Chin
7.    Tryharder Award : Haji Selamat b Md Aris

Acara kebajikan Distinguished Gentleman’s Ride ini turut juga menambah satu lagi lokasi terkenal di Malaysia iaitu Johor Bahru. Acara konvoi di JB diketuai oleh Muhammed Khairul Neezal Razali, berusia 34 tahun dari Leftee Works, seorang tukang besi tembaga. Neezal juga menyatukan semua penunggang dari Johor dan termasuk warga Singapura untuk menyertai konvoi di negeri paling selatan di Malaysia ini. Art Of Speed mengambil bahagian dalam acara ini di Johor Bahru.

DGR JB bermula dari Triumph Motorcycles cawangan Johor Bahru disertai sarapan pagi untuk semua penunggang berdaftar. Perhentian seterusnya adalah Puteri Harbour, Kronoz Denim Johor Bahru untuk sesibergambar dan akhirnya ke Onn Kitchen untuk makan tengah hari.

Ringkasan DGR Johor kali pertama:
Jumlah pendaftaran penunggang : 138 penunggang
Jumlah kutipan dana : USD288.00 (anggaran RM1207.00)

Anugerah:
1.    Penderma Tertinggi : Laile Suhaimi
2.    Pakaian Terbaik Lelaki : Azraie A Shukor
3.    Pakaian Terbaik Perempuan : Hazlina Bokhari
4.    Motorsikal Terbaik : Sukri Mahat - Lambretta
5.    Cabutan Bertuah : Mohd Syawal Ezam, Khalid Yunos Khan, Keris Paduka

Di Pulau Pinang dan juga di Johor Bahru, Art of Speed Malaysia telah membantu dari segi strategi pemasaran dan kepakaran mereka dalam mengelolakan acara untuk memaksimumkan kesedaran tentang DGR, kanser prostat dan kesihatan mental lelaki.

Acara Distinguished Gentleman’s Ride telah disertai 70,000 penunggang motosikal lelaki dan wanita sedunia yang berpakaian kemas dan vintaj dengan motosikal retro dan lama untuk acara kebajikan pada hari Ahad 24 September 2017.

Jalan-jalan di sekuruh dunia bersenandung dengan deruman motosikal klasik dan vintaj yang melalui lebih 600 kota di dalam perarakan yang luar biasa untuk mengumpulkan dana dan kesedaran kanser prostat dan program kesihatan mental bagi pihak rakan kongsi amal rasmi iaitu Yayasan Movember.

Latarbelakang acara:
•    Ditubuhkan pada tahun 2012 oleh Mark Hawwa, Sydney Australia
•    Telah mengumpul lebih $8M USD untuk kebajikan sejak 2013
•    Sasaran 2017 adalah $5M USD untuk kanser prostat dan kesihatan mental bagi pihak Yayasan Movember
•    70,000 penungang berdaftar untuk mengambil bahagian dari 600 bandar di 95 negara pada 2017
•    Duta selebriti global
•    Ganjaran utama untuk penajaan dan penderma termasuk Triumph Motorcycles and Zenith Watches

Gambar gambar di Pulau Pinang
Add caption
















Gambar gambar di JB


















Marquez tawan GP Aragon

Marc Marquez (Repsol Honda Team) telah meraih kemenangan kelimanya musim ini di gelanggang sendiri di MotorLand. Dani Pedrosa (Tim Repsol Honda) mengetuk ke tahap kedua, dan Jorge Lorenzo (Pasukan Ducati) melengkapkan trio pelumba Sepanyol di podium tuan rumah ketika ia memimpin dari depan sebelum akhirnya menyeberangi garisan di tempat ketiga yang merupakan podium keduanya dengan pasukan berwarna merah itu.
MotoGP Race Results
1 - Marc Marquez (SPA - Honda) 42'06.816
2 - Dani Pedrosa (SPA - Honda) +0.879
3 - Jorge Lorenzo (SPA - Ducati) +2.028

