Showing posts with label Aprilia Shiver. Show all posts
Showing posts with label Aprilia Shiver. Show all posts

Aprilia Shiver pemasangan tempatan dilancar



NAZA Premira telah melancarkan model Aprilia Shiver 750 pemasangan tempatan CKD (Completely Knocked Down) pagi ini, yang akan memulakan pemasangan di kemudahan pembuatan NAZA di Shah Alam pada awal tahun 2015.

Sehubungan ini, Malaysia juga akan mencatat sejarah sebagai negara pertama yang menjalankan operasi pemasangan Aprilia Shiver 750 di luar Itali. Bagaimanapun model ini hanya akan disediakan untuk pasaran Malaysia pada masa ini.Operasi pemasangan motosikal ini akan dijalankan oleh Naza Bikes Sdn Bhd manakala aspek pengedaran nya akan diuruskan oleh NAZA Premira.

NAZA Premira yakin dengan sambutan pasaran yang bakal deberikan terhadap Aprilia Shiver 750 CKD Edition dan menganggarkan untuk menjual sekurang-kurangnya 600 unit pada tahun 2015 yang mendatang ini. Malah, kemudahan di Shah Alam itu mampu mengeluarkan 1,200 unit pada tahun pertama  beroperasi. NAZA Premira merancang untuk mengembangkan kapasiti pengeluaran kepada 3,000 hingga 5,000 unit dalam jangka masa panjang jika ia perlu, untuk memenuhi keperluan rantau ASEAN.

Aprilia yang merupakan sebahagian daripada Kumpulan Piaggio sejak 2004 dan jenama Eropah yang terkemuka dalam permotoran dua roda, menawarkan barisan motosikal sederhana dan berkapasiti besar, yang terkenal dengan penggayaan Itali, peralatan berteknologi maju dan prestasi terkini. Aprilia merupakan salah satu jenama motor dengan 54 gelaran juara 54 dunia setakat ini. Pada tahun 2014, Aprilia merupakan juara penunggang dan juga pengeluar dalam kejohanan World Superbike Championship, dan akan mengembangkan aktiviti perlumbaan mereka keKejohanan MotoGP pada tahun 2015.

Sehingga kini, NAZA Premira telah mengimport motosikal Aprilia dari Itali. Pada permulaan tahun baru yang mendatang ini, NAZA akan memulakan operasi pemasangan untuk edisi Shiver 750 CKD manakala model lain akan terus diimport sebagai model siap dipasang CBU buat masa kini. Sejumlah RM5 juta telah dilaburkan dalam pembangunan operasi pemasangan CKD  Shiver 750 dan RM1 juta lagi diperuntukkan bagi inventori alatganti.

"Kami berasa bangga dan sangat berbesar hati untuk terpilih menjadi syarikat pertama yang memulakan pemasangan CKD untuk Aprilia di luar Itali, dan berharap untuk menjadi hab pengeluaran bagi eksport ke rantau ASEAN dalam bulan-bulan yang mendatang. Ini adalah satu peristiwa bersejarah bagi kami dan membuktikan komitmen kami untuk mewakili jenama global ini. Ia juga adalah tanda usaha kami ke arah membangunkan industri pembuatan dan pemasangan motosikal berprestasi tinggi, dan pada masa yang sama melatih rakyat Malaysia tempatan dan menggalakkan pelaburan langsung asing "kata Pengerusi Eksekutif Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, NAZA World Group of Companies, Datuk Wira Haji SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin.

Pengarah Urusan Piaggio Asia Pacific Ltd, Simone Niccolai berkata, "Inisiatif hari ini merupakan satu langkah baru yang penting dalam strategi Piaggio Group untuk terus mengembangkan operasinya di Asia dan di kawasan ASEAN khususnya, di mana kami telah berjaya bertapak dengan skuter Vespa dan Piaggio. Kami bersedia untuk pertumbuhan yang lebih besar di seluruh ASEAN dengan pengenalan motosikal Kumpulan, dan akan meninjau untuk menubuhkan sebuah hab serantau bagi jenama Aprilia di Malaysia. Kami sedang bekerjasama dengan NAZA dan kerajaan Malaysia, dan menyediakan latihan mengenai prosedur pemasangan Shiver 750 yang betul , untuk memastikan kualiti yang tinggi dikekalkan dan adalah sama dengan model CBU yang dipasang di kilang Itali kami. "

Model naked berkuasa sederhana dengan personaliti yang berbeza, Aprilia Shiver 750 yang pertama telah menawan dunia motosikal apabila versi pertama diperkenalkan pada tahun 2007 dengan teknologi revolusioner - ia sebenarnya motosikal pertama yang dilengkapi dengan pendikit elektronik kawalan wayar  (Ride-by-Wire) . Evolusi yang berterusan dari masa ke masa bermakna model 2015 kini dilengkapi generasi kedua sistem ride-by-wire dan ergonomik yang bertambah baik, dengan hendal baru dan pelana tirus dan wajah halus. Shiver 2015 boleh didapati dalam warna merah dan hitam, juga mempunyai kedudukan menunggang yang sporty dengan gaya penunggang perlumbaan.

