Yamaha perbaharui kontrak Lorenzo





Yamaha Motor dan pelumba Yamaha Movistar MotoGP Jorge Lorenzo mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani perjanjian dua tahun yang akan menyaksikan pelumba Mallorca itu melengkapkan pasukan Movistar Yamaha untuk dua musim akan datang.

Perjanjian itu meemenuhi hasrat Lorenzo untuk meneruskan kerjaya kelas perdana dengan Yamaha, dari 7 ke 9 tahun. Kedua-dua Yamaha dan Lorenzo yakin bahawa perkongsian itu berpotensi untuk menghasilkan kejuaraan ketiga dan akan  berusaha ke arah matlamat ini.

"Saya amat gembira kerana akhirnya dapat membuat pengumuman ini. Ia nya melegakan, dan saya kini  benar-benar mampui tumpuan kepada baki musim 2014 dengan mengetahui bahawa hubungan kita akan berterusan untuk dua musim akan datang," jelas Lorenzo. Ia sentiasa menjadi hasrat saya untuk meneruskan kerjaya saya dengan Yamaha; Saya percaya kita boleh berusaha untuk gelaran ketiga bersama-sama. Musim ini sangat mencabar selepas permulaan yang sukar, tetapi kami akan terus menghadapi perlumbaan demi perlumbaan, dan berusaham 100% sehingga ke Valencia. Saya ingin mengucapkan terima kasih Yamaha di atas kepercayaan mereka kepada saya dan semua peminat Yamaha di seluruh dunia yang terus menyokong saya. Selepas cuti musim panas ini, saya teruja untuk kembali di Indy dengan pasukan saya dan memberi tumpuan sekali lagi pada tunggangan saya. "

Baka baru prestasi: Yamaha MT-09




Salah satu topik yang paling banyak dibahaskan di kalangan penunggang adalah persoalan berkenaan konfigurasi enjin motosikal yang paling sempurna untuk penunggang jalanan. Anda mungkin mendapati beberapa kumpulan akan bersetuju, walaupun dengan berat hati, bahawa enjin 800cc tiga-selinder adalah apa yang diperlukan. Dan mungkin inilah yang dituruti Yamaha dengan pengeluaran jentera MT-09. 

MT-09 ini didatangkan dengan casis baru yang padat dan enjin 3 silinder berdayakilas (tork) tinggi bagi mempersembahkan konsep keseluruhan yang segar dalam reka bentuk motosikal sports. Jentera prestasi generasi baru ini direka untuk penunggang yang menghargai watak dan jiwa tunggangan mereka. 

Jantung jentera baka baru ini adalah enjin 3 silinder ringan 850cc penuh kuasa, dengan tork linear memberi pecutan penuh sensasi bagi memuncakkan aliran adrenalin ke jantung anda. Tangkas dikendalikan, motosikal dinamik naked gaya motard ini dilengkapi dengan casis aluminium padat dan kedudukan menunggang tegak yang memudahkan segalanya - samada untuk menunggang harian dalam bandar mahupun tunggangan bebas hujung minggu. 

MT-09 ini merupakan sebuah motosikal yang kukuh dan juga menggamit tarikan. Yamaha berhasrat untuk menyampaikan bahawa iianya bukan sahaja sekadar satu lagi motosikal umum dari Jepun, malah ianya adalah sesuatu yang berbeza, dan berdaya tarikan di dalam ciri ciri nya. Siri MT mula diperkenalkan dengan penampilan MT-01 pada tahun 1999, namun tiada apa yang kelihatan seperti nya sejak itu. 

