Suzuki Belang R150













Suzuki Belang R150 Serba Baru
Motosikal Sports Yang Ranggi & Radikal

Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd dengan bangganya memperkenalkan model Suzuki Belang R150 serba baru. Dikenali sebagai “Motosikal Sports Yang Ranggi & Radikal”, Suzuki Belang R150 menggunakan segala kecanggihan teknologi kejuruteraan Suzuki untuk menghasilkan sebuah motosikal yang ringan dan pantas kerana mempunyai nisbah kuasa dibandingkan berat yang amat impresif. Ini membolehkan Suzuki Belang R150 muncul sebagai motosikal sport yang paling ringan dan berkuasa dalam kategori 150cc.

Selain dari prestasi yang mengagumkan, para penunggang juga akan tertawan dengan ciri-ciri terkini dan canggih yang menjadikan Suzuki Belang R150 sungguh selesa ditunggangi. Rekabentuk yang aerodinamik, peralatan yang bermutu tinggi dan sebuah enjin yang sofistikated, semuanya terhasil bagi memenuhi kehendak penunggang yang inginkan sebuah motosikal yang sportif dan anggun.


MAJU DAN MANTAP DARI SEGI TEKNOLOGI
Sebuah enjin 150cc yang berkuasa, transmisi 6 kelajuan yang lancar, sistem penyejukan SACS Suzuki dan banyak lagi ciri-ciri berinovasi membolehkan Suzuki Belang R150 mengatasi saingan dalam kategorinya.


DOHC / 4-Injap
Prestasi hebat Suzuki Belang R150 dihasilkan oleh enjin 150cc jenis DOHC dengan 4-Injap. “Double Overhead Camshafts” (DOHC) dan 4-injap adalah konfigurasi biasa untuk enjin yang digunakan untuk motosikal sport berprestasi tinggi. Konfigurasi jenis ini jauh lebih lancar apabila beroperasi pada kelajuan RPM enjin yang tinggi, bagi menghasilkan kuasa maksima dan juga penggunaan bahanapi yang optima.



Transmisi 6 Kelajuan
Untuk memastikan bahawa keseluruhan kuasa dan tork enjin 150cc ini dapat digunakan secara efektif, ianya dilengkapi dengan transmisi 6 kelajuan dengan pilihan nisbah gear yang menjaminkan cara tunggangan yang sportif namun lancar dalam pelbagai keadaan jalan dengan kelajuan maksima lebih tinggi.

Penyejukan Udara Dengan Teknologi SACS
Teknologi SACS ataupun Suzuki Advanced Cooling System berfungsi dengan menyembur minyak secara terus pada bahagian bawah omboh untuk penyejukan yang lebih efektif. Minyak ini akan disejukkan dengan mengunakan sebuah radiator penyejukan minyak untuk menghasilkan suhu operasi optima.
SCEM (Suzuki Composite Electrochemical Material)
Silinder aluminium dilapisi bahan yang nipis tetapi amat kuat ini.
SCEM membolehkan penghasilan enjin yang lebih ringan serta
lebih efisyen dalam pengurangan suhu enjin.




Suspensi Monoshock
Sesuai dengan pelbagai keadaan jalan serta memberi
penampilan lebih sporty.






Brek Cakera Depan Lebih Besar
Walaupun cakera brek berukuran 290mm untuk lebih kuasa hentian,
namun ianya tetap ringan dengan rekabentuk garispusat yang dikosongkan.


Brek Cakera Belakang Kompak
Brek jenis ‘racing’ ini mampu memberi daya kuasa hentian lebih sempurna.


SOFISTIKATED & MUDAH DI-OPERASI
Suzuki Belang R150 adalah motosikal generasi baru yang dicipta menggunakan teknologi terkini yang biasanya hanya boleh didapati pada model motosikal berkapasiti enjin yang lebih besar ataupun “superbike’.

Panel Meter Dinamik Dengan Skrin LCD
Suzuki Belang R150 dilengkapi dengan Speedometer Digital LCD yang senang dibaca, dan sebuah takometer analog yang besar dan bergaya sama seperti motosikal sports mewah Suzuki GSX-R1000.


