Showing posts with label SYM Husky 300. Show all posts
Showing posts with label SYM Husky 300. Show all posts

SYM Husky 300 cuma RM23,888

SYM Husky 300, model skuter premium terbaru kini tersedia di pasaran dengan harga permulaan RM23,888, tidak termasuk insurans dan cukai jalan. Hadir dalam tiga warna elegan iaitu White, Space Grey dan Matte Black, model ini menawarkan gabungan reka bentuk moden, teknologi canggih dan ciri keselamatan terkini yang pasti menarik perhatian peminat motosikal.


Dikuasakan dengan enjin 278.3cc SOHC silinder tunggal 4-lejang berserta sistem penyejukan cecair, Husky 300 menghasilkan kuasa maksimum 19.0kW pada 8,000rpm dan tork 26.0Nm pada 6,000rpm yang memastikan tunggangan lebih lancar dan berprestasi tinggi. Sistem EFI (Electronic Fuel Injection) memberikan pembakaran bahan api yang lebih cekap, manakala transmisi C.V.T (Continuously Variable Transmission) memastikan perjalanan lebih lancar dalam pelbagai keadaan jalan raya.

Dimensi skuter ini mempunyai panjang keseluruhan 2,185mm, lebar 810mm dan tinggi
1,325mm, dengan jarak roda 1,510mm. Berat hanya 179kg, menjadikan Husky 300 mudah
dikendalikan untuk perjalanan di bandar mahupun jarak jauh. Dengan kapasiti tangki bahan
api 16 liter, ia membolehkan perjalanan lebih lama tanpa perlu kerap mengisi minyak. 

Untuk pencahayaan yang maksimum, skuter ini dilengkapi dengan lampu LED penuh,
termasuk lampu hadapan Projective LED berbentuk V yang terang, lampu belakang dan
lampu posisi hadapan. 


Suspensi teleskopik di hadapan dan dual shock di belakang memastikan kestabilan dan keselesaan semasa menunggang, manakala tayar hadapan
bersaiz 120/70-15 dan tayar belakang 140/70-14 memberikan cengkaman yang mantap di
permukaan jalan raya.


Selain itu, Husky 300 dilengkapi dengan ciri inovatif seperti Traction Control System (TCS)
untuk mengelakkan kegelinciran, sistem Anti-Lock Braking System (ABS) dwi-saluran untuk
keselamatan tambahan semasa brek kecemasan serta sistem kunci pintar (Smart Key) untuk
akses yang lebih mudah. Ciri tambahan seperti port pengecasan USB jenis-C dan jenis-A,
poket simpanan hadapan dan ruang simpanan belakang menambahkan lagi nilai praktikaliti
model ini.


Reka bentuk aerodinamiknya disempurnakan dengan air intake garnish, penghadang tangan
dan handlebar yang lebar turut menjadikan Husky 300 pilihan sempurna untuk penunggang
yang mengutamakan gaya dan kefungsiannya.
SYM Husky 300 kini boleh didapati di semua pengedar sah SYM di seluruh Malaysia. Setiap
pembelian disertakan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan
20,000km.












Rimba Raid Ke10 tambah kategori motor kecil

 


RimbaRaid X akan memperkenalkan kategori baharu untuk Acara Ulang Tahun Ke-10nya tahun ini, iaitu Kelas D & Kelas E untuk ADV Kapcai dan Skuter ADV.
Pendaftaran akan dibuat secara dalam talian sebelum 1 Februari 2025.

Untuk menempah tempat penyertaan, sila whatsapp 0192310005.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1.0 Tarikh - 28 Jun 2025
2.0 Tempat - Prolog Track Lembah Lenggong, Perak.

Sila Baca >
~~~~~~~~~
3.0 Kelas D - ADV Kapcai
~~~~~~~~~~~~~~~~~
3.1 Kapasiti enjin maksimum terhad kepada 135cc 4 lejang sahaja.

3.2 Enjin boleh diubah suai tetapi kotak engkol standard dan blok silinder mesti dikekalkan dan kelihatan serupa.

3.3 Perubahan pacuan atau gear terhad kepada perubahan gegancu (sprocket) sahaja. Tidak boleh ubah kotak gear.

3.3 Pklihan tayar adalah bebas, namun rim roda hendaklah mengekalkan diameter kilang standard, dan pertambahan lebar terhad kepada 115% berbanding lebar standard kilang.

3.4 Fork Depan mestilah standard, walau bagaimanapun komponen dalaman boleh diubah suai.

3.5 Suspensi belakang boleh ditukar, dan tapak/ sambungan boleh diubah suai.

3.6 Namun begitu, ketinggian tunggangan yang diukur dari titik terendah tidak boleh melebihi 2 sentimeter bilamana pengubahsuaian tapak suspensi dibuat.

3.7 Sistem Ekzos adalah bebas tetapi tidak boleh melebihi panjang muffler standard.

3.8 Badan motosikal, iaitu pelindung lumpur, panel badan, lampu, lampu isyarat, lampu brek termasuk hon mestilah dalam keadaan berfungsi.

3.9 Penampan lumpur atau mudguard hadapan boleh dinaikkan untuk membolehkan pelepasan lumpur yang lebih baik.

4.0 Kelas E - Skuter ADV
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
4.1 Julat Kapasiti Enjin 150 - 400 cc.

4.2 Enjin boleh diubah suai tetapi kotak engkol standard dan blok silinder mestilah standard.

4.3 Transmisi CVT standard wajib, namun pengubahsuaian dibenarkan.

4.4 Pklihan tayar adalah bebas, rim roda hendaklah mengekalkan diameter kilang standard, dan pertambahan lebar terhad kepada 115% berbanding lebar standard kilang.