MT-09 baru ini berbekalkan kuasa 115hp yang berdaya 87,5 Nm dan dipersembahkan dalam pakej CBU berharga RM54k hingga ke akhir tahun ini, sebelum disusuli pengeluaran CKD menjelang suku pertama tahun depan. Oleh itu jika dinilai, MT-09 ini tidak mahal, dan dek kerana konfigurasi enjin tiga silinder nya, ia menghasilkan lebih banyak kuasa daripada R-6 walaupun ianya lebih ringan. Pada 188kg basah, ia hanya 5kg lebih berat daripada Triumph Street Triple dan 41kg lebih ringan daripada Kawasaki Z800. Duduk di atas motosikal ini, dan jelas sekali ianya jentera yang agak kurus. Perkara pertama yang anda sedari mungkin pelana berbentuk segi tiga: mernirus di hadapan dan berkembang luas di belakang. 
Pembonceng motosikal anda akan menghargainya, namun anda mungkin inginkan pelana yang lebih luas walaupun ia mungkin memberi kesan kepada capaian kaki kaki ke tanah semasa berhenti. Beberapa peralatan seperti penginjak brek belakang mungkin memerlukan penyesuaian sudut yang kecil untuk mendapatlebih keselesaan dan butang hon yang terletak agak jauh dari capaian ibu jari anda. 

MT-09 ini diletakkan harga bajet bagi membolehkan capaian kepada lebih ramai peminat motosikal, dan beberapa faktor telah menyumbang kepada penjimatan ini. Sistem gantungan nya tidak boleh dilaraskan sepenuhnya, dan cakera brek depan juga adalah bersaiz 298mm; lebih kecil daripada apa yang anda biasanya lihat pada sebuah motosikal sports. Gantungan belakang monocross dengan penyerap-kejutan mendatar terbukti agak lembut dan akan menghendaki pelarasan mekanikal pra-bebanan spring yang maksimum untuk mengelakkan bahagian belakang dari membuai pada kelajuan tinggi. Kotak gear nya bekerja tanpa klac-gelincir dan paparan meter adalah minimum. MT-09 tidak didatangkan dengan keajaiban elektronik seperti kawalan cengkaman atau ABS, dan mempunyai pendikit kawalan-dengan-wayar dengan 3 mod menunggang, walaupun ramai pada mulanya mungkin mendapati dua mod awal adalah agak tangkas dan agresif untuk keselesaan menunggang dalam bandar, dan memerlukan sedikit penyesuaian diri. 

Walaupun dengan semua penjimatan ini, Yamaha MT-09 ini agak mewah dengan kerangka aluminium tetuang CF yang nipis dan ringan, piston aluminium tempaan dan rim aloi ringan 10-jejari yang bergaya. Tidak hairanlah MT-09 adalah se ringan itu, dan ianya menyumbang secara positif kepada nisbah kuasa-ke-berat dan kecekapannya yang lebih tinggi. 

Kedatangan MT-09 merupakan lebih daripada sekadar lembaran baru dalam evolusi Yamaha. Ia adalah gelombang siri jentera 3-silinder motard yang menawarkan alternatif baru yang menarik untuk penunggang yang memahami keluk tork bermakna. Tiga warna: Violet, Orange dan Kelabu-legap ditawarkan pada harga asas RM54,000 (tanpa pendaftaran dan insurans). 
















spesifikasi 
enjin 
Jenis enjin 3-silinder, cecair sejuk, 4-lejang, DOHC, 4 injap 
Sesaran 847 cc 
Bore x Stroke 78.0 x 59.1 mm 
Nisbah mampatan 11.5: 1 
Sistem pelinciran Takungan basah 
Suntikan bahan api Pengurusan pencucuhan TCI 
Penghidup  Elektrik 
Kapasiti tangki bahanapi 14 L 
Kapasiti minyak 3.4 L 
Hantaran akhir Rantai
Kotak gear 6-kelajuan 
Panjang 2075 mm 
Lebar 815 mm 
Ketinggian 1135 mm 
Ketinggian tempat duduk 815 mm 
Jarak roda 1440 mm 
Kelegaan bumi 135 mm 
Berat kering 176 kg 
Berat basah 188 kg dengan 14 liter bahan api 
Kerangka Jenis Diamond 
Gantungan hadapan teleskopik 137mm 
Gantungan Belakang lenganayun 130mm 
Brek hadapan dwi-cakera 298mm 
Brek Belakang cakera, 245mm 
Tayar Depan 120 / 70ZR17M / C (58W) 
Tayar Belakang 180 / 55ZR17M / C (73W)

Perlumbaan malam Qatar WSBK disahkan

Perlumbaan waktu malam pertama kali bagi Superbike World Championship akan diadakan di litar Losail di Qatar sebagai pusingan terakhir siri musim 2014. 