Sistem “Suzuki Drive Mode Switch (SDMS)”
Sebuah sistem unik yang mempunyai 3 pilihan mod tunggangan yang dapat dipilih secara bergilir. Mod-mod ini adalah mod tunggangan biasa, mod tunggangan ekonomi dan mod tunggangan kuasa.

Mod Tunggangan Biasa -Mod ini adalah mod tunggangan biasa yang tidak mengutamakan ekonomi ataupun kuasa dan tidak menunjukkan tanda ECO / PWR.

Mod Tunggangan Ekonomi (ECO) - Mod ini digunakan untuk menyelaras penggunaan petrol pada kadar yang paling menjimatkan. Lampu penunjuk akan menyala secara otomatik bagi menandakan bahawa revolusi enjin berada pada tahap optima untuk penjimatan petrol.

Mod Tunggangan Power (PWR) - Mod ini digunakan untuk tunggangan agresif. Lampu penunjuk akan menyala secara otomatik bagi menandakan bahawa revolusi enjin berada pada tahap optima untuk daya kuasa pecutan maksima.
RINGAN DAN TAHAN LASAK
Penggunaan komponen aluminium secara ekstensif memberi banyak manfaat. Pertama, aluminium adalah ringan. Kedua, ianya kuat dan tahan lasak. Ketiga, ia memberi penampilan bermutu tinggi. Suzuki Belang R150 memiliki banyak komponen aluminium untuk memaksimakan kelebihan-kelebihan ini.

Rim Aluminium Alloy 10-Jejari
Di rekacipta untuk mencerminkan identiti motosikal sports Suzuki mewah,
rim yang ringan dan tahan lasak ini mampu memberi kestabilan
dan ketangkasan menunggang.



Pemegang Keselamatan Aluminium
Pemegang keselamatan aluminium yang ringan dan bergaya ini memberi penampilan yang bermutu tinggi kepada bahagian belakang Suzuki Belang R150.

Ganjal Kaki Aluminium
Ganjal kaki aluminium ini adalah jenis selot sama seperti yang digunakan pada motosikal sports mewah.














Suzuki Belang R150 didatangkan dalam variasi 2 warna iaitu kombinasi warna dwi-ton Autumn Red/New Titan Black serta Dark Grey/New Titan Black. Suzuki Belang R150 telah meletakkan satu tanda aras baru dalam segmen motosikal sports kategori pertengahan. Untuk tungganguji, sila kunjungi pengedar sah Suzuk yangi berdekatan anda atau hubungi Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd pada talian 03-5569 9258 untuk keterangan lanjut.
HARGA: RM7,570.00