30,000 hadiri Mega Gathering Kapchai Day 2017


Mega Gathering Kapchai Day 2017 yang dikatakan telah dihadiri oleh 30,000 motosikal kapchai pelbagai jenama telah menjadi saksi perhimpunan Honda RS150R se Malaysia yang dianjurkan oleh RS150R Malaysia Official dengan sokongan Boon Siew Honda serta organisasi dan komuniti lain. 
Pihak penganjur akan cuba untuk mencatat sejarah ini di dalam Buku Rekod Guinness Malaysia, sebagai perhimpunan RS150R yang terbesar di Malaysia.  





Semasa perhimpunan itu, Boon Siew Honda juga telah menyerahkan motosikal edisi terhad BSH kepada pasangan Malaysia, Mohd Alfishahrin Zakaria dan Diana Latief yang mengembara ke seluruh dunia dengan RS150R sebagai tanda penghargaan untuk pencapaian luar biasa mereka. Pasangan itu telah menamatkan tunggangan mencabar ‘Kapcai To London’ sejauh 26,000km setelah mengharungi penjelajahan selama 146 hari dan melepasi 24 negara. Pihak Boon Siew Honda juga kan cuba untuk mencatat sejarah ini di dalam Buku Rekod Guinness Malaysia.





















Adam dan Ayumu bersedia hadapi MotoGP Aragon

Pelumba pasukan SIC Adam Norrodin dan Ayumu Sasaki bersedia untuk bertarung dengan bermula dari barisan kelima dan keenam, selepas layak ke tempat ke-13 [Adam] dan ke-18 [Ayumu] untuk Aragon Grand Prix hari ini. Nantikan aksi mereka di MotoGP Aragon bermula pukul 5 petang ini waktu tempatan
Litar: MotorLand Aragon
Litar Panjang: 5.1 km

Bike # 7 - Adam Norrodin
QP: P13; 1'59.177 - 11 pusingan

Bike # 71 - Ayumu Sasaki
QP: P18; 1'59.390 - 12 pusingan


Teknologi tetuang Yamaha hasilkan DiASil


Silinder DiASil digunakan dalam enjin model sports seperti LC135, FZ150i, YZF-R25 dan R3
Selepas berjaya membuat silinder untuk enjin YA-1, (klik sini untuk baca artikel terdahulu) Yamaha telah memulakan penyelidikan dan pembangunan R & D untuk pelbagai logam dan kaedah menuang logam. Pengalaman dalam
kepakaran mereka dalam proses tersebut telah membolehkan kilang-kilang Yamaha menghasilkan satu demi satu peralatan logam tetuang yang berprestasi dan berkualiti untuk memenuhi permintaan pemaju produk.

Antara logam yang digunakan, aluminium terbukti lebih sesuai daripada besi atau keluli untuk digunakan bagi menghasilkan kebanyakan bahagian dalam motosikal, enjin sangkut bagi bot, dan
enjin kereta kerana sifatnya yang ringan, ketahanan terhadap karat, penyesaran haba yang tinggi, kemudahan pemesinan, kbolehan kitar semula dan kurangan toksik. Tambahan pula, ia membolehkan pengilang untuk menghasilkan peralatan yang tepat seperti yang dikehendaki dengan penambahan elemen lain seperti silikon, magnesium, zink dan tembaga untuk menghasilkan pelbagai aloi aluminium, yang boleh digunakan dalam kaedah yang berbeza seperti acuan tetuang logam, tangan logam tekanan tinggi dan penuangan logam bertekanan rendah. Ia merupakan usaha berterusan tanpa kompromi untuk memenuhi pelbagai keperluan prestasi yang dituntut pelbagai cawangan penghasilan dalam syarikat itu sendiri yang telah membawa kejayaan teknologi tuangan logam eksklusif Yamaha dan berterusan hingga ke hari ini.