FIM dan Dorna telah mengesahkan bahawa Qatar akan menjadi tuanrumah acara kemuncak musim 2014 pada 2hb November seperti yang diharapkan. Ini juga akan menandakan kepulangan litar tersebut ke dalam jadual WSBK.Losail pernah menjadi tuan rumah pusingan WSBK antara tahun 2005 dan 2009, bagi perlumbaan siang hari. Acara tahun ini akan menjadi kali pertama pusingan  WSBK diacarakan di bawah lampu limpah, sekaligus membawa WSBK seiring dengan MotoGP, yang mempunyai acara perlumbaan di Qatar yang turut diadakan di bawah sinaran lampu limpah. Acara kemuncak musim ini akan menjadi tuan rumah bagi kedua-dua pusingan WSBK dan WSS akhir. 

FIM dan Dorna juga mendedahkan bahawa pusingan di Afrika Selatan yang  pada awalnya dijadualkan untuk menjadi tuan rumah pusingan kedua terakhir musim ini 2014, telah dibatalkan dan litar gantian sedang diperolehi. Afrika Selatan telah pada asalnya dijadualkan pada 18-19 Oktober, dan pernah menjadi tuan rumah acara WSBK pada tahun 2009 di Kyalami. Litar Phakisa Freeway di Welkom tidak pernah menjadi tuan rumah acara sukan antarabangsa sejak tahun 2004. Walau bagaimanapun FIM dan Dorna kini telah mengesahkan bahawa usaha-usaha untuk mencapai standard yang diperlukan untuk mencapai homologasi perlumbaan yang diperlukan telah gagal dipenuhi. 

Dorna menyatakan ia kini mencari tempat untuk menggantikan acara ini, dan litar Brno di Republik Czech muncul sebagai satu kemungkinan. Sekiranya acara itu tidak diganti, baki musim 2014 akan dipertandingkan melalui hanya tiga lagi pusingan di Jerez, Magny-Cours dan Qatar. Penyingkiran Welkom daripada kalendar 2014 juga berlaku selepas pusingan WSBK Rusia di Moscow Raceway juga dibatalkan akibat daripada konflik yang sedang berlaku di Ukraine. Acara di Rusia itu tidak diganti oleh lokasi lain.


Jati diri Kembara: Ninja 1000 ABS

Ninja 1000 menggantikan abangnya iaitu Z1000SX bagi 2014, dengan peningkatan kuasa, tork dan ciri-ciri dalaman dan luaran. Ciri ciri "Ninja" masih menyerlah, walaupun rupabentuk yang lebih radikal dikhususkan untuk Kawasaki Z1000. 

Perbandingan dengan SX akan memihak kepada Ninja baru, dengan peningkatan dari 136 ke 140hp, dan tork juga telah mengalami kenaikan daripada 76 ft.lbs. ke 82. Dua pemetaan bahan api kini boleh dipilih, samada bagi kuasa penuh ataupun batasan kuasa kepada 70 peratus, untuk membantu memudahkan kawalan di dalam keadaan lalulintas sesak dan keadaan yang licin di waktu hujan. 

Amat lancar dan dengan kuasa yang cukup banyak tanpa mengira RPM, enjin nya begitu responsif dan selesa. Enjin empat sebarisnya berputar senyap ketika tunggangan santai, namun masih menawarkan banyak kuasa seandainya anda ingin memotong kenderaan lain. Pilihan gear telah diolah bagi mendapatkan penyesuaian yang lebih baik untuk keseluruhan julatkuasa (powerband) dengan gear ke-6 kini lebih panjang bagi tunggangan yang lebih santai dan selesa. 

Kawalan cengkaman dan ABS standard kini dibekalkan standard untuk membantu kawalan spektrum prestasi motosikal ini. Salah satu penambahan yang paling besar adalah pilihan dua kotak simpanan atau panniers keras yang membekalkan ruang sebanyak 29 liter. Kawasaki juga telah memasang satu tombol pelarasan pra-bebanan di belakang yang boleh dilaraskan dengan cepat, untuk memudahkan penyesuaian beban berat yang berbeza. Pemegang cekau pembonceng juga telah direka semula untuk memudahkan cengkaman, dan juga sebagai pemegang pannier. 