The All-New Suzuki Belang R150
The Rapid & Radical Sports Machine
Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd is pleased to unveil the all-new Suzuki Belang R150 model. Positioned as “The Rapid & Radical Sports Machine”, the Suzuki Belang R150 utilizes Suzuki’s cutting-edge motorcycle technology to create a light-weight and speedy machine which has an impressive power-to-weight ratio. This results in the Suzuki Belang R150 emerging as the lightest and most powerful sports bike in the 150cc category.
Apart from its stunning performance, discerning motorcyclists will be pleased to find that the Belang R150 incorporates many advanced and innovative features that make riding a sheer pleasure. Superior aerodynamics, up-market equipment and a highly sophisticated engine contribute towards making the Suzuki Belang R150 a highly appealing choice for those who demand a sporty and stylish ride.
POWERFUL & TECHNOLOGICALLY ADVANCED
A powerful 150cc engine, a slick 6-speed transmission, Suzuki’s popular SACS cooling system and a host of other refinements make the Suzuki Belang R150 a leader in its class.
DOHC / 4-Valves
At the heart of the Suzuki Belang R150’s class-leading performance is its 150cc, DOHC, 4-Valve engine. Double Overhead Camshafts (DOHC) and 4 valves is the most common configuration for engines used on high performance sports bikes. This type of configuration offers extra smoothness of operation at high RPM, for maximum power and yet excellent fuel efficiency.
6-Speed Transmission
To make effective use of the 150cc engine’s abundant power and torque, the Suzuki Belang R150 is equipped with a 6-speed transmission with gear ratios carefully selected for a dynamic sports-riding experience and smooth going in a wide range of road and traffic conditions, as well as a higher top speed.
Air-Cooled With SACS Technology
SACS or Suzuki Advanced Cooling System technology, sprays oil directly onto the underside of the piston to obtain extra cooling capacity. This oil is in turn cooled using a large oil-cooling radiator to maintain optimum operating temperatures.
SCEM (Suzuki Composite Electrochemical Material)
Instead of the conventional cast-iron liner for the cylinder, the aluminium cylinder bore is coated with Suzuki’s Composite Electrochemical Material. This thin yet very strong material allows the creation of a much lighter and more compact engine. It also dissipates heat more efficiently.
Monoshock Suspension
Monoshock suspension system caters to the varying road conditions
and lends a sporty feel.
Extra Large Front Disk Brake
Despite being 290mm wide and delivering ample stopping power, the disk brake
is amazingly light due to its large center cut-out section.
Compact Rear Disk Brake
Racing-style compact rear disk brake provides additional stopping power.
SOPHISTICATED & USER-FRIENDLY
The Suzuki Belang R150 is a new generation motorcycle that is designed using the latest technological features that are usually only found on models with much higher engine capacity or “superbikes”. Below are some of its more striking features.
Dynamic New Meter Panel With LCD Screen
The Suzuki Belang R150 uses a combination of an easy-to-read LCD Digital Speedometer and stylish large analogue tachometer, just like other top-end sports bikes such as the Suzuki GSX-R1000.
Suzuki Drive Mode Switch (SDMS) System
A unique system that switches between 3 different riding modes in a rotary manner. These modes are normal riding mode, eco riding mode and power riding mode.
Normal Riding Mode -This mode is the normal riding mode that does not prioritise either economy or power and does not show the ECO / PWR indicator.
Economical (ECO) Riding Mode -This mode is used to obtain maximum fuel efficiency. The indicator light comes on automatically to show that the engine revolutions are at an optimal level to conserve petrol consumption.
Power (PWR) Riding Mode - This mode is used for aggressive riding. The indicator light comes on automatically to show that the engine revolutions are at an optimal level to achieve maximum acceleration power.
LIGHTWEIGHT YET DURABLE
The extensive use of aluminium components has many benefits. Firstly, aluminium is significantly lighter. Second, it is strong and durable. Thirdly, it provides a quality and lasting finish. The Suzuki Belang R150 has many aluminium components to maximize these benefits.
10-Spoke Cast-Aluminium Alloy Wheels
Designed to reflect the identity of Suzuki’s Superbike racing machines,
these lightweight rims also contribute to handling stability and agility.
Die-Cast Aluminium Grab Bar
A shapely grab bar made of lightweight die-cast aluminium adds a high-quality touch to the Suzuki Belang R150’s rear end.
Diecast Aluminium Footrests
Bolt-on type footrests made of die-cast aluminium are not only lightweight, but are also similar to those found on the top-end, high-performance sportsbikes.
The Suzuki Belang R150 comes in 2 smart colour choices, with Autumn Red/New Titan Black and
Dark Grey/New Titan Black. The Suzuki Belang R150 sets new standards for mid-size sports bikes,
so test ride one at your nearest authorised Suzuki dealer or contact Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd
at 03-5569 9258 for more details.

PRICE: RM7,570.00

Lat Long : North 3°55'19.7" East 102°57'23.3"

TERKINI:

Apa bebudak AF7 ni buat kat trek Sepang hari Ahad 12 April lepas?
Tuggu dan tonton Diari AF7 Isnin 13 April.
Lain lain gambar, lepas Diari AF tu.... lepas 10pm....

Pahang 4x4 Challenge 10 - 12 April 2009
















Grand Prix Commercialbank Qatar











Lima bulan selepas perlumbaan akhir 2008 FIM MotoGP World Championship, edisi 2009 bermula pada 12 April dengan Grand Prix Commercialbank Qatar. Perlumbaan pertama 17 pusingan bagi menentukan siapa akan dimahkotakan raja kelas perdana itu mengambil tempat di Losail International Circuit untuk kali yang ketiga.
Satu-satunya perlumbaan malam pada kalendar MotoGP, acara sulung di bawah sinaran cahaya lampu sorot ini bermula tahun lepas tahun lepas, dan telah dimenangi oleh Casey Stoner dari Ducati Marlboro.
Juara dunia Valentino Rossi pernah menang di setiap trek yang diguna pakai pada 2009, tetapi masih belum pernah menang selepas matahari terbenam. Penunggang Fiat Yamaha itu berjaya menawan litar padang pasir tersebut di waktu siang di pada 2005 dan 2006, menyudahi perlumbaan di kedudukan kelima di Qatar musim lepas.