Sebagai contoh, silinder dan omboh enjin sangkut untuk bot yang pertama dikeluarkan Yamaha iaitu P-7 yang dihasilkan pada tahun 1960, telah dibentuk dengan proses tetuang beracuan dan menggunakan aloi aluminium dengan kandungan silikon yang tinggi sebagai langkah untuk melawan karat dan kakisan. Selepas lanjut penyelidikan, Yamaha berjaya mencipta aloi aluminium baru pada tahun 1993 dinamakan "YDC-30," yang menyediakan prestasi dan kebolehpercayaan sangat baik dan turut tahan terhadap kakisan air garam. Aloi ini digunakan untuk menghasilkan bahagian bawah dan unit bawah enjin sangkut, yang berada di dalam air.

Bagi motosikal Yamaha, penggunaan teknolongi tetuang logam aluminium bermula dengan kotak engkol atau crankcase. Pada tahun 1967, Yamaha telah mengembangkan dan mempatenkan Silinder Gabungan Metalik (Metallic Bond Cylinder), yang menggunakan aloi aluminium-besi untuk mencantumkan selinder besi tetuang ke selinder aluminium tetuang bagi menghasilkan silinder ringan dengan kualiti penyejukan yang stabil. Teknologi ini segera diguna pakai dalam empat model, termasuk motosikal sports 350cc R1 bersilinder kembar.

Bagi bahagian casis, Yamaha menjadi pengeluar pertama dalam industri motosikal untuk mengeluarkan roda aluminium secara besar besaran, untuk mendapatkan faedah keseimbangan kekuatan dan ketegaran yang sangat baik. Bermula dengan XS750C yang dikeluarkan di Amerika Sarikat dan Eropah pa tahun 1976, Yamaha memperkenalkan roda-roda ini pada sejumlah model, dan akhirnya ia menjadi peralatan standard untuk penggayaan motosikal.
Proses penuangan logam secara graviti membolehkan logam cair mengalir masuk secara perlahan tanpa menggunakan tekanan, dan ia sesuai untuk penghasilan bahagian atau alanganti berbentuk kompleks atau rompong, seperti roda.
Proses menuang logam  secara pengisian terkawal  (CF iaitu controlleg filling) merupakan kaedah tetuang aluminium yang digunakan hari ini untuk menhasilkan kerangka model motosikal seperti MT-09. Berbeza dengan proses menung logam konvensional, faktor-faktor seperti kelajuan aliran aluminium lebur, tahap vakum dalam acuan dan suhunya semuanya betul betul dikawal. Ini menghasilkan pemejalan seragam aluminium yang lebih bik dan menghalang pembentukan gelembung udara dalam sekeping peralatan atau bahagian siap, membolehkan penghasilan peralatan atau alatganti yang ringan, tipis dan bahagian aluminium berketepatan tinggi dengan permukaan yang licin. Tambahan pula, teknologi ini membolehkan penggunaan aloi aluminium dengan 20% kandungan silikon, yang tidak mampu digunakan dengan kaedah penuangan logam sebelum ini.
Proses ini telah membolehkan Yamaha untuk mencipta silinder DiASil (Die-casting Aluminium-Silicon) dengan kos rendah, berprestasi tinggi yang tidak memerlukan pelapik silinder atau penyaduran dinding silinder. Pertama digunakan pada T135, penggunaan silinder DiASil kini telah menular ke model motosikal sports bersesaran kecil seperti FZ15i, YZF-R25/R3.

Kemajuan kumulatif yang dilakukan oleh teknologi ini juga membawa kepada kemajuan lebih lanjut seperti acuan-tetuang aloi magnesium ayng merupakan logam yang agak sukar untuk dikendalikan semasa penuangan. Teknologi ini kemudiannya membolehkan
pembangunan kaedah cekap kos untuk menghasilkan kerangka magnesium dan subkerangka (subframes) yang lebih baik daripada aluminium kerana ianya adalah lebih ringan.