Tunggang motosikal di lebuh raya, dan gambaran yang jelas akan diperolehi bagi ciri kembara dan sports Ninja ini. Namun begitu ianya sangat sensitif terhadap tekanan tayar dan jika tekanan nya di bawah tahap yang disyorkan, pengendalian motosikal ini pada kelajuan perlahan akan menjadi berat. Panniers yang luas menawarkan banyak ruang simpanan dan mudah untuk dibuka mahupun dikunci. Walaupun berkapasiti besar di kiri kanan, ianya tidak mengganggu pengendalian kerana penirusan kerangka belakang membolehkan ianya dipasang lebih rapat ke dalam dan pengendalian motosikal ini dalam keadaan jalanraya sesak tidak lah bermasalah.

Kawasaki ini sekali lagi mendatangkan satu pakej yang bernilai bagi warisan Ninja dengan Ninja 1000 ABS baru ini. Sebuah jentera serbaguna untuk ke pejabat mahupun bagi perjalanan jauh, ianya mungkin sukar ditandingi oleh pesaingnya dalam perbandingan secara keseluruhan. Ninja 1000 ditawarkan pada harga asas RM83,615.00 dan versi touring yang lengkap dengan panniers pula boleh didapati pada harga RM88,665.00 

Ninja 1000 ABS 
Jenis enjin: Empat-lejang, DOHC, empat selinder sebaris
Sesaran enjin: 1043cc 
Gerek & lejang: 77 mm x 56 mm 
Nisbah mampatan: 11.8: 1 
Penyejukan: Cecair
Sistem bahan api: Keihin 38 mm DFI  Transmisi: enam kelajuan
Hantaran Akhir: Rantai X-ring
Gantungan depan: 41 mm terbalik  
Gantungan belakang: monoshock mendatar
Brek hadapan: Dwi-300mm cakera kelopak dgn angkup 4-omboh monobloc ABS 
Brek belakang: 250 mm cakera-kelopak, angkup omboh tunggal,dengan ABS 
231kg ​​Berat Basah

































Bosch MSC anti lowside





Sistem bantuan tunggangan elektronik seperti kawalan cengkaman dan ABS kini semakin meningkatkan kemampuan motosikal model bagi menambahbaik tahap keselamatan motosikal masakini. Jentera baru seperti KTM 1190 Adventure R kini dilengkapi sistem Kawalan Kestabilan Motosikal(MSC) Bosch
yang merupakan lanjutan daripada sistem pakej Bosch 9 + ME ABS yang canggih.

Kesemua sistem ini menggunakan pelbagai sensor atau pengesan yang mampu membaca dinamik atau 'perangai' motosikal pada satu satu masa, seperti kelajuan, pecutan, kuasa brek, sudut sendeng dan juga gelongsoran (yaw). Sistem Bosch MSC kini mampu membantu penunggang mengawal motosikal ketika membrek di dalam selekoh dan mengelakkan motosikal mereka menggelongsor (lowside) akibat membrek roda hadapan secara berlebihan. Ini merupakan evolusi terkihni dalam teknologi brek anti-gelongsor (anti-lowside).
Sistem Bosch MSC ini mempunyai pelbagai kelebihan berbanding sistem ABS tradisional, kerana ia mampu menghalang roda daripada tergelincir semasa membrek ketika menyendengkan motosikal. Ini juga menghalang motosikal dari menegak sendiri ketika brek ditekan, dan menghalang motosikal terguling ketika membrek kecemasan.

Sistem ini juga mampu mengelakkan gelinciran roda belakang apabila memecut keluar dari selekoh, sekaligus mengelakkan roda depan dari terangkat pabila memecut keras.

KTM merupakan syarikat pertama yang memasang sistem Bosch MSC ini pada motosikal 1190 Adventure mereka, dan kini ianya juga telah digunakan oleh BMW untuk motosikal HP4 terbaru mereka dengan menggelarnya sebagai sistem ABS Pro.