Losail International Circuit adalah sebuah landasan yang diminati bekas juara Stoner, yang berjaya mendapat kedudukan petak pertama pertama dan kemenangan MotoGP pertamanya di sini. Pelumba Australia itu memulakan musim baru dengan kejayaan pertandingan BMW M AWARD dalam ujian di Jerez, sejak menjalani pembedahan skafoid dalam November.
Dani Pedrosa, yang ketinggalan ujian terakhir pramusim kerana kecederaan, dan di ragui penyertaannya untuk pusingan Qatar sehingga kini.
Jorge Lorenzo pulang ke tempat penampilan pertama MotoGP pertamanya - di mana dia mengambil petak utasma dan menyudahkannya di tempat kedua - selepas satu pramusim bebas kecederaan . Dia akan berlumba dengan tayar Bridgestone pada Fiat Yamaha M1 untuk kali pertama dengan peraturan baru satu pembekal tayar sahaja.

Empat lagi penunggang-penunggang kilang akan beraksi di Qatar, Ducati Marlboro dengan Nicky Hayden, Repsol Honda dengan Andrea Dovizioso, Rizla Suzuki kekal dengan Loris Capirossi & Chris Vermeulen.
Juara Qatar 2004 Sete Gibernau akan menyertai perlumbaan MotoGP pertamanya sejak Grand Prix Portugis 2006, dalam kejohanan 800cc ini yang akan turut disertai Colin Edwards & James Toseland dari Monster Yamaha Tech3 , Alex de Angelis dan Toni Elias dari San Carlo Honda Gresini dan Marco Melandri dari Hayate Racing. Sesi latihan Grand Prix Commercialbank Qatar akan bermula dengan sesi latihan 45 minit untuk penunggang-penunggang MotoGP pada 10.30pm malam Jumaat 10 April 09.


Sumber/source:


Data
  • Panjang: 5.380 meters
  • Lebar: 12 meters
  • Lurusan terpanjang: 1.068 meters
  • Jumlah Selekoh: 16
  • ke kanan: 10
  • ke kiri: 6



CASTROL TAJA FILEM FAST & FURIOUS 4





Kuala Lumpur, 4 April 2009: Castrol, yang terkenal sebagai pakar minyak pelincir premium global, memasuki lorong laju dengan tajaan filem beraksi tinggi, ‘Fast & Furious 4’.
“Filem aksi ini memperlihatkan prestasi dan kelajuan, dan sebagai minyak rasmi bagi ‘Fast & Furious 4’, Castrol EDGE digubah untuk memberikan prestasi paling ekstrem untuk kereta yang berprestij dan berprestasi tinggi seperti yang digunakan dalam ‘Fast & Furious 4’.





Sempena tajaan filem ini, Castrol juga memperkenalkan pek baru mesra pengguna bagi kesemua tiga kategori minyak pelincirnya: Minyak Kereta Penumpang (PCO), Minyak Motosikal (MCO), dan Pelincir Kenderaan Komersil.
“Pembungkusan baru ini lebih menarik dan mesra pengguna.Ini kerana kedudukan pemegang pada botol baru serta reka bentuk yang inovatif memudahkan penuangan supaya penukaran minyak lebih cepat, mudah dan bersih,” jelas Pengarah Pemasaran Castrol Malaysia, Mark Ng . “Castrol sentiasa berusaha untuk mencari kaedah yang lebih baik dan cekap untuk meningkatkan prestasi produknya.”
Menurut Ng, Castrol berjaya mencipta minyak pelincir yang bermutu tinggi untuk kenderaan sejak lebih 100 tahun menerusi aplikasi analisis, teknologi dan inovasinya yang rapi.