4.5 Fork Depan /tupang mestilah standard, walau bagaimanapun komponen dalaman boleh diubah suai.

4.6 Suspensi belakang boleh ditukar, tapak dan sambungan boleh diubah suai.

4.7 Ketinggian tunggangan yang diukur dari titik terendah tidak boleh melebihi 2 sentimeter di mana pengubahsuaian suspensi dibuat.

4.8 Sistem Ekzos adalah bebas tetapi tidak boleh melebihi panjang muffler standard.

4.9 Bahagian badan iaitu pelindung lumpur, panel badan, lampu, lampu isyarat, lampu brek mesti diselenggara dan termasuk hon mestilah dalam keadaan berfungsi.

4.10 Pengadang lumpur hadapan boleh dinaikkan untuk membolehkan pelepasan yang lebih baik.

5.0 Kelayakan Pelumba / Motosikal
~~~~~~~~~~~~~~~~

5.1 Kelayakan pelumba mengikut peraturan RimbaRaid.

5.2 Hanya motosikal underbone silinder tunggal dan skuter.

5.3 Hanya motosikal dan skuter yang lulus pemeriksaan teknikal RimbaRaid Scrutineering akan layak untuk menyertai perlumbaan.

6.0 Protokol Perlumbaan.
~~~~~~~~~~~~
6.1 Bilangan maksimum Pelumba - 45 + 15 ( Pengeluar / Antarabangsa / Pelumba Berpasukan )

6.1 Tempoh Perlumbaan adalah antara 45 - 60 minit.

6.2 Nombor Perlumbaan yang dikeluarkan berdasarkan pada Yang Dahulu Mendaftar.

6.3 Kedudukan Grid berdasarkan Nombor Perlumbaan

6.4 Permulaan perlumbaan ialah secara Pelepasan Beramai dalam 4 Baris dengan 15 Pelumba setiap Baris

6.5 Penentuan pemenang berdasarkan yang terdahulu melepasi Garisan Penamat.

7.0 Butiran Trek Lumba
~~~~~~~~~~~~~~~
7.1 Trek Prolog RRx di Pulau Petanda akan digunakan untuk Perlumbaan ini.

7.2 Trek Prolog akan disesuaikan untuk kesesuaian bagi Kelas Perlumbaan ini.

7.3 Peranti Lokasi Pelumba Sat Trax Racer tidak akan digunakan kerana ini adalah perlumbaan litar.

7.4 Penggunaan transponder adalah tidak wajib kerana ini adalah perlumbaan perlepasan beramai ramai.

8.0 Status Pemenang
~~~~~~~~~~~~
8.1 5 Podium untuk Kelas D dengan wang tunai dan trofi.

8.2 5 Podium untuk Kelas E dengan hadiah wang tunai dan trofi.

8.3 Hadiah Khas untuk Pelumba Paling Berusaha / Pilihan Ramai / Anugerah Budi Bicara RRx.

8.4 Anugerah Pelumba Wanita Terbaik.

9.0 Yuran & Keistimewaan Penyertaan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
9.1 Yuran Penyertaan yang perlu dibayar ialah Rm350 untuk keseluruhan Acara RimbaRaid X

9.2 Jersi Perlumbaan RRx bernombor untuk setiap Pelumba yang Didaftarkan sebelum 26 April 2025

9.3 Kit Pelumba RRx akan dikeluarkan dengan Nombor Perlumbaan

9.4 Laya untuk menyertai perlumbaan

9.5 Penyertaan semua Protokol perlumbaan yang diatur

9.6 Perlindungan Hospital Rm3,000, Rm25,000 untuk Hilang Upaya Kekal atau Kematian.

10.0 Indemniti & Insurans
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
10.1 Sukan permotoran mampu membawa bahaya kepada bahagian anggota badan dan juga nyawa tetapi secara statistiknya kemungkinan ia berlaku adalah lebih rendah  jika dibandingkan dengan kembara berjalan kaki, mendaki gunung, berbasikal dan juga sukan luar lain secara kasual atau pun yang diiktiraf.

10.2 RimbaRaid telah melakukan yang terbaik dan akan melakukan yang terbaik untuk mengurangkan kemungkinan bahaya yang mungkin mengancam para peserta.

10.3 Perkhidmatan Perubatan yang disediakan adalah melebihi Piawaian Antarabangsa dan Tempatan dalam Kategori OFFROAD.

10.4 Nsmun begitu, penjagaan keselamatan mutakhir kekal di tangan PELUMBA INDIVIDU agar tidak semena mena melebihi kemampuan diri sendiri dan mengekalkan etika Perlumbaan agar mengelak daripada mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan juga rakan Pelumba.

NOTA : Senarai motosikal perlumbaan yang layak ialah masih dalam proses (work in progress) dan akan dikemas kini.

Lampiran 1 Motosikal Underbone
~~~~~~~~~~~~~~~~~
1. Aveta Ranger
2. Honda CT125
3. Honda Gorilla / Dax / Monkey
4. Honda Grom
5. Yamaha PG1
6. Kapcai Clutchless bawah 115cc

Lampiran 2 Skuter Adv

1. Honda ADV150 /160
2. Honda ADV350
3. SYM Husky 300
4. SYM XDVt
5. WMoto XDV250
6. Yamaha Xmax
7. Zontes 368

NOTA 1 : Penganjur berhak untuk menukar dan mengubah suai spesifikasi teknikal yang relevan dan sesuai untuk memastikan persaingan yang sama rata dan lebih adil.