Yang pertama merupakan Shahrol Yuzy, dan kemudiannya anak didik beliau Zulfahmi Khairuddin pula membanggakan rakyat Malaysia apabila muncul sebagai pelumba kedua untuk bersaing sebagai pelumba musim penuh dalam Kejohanan Motosikal Dunia. Zulfahmi kemudiannya diikuti oleh beberapa pemimpin utama seperti Azlan Shah Kamaruzaman, Khairul Idham Pawi, dan Hafizh Syahrin Abdullah.
Dalam senario penunggang Malaysia terus mempamerkan kemampuan mereka di kalangan pelumba terbaik serantau dan juga antarabangsa, platfom awal yang dilalui kebanyakan mereka iaitu Kejuaraan Cub Prix Malaysia terus menampilkan nama-nama baharu yang berpotensi. Beberapa tahun kebelakangan ini, Kasma Daniel Kasmayuddin telah dilihat sebagai bakat baharu yang menyerlah apabila dia menguasai Kejohanan Cub Prix Malaysia dengan penuh gaya.
Kini dalam musim 2018 ini, seorang lagi pelumba muda mula membuat penampilan yang mampu menggugat mereka yang lain. Tidak seperti Kasma yang bermula dalam siri kejohanan kebangsaan, Azroy Hakeem Anuar pula telah mula memikat pemerhati arena perlumbaan di peringkat Asia.
Penunggang Honda ini telah mencatat keputusan yang mampu dipuji dalam kategori SuperSports 600cc bagi Kejohanan FIM Asia Road Racing. Walaupun masih berstatus rookienya dalam kelas tersohor Asia ini, Azroy telah membuktikan kebolehannya dengan menamatkan perlumbaan di kalangan kelompok 10 teratas secara konsisten.
Di persada tempatan, penunggang muda ini memikul tugas dan tanggungjawab sebagai pelumba utama untuk pasukan Idemitsu Honda Givi Yuzy Racing. Azroy menerajui usaha pasukan dalam CP150 yang kompetitif bagi menggantikan Zaqhwan Zaidi yang memberi tumpuan kepada usahanya dalam Kejohanan All Japan musim ini. Selepas tiga pusingan, Azroy berjaya memasuki kedudukan sepuluh teratas walaupun podium CP150 tetap sukar diraih.
Litar Temerloh sering menceriakan Shahrol Yuzy Ahmad Zaini dan menjelang perlumbaan pusingan keempat Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS hujung minggu ini, pengurus pasukan Idemitsu Honda Givi Yuzy Racing itu berharap sekali lagi tuah akan memihak kepadanya.
Sejak pertama kali Temerloh berada dalam kalendar Kejuaraan Cub Prix pada tahun 2013, pasukan itu telah meraih tiga podium dalam kelas perdana melalui Mohd Zaqhwan Zaidi yang muncul naib juara dan juara pada tahun 2013 dan 2014 dalam kategori CP130 manakala di tempat ketiga sewaktu perlumbaan pertama kelas CP150 pada tahun 2017.
Hanya pada tahun 2016 Zaqhwan gagal menaiki podium apabila menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat manakala tidak beraksi pada tahun 2015.
Saingan kategori CP115 juga tidak mengecewakan apabila menghadiahkan dua podium di tempat kedua dan ketiga pada musim 2017 melalui Azroy Hakeem Anuar dan Mohd Amirul Ariff Musa.
“Walaupun tahun ini Zaqhwan tidak bersama kami, persembahan Azroy yang dinaikkan ke kelas CP150 semakin menunjukkan peningkatan. Dia berjaya menempatkan diri di kelompok hadapan sepanjang dua pusingan lepas cuma nasibnya tidak begitu baik apabila mengalami beberapa masalah mekanikal dan insiden sewaktu perlumbaan,” jelas Yuzy.
"Azroy juga semakin matang dan menunjukkan peningkatan prestasi dari semaa ke semasa. Walaupun pertama kali beraksi bersama pelumba-pelumba senior lebih berpengalaman, dia mampu menangani cabaran dan kami berharap dia akan meraih kejayaan."
Tambah Yuzy, “Dari segi jentera juga ia lebih baik pada tahun ini. Jurutera pasukan terus bekerja keras sebagai persiapan untuk perlumbaan minggu ini. Mudah-mudahan litar Temerloh akan terus menghadiahkan podium kepada pasukan kami.”
Showing posts with label yuzy. Show all posts
Showing posts with label yuzy. Show all posts
Kedai Givi Point kini ada di Johor Bahru
Kedai GIVI Point kini dibuka di selatan tanahair, yang terletak di di Jalan Tampoi Johor Bahru. Kedai rasmi GIVI ini merupakan krdai yang ketiga selepas GIVI Point Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Perasmian di sempurnakan oleh Pengarah Operasi Internasional GIVI, Joseph Perucca bersama Pengarah Urusan GIVI Asia, On Hai Swee.
Outlet terbaharu Givi ini dibuka di Johor , yangmerupakan salah satu pasaran
terpenting bagi GIVI di Malaysia sebagai pusat sehenti yang dapat menempatkan semua produk rasmi GIVI beserta sekaligus dapat melakukan servis pemasangan aksesori secara percuma.
“Sebenarnya kami mendapat banyak permintaan untuk pembukaan kedai rasmi GIVI Point, " katakata Hai Swee. "Pada masa depan, pasti kami akan menambah cawangan GIVI Point ke seluruh negara
sesuai dengan permintaan itu."
Joseph Perucca menambah,” Ibu pejabat GIVI di Itali sangat berpuashati dengan pengukuhan pasaran barangan kami di Asia, khususnya di Malaysia ini. Kami memberi sepenuh sokongan kepada pasaran di sini kerana ia merupakan salah satu pasaran terbesar di dunia, dan banyak jenama terkenal motorsikal dunia juga memandang Asia dan Malaysia sebagai lokasi penting untuk pengembangan jenama dan jualan”.
Di acara sama penyampaian hadiah untuk peraduan GIVI Cielo Yuzy Racing telah diadakan. Pemenang hadiah utama iaitu En Nazeri bin Mohd Isa berjaya membawa pulang sebuah motorsikal Honda RS150R Versi Cub Prix. Hadiah kedua di menangi oleh Mohd Aliff Hakeem yang memenangi sebuah helmet mukapenuh fullface carbon fibre versi Yuzy Racing dan hadiah ketiga di menangi oleh Muhamad Herise Eyzhamsahfiq yang akan menikmati makan malam bersama pasukan Yuzy Racing.
Hadiah hadiah ini telah disampaikan oleh bekas pelumba dunia, Shahrol Yuzy sendiri. Peraduan berkenaan terbuka kepada
pembeli helmet versi terhad Yuzy Racing yang diadakan pada tahun lalu.

Subscribe to:
Posts (Atom)