Rangkaian Minyak Kereta Penumpang Castrol termasuk Castrol EDGE, Castrol Magnatec, dan Castrol GTX. Castrol EDGE Sport 0W-40 adalah minyak enjin premium bersintetik penuh Castrol yang memberikan prestasi terbaik, dengan teknologi kelikatan rendah untuk memberikan kuasa maksimum sehingga 45% berbanding minyak sintetik jenama lain di pasaran.

Rangkaian Minyak Motosikal termasuk Castrol Power 1, Castrol Activ dan Castrol Race. Castrol Activ 4T dicipta khusus untuk enjin motosikal empat lejang dengan Molekul Perlindungan Aktif yang melekap dan melindungi komponen penting enjin dalam semua keadaan.
Kategori minyak pelincir Kenderaan Komersil Castrol termasuk Castrol RX Fuel Saver dan Castrol CRB. Castrol RX Fuel Saver adalah minyak pelincir khusus untuk enjin diesel berbilang gred yang menjimatkan sehingga 5% penggunaan diesel dengan formula “adiTECH” yang mengurangkan geseran enjin untuk memberikan kuasa yang lebih.
Sebelum tayangan khas filem ‘Fast & Furious 4’ di Golden Screen Cinemas, Pavilion, rakan dagang Castrol dan media menyertai pelbagai permainan interaktif yang menyeronokkan seperti Cabaran Castrol EDGE Sport Speed, perlumbaan kereta kawalan jauh ‘Castrol EDGE Fast & Furious 4’, dan ‘Play Station 3 Need for Speed’. Pameran eksklusif diorama ‘Castrol EDGE Fast & Furious 4’ iaitu replika mini set penggambaran filem yang direka khas turut menerima sambutan hebat.
Dalam usaha berterusan untuk menarik dan memberi ganjaran kepada pengguna, Castrol juga telah menawarkan hadiah-hadiah bernilai lebih RM15000 menerusi pelbagai peraduan. Hadiah termasuk edisi terhad diorama ‘Castrol EDGE Fast & Furious 4’, lebih 100 tiket filem ‘Fast & Furious 4’, kereta model mini edisi khas ‘Castrol EDGE Fast & Furious 4 Skyline R34’ dan minyak pelincir Castrol EDGE Sport 0W40.
Layari laman web www.castrol.com/my untuk maklumat lanjut tentang pembungkusan baru Castrol dan juga aktiviti Castrol EDGE Fast & Furious 4.



Castrol (www.castrol.com) ialah sebahagian daripada BP dan dipasarkan di bawah bahagian minyak pelincir BP Group yang dikenali sebagai Premier Lubricants (M) Sdn Bhd di Malaysia. Premier Lubricants (M) Sdn Bhd memasarkan tiga jenama minyak pelincir yang utama, iaitu BP, Castrol dan Duckhams dan merupakan peneraju utama pasaran minyak pelincir di Malaysia.
Castrol merupakan syarikat pemasaran minyak pelincir ketiga terbesar di dunia dan peneraju pasaran serta teknikal bagi minyak pelincir perindustrian dan automatif dalam sektor pengguna runcit. Castrol juga merupakan pemimpin pasaran dalam sektor pelincir marin dan merupakan peserta utama dalam segmen pasaran penerbangan dan kenderaan komersil. Castrol, dengan sokongan lebih 150 anak syarikat yang beroperasi di 55 negara, diambil alih oleh BP pada 2000.
Sebagai salah sebuah syarikat tenaga paling besar di dunia dengan operasi di lebih 100 negara, BP memberi tumpuan kepada kegiatan seperti penerokaan dan pengeluaran minyak mentah dan gas asli, penapisan, pemasaran dan pengangkutan, minyak serta pemasaran gas dan penjanaan kuasa. Perniagaan Tenaga Alternatif BP terlibat secara aktif untuk membangunkan tenaga boleh diperbaharui, termasuk solar, angin dan bahan api tanpa karbon seperti penjanaan kuasa hidrogen.
BP mempunyai modal pasaran semasa berjumlah US$200 bilion dan kakitangan seramai 100,000 orang di seluruh dunia.