Aprilia Shiver 750 CKD ini disasarkan untuk dijual pada harga RM43,888/=

Baca artikel berkaitan yang terdahulu mengenai Shiver 2008.





















Shiver at Awana 1 Feb 2009

Klik sini untuk ke album

Aprilia Shiver at Awana 1 Feb 2009
Laluan Ulu Yam - Awana - Genting Sempah - Bukit Tinggi - Mimaland - Gombak













































































































































































Aprilia Shiver 750 untuk nikmat tunggangan

Salah satu kelebihan jentera Itali ialah rekabentuknya yang menawan. Baik kereta atau motosikal, penampilan menawan dan juga pengendalian yang mantap seakan serasi dengan jenama jenama Itali seperti Ferrari, Alfa Romeo dan juga Aprilia. Peminat motosikal Itali pastinya mengikuti perkembangan model motosikal Aprilia. Jenama yang sinonim dengan kejuaraan kategori 125 dan juga 250 dalam MotoGP ini masih menawarkan model RS 125 yang telah kami paparkan pada 9 Januari lepas.
Satu lagi model yang memenuhi segmen pertengahan atau middleweight ialah Aprilia Shiver 750. Jentera naked ini pasti menggamit tolehan dek rekabentuknya yang menawan, terutama sekali kepada peminat jentera jalanan atau streetfighter. Daripada lampu hadapan nya yang menawan dan paparan meter digital moden, garis rekabentuk ini mengalir cantik sekali ke bahagian ekor, dengan lampu belakang yang comel di atas dwi-ekzos yang menawan.
Kemajuan teknologi juga digunapakai pada jentera ini, yang dikuasai enjin dwi-selinder 8-injap, konfigurasi V90° bersesaran 749.9cc yang mampu menjana 95hp. Enjin suntikan bahanapi ini menggunakan teknologi kawalan pendikit secara elektronik (ride-by-wire) yakni bukaan pendikit mampu dikawal sistem pengurusan enjin. Ini membolehkan tiga jenis mod pemetaan enjin di buat bagi pilihan penunggang, iaitu tunggangan sport, touring dan juga hujan. Dengan dua palam pencucuh setiap selinder, ianya didapati responsif, sehinggakan anda tidak menyangka ianya kawalan wayar dan bukan kabel seperti jentera konvensional. Kilasan pendikit akan memberikan tindakbalas enjin yang pantas dan tepat seperti mana yang diinginkan penunggang.































Tuil klac tangan boleh dilaras pada empat kedudukan dan mengawal klac jenis hidraulik yang menyalurkan kuasa dari enjin ke kekotak gear enam kelajuan, sebelum dihantar ke tayar melalui pacuan rantai. Sistem brek nya menyakinkan, dengan empat angkup Brembo jenis radial di hadapan, yang mengapit dwi-cakera 320mm, sama saiz dengan RSV 1000 F, begitu juga dengan cakera 240mm di belakang.
Jentera streetfighter ini telah diuji di laluan berbukit dan berliku iaitu Ulu Yam - Awana - Bukit Tinggi sebelum pulang melalui jalan Mimaland lama ke Gombak. Laluan ini cukup mencabar kemampuan jentera dari segi pengendalian di selekoh, dan juga daya pecutan sewaktu dakian bukit. Maklumbalas jalanan didapati amat memuaskan, membolehkan kawalan tunggangan yang meyakinkan. Namun, ini sebenarnya sesuatu yang telah dijangkakan; Shiver 750 ini ibarat sirih pulang ke gagang bagi laluan sebegini. Kawalan jentera yang baik mampu memberikan keyakinan tunggangan pantas di selekoh, dengan hentian terkawal dan daya kilas tinggi sewaktu keluar dari selekoh. Malah tidak menghairankan jika kilasan pendikit mendadak sewaktu penukaran gear mampu mengankan roda hadapan jentera ini.
Menunggang Shiver 750 ini memang menyeronokkan dan meyakinkan, namun masih mampu melintasi 210kmh jika diinginkan. Pun begitu, sebagai sebuah jentera streetfighter,ia nya pasti menempa tempat sebagai sebuah jentera middleweight yang menjadi pilihan mereka yang mengutamakan kawalan dan keseronokan penunggangan, dengan rekabentuk Itali yang menawan.

Enjin: dwi-selinder 4-lejang 749.9cc V90° sejukan cecair
Kuasa max: 95hp @ 9000 rpm
Torque max: 8.25kgm @ 7000 rpm
Transmisi: 6-kelajuan
Harga: RM52,815.00 atas jalan tanpa insurans















































































































































































BMW K1200GT