CASTROL SHIFTS TO THE FAST LANE WITH MOVIE SPONSORSHIP
Kuala Lumpur, 4 April 2009: Castrol, globally recognised as the leading premium lubricant specialist, shifts gears to get on the fast lane with the movie sponsorship of the highly anticipated Fast And Furious 4.
“The synergy between Castrol EDGE and Fast & Furious 4 is a natural fit,” said Mark Ng, Castrol’s Marketing Director. “The high-octane movie is built around high performance and speed, and as the official oil for Fast & Furious 4, Castrol EDGE is specifically engineered to meet the most extreme performance in prestige and high performance cars just like those used in Fast & Furious 4”
In conjunction with the movie sponsorship, Castrol also unveiled its new user-friendly packs of its full range of lubricants in three categories: Passenger Car Oils, Motorcycle Oils, and Commercial Vehicle Lubricants.
“The new and improved user-friendly packaging comes with repositioned handles for easier pouring and an innovative anti-glugging design for quicker and cleaner oil change,” Ng explains. “Castrol has always been passionate about finding better and more efficient ways of improving the performance of its products.”
Ng adds that Castrol has succeeded in creating superior lubricants for vehicles for more than 100 years through its rigorous application of analysis, technology and innovation.
Castrol’s Passenger Car Oil range includes Castrol EDGE, Castrol Magnatec, and Castrol GTX. Castrol EDGE Sport 0W-40 is Castrol’s best performance, full synthetic premium engine oil with low viscosity technology that delivers maximum horsepower up to 45% longer than other synthetics.
The Motorcycle Oil range includes Castrol Power 1, Castrol Activ and Castrol Race. Castrol Activ 4T is developed specifically for 4-stroke motorcycle engines with special Activ Protection Molecules that clings and protects critical engine components in all riding condition
Castrol’s Commercial Vehicle lubricants range includes Castrol RX Fuel Saver and Castrol CRB. Castrol RX Fuel Saver is a multigrade diesel engine oil that saves up to 5% diesel consumption with an exclusive “adiTECH” formula that lessens engine friction and releases more engine power.
Before attending a special movie screening of Fast & Furious 4 at the Pavilion Golden Screen Cinema, Castrol’s trade partners participated in various fun-filled interactive and exciting games such as the Castrol EDGE Sport Speed Challenge, Castrol EDGE Fast & Furious 4 remote car racing, and Play Station 3 Need for Speed before the special screening of Fast & Furious 4 at the Pavilion Golden Screen cinema. Other highlights of the evening included an exclusive display of the Castrol EDGE Fast & Furious 4 dioramas (custom-made miniatures of the movie sets).
In its continuous effort to reward and engage consumers, Castrol also gave away loads of prizes through various contests prior to the event. Giveaways comprised Limited Edition Castrol EDGE Fast & Furious 4 dioramas, movie passes, Limited Edition Castrol EDGE Fast & Furious 4 Skyline R34 model cars, and bottles of four-litre Castrol EDGE Sport 0W40 engine oil valued at RM245 each.
Visit www.castrol.com/my for more information on Castrol’s new look packaging as well as the Castrol EDGE Fast & Furious 4 activities.
Castrol (www.castrol.com) is part of BP and is marketed under the lubricant arm of BP Group known as Premier Lubricants (M) Sdn Bhd in Malaysia. Today, Premier Lubricants (M) Sdn Bhd markets three leading lubricant brands; namely BP, Castrol & Duckhams, and is a market leader in the lubricant business in Malaysia.
Castrol is the world’s third largest marketer of lubricants. Castrol is the market and technical leader for specialised industrial and automotive lubricants in the retail consumer sector. Castrol is also the market leader in the marine lubricants sector and is a key player in the aviation and commercial vehicles market segment. Castrol, with over 150 subsidiaries operating in 55 countries, was purchased by BP in 2000.
BP, one of the world’s largest energy companies with operations in over 100 countries, focuses on such activities as exploration and production of crude oil and natural gas, oil refining, marketing and transportation, gas marketing, and power generation. BP’s Alternative Energy business is actively involved in developing renewable energy, including solar, wind and decarbonised fuels such as hydrogen power generation.
BP’s current market capitalisation is in the region of US$200 billion with staff strength of over 100,000 worldwide.

Industri motosikal kita perlu lebih berani

















Negara yang besar dan ramai rakyatnya, tentu memerlukan pengangkutan asas bagi membina tamaddun dan menjana ekonomi. Dari menggunakan pengangkutan haiwan, jentera mula direka seiring dengan kemajuan teknologi. Sedang negara China masih banyak bergantung kepada basikal, India yang merupakan salah satu tamaddun tertua dunia, mula melangkah dalam pembinaan motosikal.
Mungkin umum mengetahui bahawa India mengeluarkan motosikal berenjin disel dan juga jentera Royal Enfield Bullet yang merupakan model motosikal yang mempunyai sejarah pengeluaran paling lama di dunia. Syarikat milik asal British itu kini dipunyai rakyat India sepenuhnya, seperti juga Land Rover yang dimiliki Tata. Imej motosikal bersesaran besar tetapi dengan kelajuan ciput di India, kini sudah di diambil alih oleh model model menarik yang berprestasi dan menjimatkan bahanapi. Tanggapan bahawa motosikal India terdiri dari model ketinggalan zaman kini bukanlah fakta yang tepat. Bagi yang pernah ke sana, memang benar di sesetengah tempat, kesesakan jalanraya nya adalah amat ketara, malah pemilik motosikal besar kadangkala hanya dapat meningikmati tunggangan mereka hanya di hujung minggu ataupun selepas tengah malam apabila jalanraya lebih sunyi. Populasi India seramai 1.15 billion dan pembangunan industri perkilangan telah meningkatkan permintaan terhadap pengangkutan asas terutama sekali motosikal. Jualan motosikal di India melebihi setengah juta unit sebulan; menyamai jualan tempatan dalam setahun; dan pasaran yang besar ini telah menawarkan potensi perniagaan yang menguntungkan. Selain Honda, Suzuki dan Yamaha yang mempunyai kilang pemasangan di sana, terdapat juga jenama tempatan India seperti TVS dan Bajaj yang membangunkan model mereka sendiri.


Penampilan motosikal yang menarik, moden dan berprestasi kini menjadi keutamaan di India sesuai dengan permintaan yang meningkat dalam negara yang kian maju dalam dunia perindustrian. Permintaan tinggi ini sudah cukup untuk membuatkan pengeluaran model baru sebagai pelaburan yang berbaloi. Rekabentuk motosikal yang rata rata bersesaran sekitar 150cc seperti ini tentunya akan mendapat sambutan anak muda dengan harga yang mampu milik. Teknologi terkini juga mampu digunapakai apabila skel pengeluaran yang besar menjadikan ianya ekonomik untuk dikeluarkan. Yamaha FZ16 menggunakan enjin sejukan udara, namun mampu menjana kuasa 14 hp, ataupun model YZF15 yang mengeluarkan 17hp dari enjin 150cc empat lejang nya. Begitu juga dengan Suzuki GS150R dengan kuasa enjin 13.8 hp. TVS Motor Company yang merupakan pengilang motosikal ketiga terbesar di India, menawarkan Apache RTR 160 pula mampu mengeluarkan 15.2 hp. India juga merupakan kampung halaman Hero Honda, yang mengeluarkan model Hunk, sebuah lagi model yang mendapat sambutan di sana. Rekabentuk luaran sering menjadi keutamaan pembelian, dan fakta ini juga menyerlah dalam pasaran tempatan. Mengenai harga, Yamaha FZ16 dijual di India dengan harga bawah RM5,000. Kembali di sini, Hong Leong Yamaha menjual FZ150i lebih dari RM7,000. Perlu diingat, FZ16 lebih berkuasa dan lebih cantik. Dalam usaha kita menyasarkan pasaran global, sudah sampai masanya kita kembali berpijak di dunia nyata, dan mengorak langkah lebih berani dan agresif dalam pembangunan model motosikal yang lebih menarik, bagi pasaran berpotensi besar sebegini.















Modenas nampaknya sudah tampil berani dengan menawarkan model sport kapcai pertama mereka dan diharapkan agar ia terus menghasilkan model model dari hasil usaha tempatan. Kemajuan pembangunan teknologi di India, Thailand dan juga Indonesia kian deras meninggalkan kita di belakang, dan diharapkan pembuat motosikal tempatan akan bingkas mengorak langkah lebih cergas dalam membangunkan jentera bertaraf dunia dengan anjakan paradigma dari zon selamat dan model model konvensional.